webnovel

Kisah aku mengenalinya

Mel bertemu dengan jejaka iaitu Sam ketika mereka belajar di Universiti.Pada awalnya Sam merupakan lelaki pendiam.Namun di sebaliknya terdapat 1 tragedi yang menyebabkan dia tidak berkawan dengan mana-mana pun perempuan ,dia hanya berkawan dengan lelaki.Pada 1 saat Mel dan Sam berkawan ,Mel telah membuatkan sikapnya berubah dan tidak lagi menjadi pendiam malah Sam berkawan dengan mana-mana pun orang tidak kira perempuan atau lelaki.Akan tetapi Sarah yang telah lama menyukai Sam telah menghancurkan hubungan mereka berdua.Dapatkah Mel dan Sam bersama semula?Hanya takdir yang dapat menemukan mereka kembali

zur_nie · 青春言情
分數不夠
20 Chs

Kebenaran

"Penatnye"

Mel duduk di sofa dan tiba2 telefonnya berbunyi iaitu panggilan daripada Jes.

"Hi Mel kau kat mana sekarang?"

"Hi aku dah balik kau?"

"Aku kat sini kedai lagi dengan Alan nanti jam 5 ptg aku balik ok bye"

"ok bye"

Mel menamatkan perbualan mereka berdua dan merenung.

"Kalaulah aku ada boyfriend eh takde maknanya"

****

Dulu Jes pernah memperkenalkan Mel pada Afiq.Afiq seorang pelajar pandai dan digilai oleh ramai perempuan kerana mukanya yang hensom dan digelarkan 'korea boy'.Afiq juga adalah seorang 'playboy' menyebabkan Mel tidak menyukai dia walaupun dia telah berkali-kali memaksanya untuk menerima cintanya namun Mel tetap tidak mahu menerimanya .

****

Ting

Mel berhenti menghayal dan melihat terdapat mesej daripada Sam

"Hi Mel awak sibuk ke?"

Mel senyum dan dia membalas mesej Sam

"Hi Sam taklah kenapa?"

"Jom keluar petang ni jam 2 boleh tak?"

"Boleh"

"Ok jumpa kat taman"

Mel gembira kerana baru sahaja tadi dia berhasrat diajak keluar dan Sam yang mengajaknya keluar.

Mel mencubit tangannya untuk memastikan ini bukan mimpi.

"aduh!"

Mel menutup mulutnya kerana malu jika suaranya tadi boleh didengari oleh jirannya"yes..!"

Mel menekan nombor telefon ibunya dan menelefon ibunya.

"Hi ibu ibu sihat?"

"Hi Mel ibu sihat je Mel kat mana sekarang?"

"Kat flat Mel seorang je ,Jes keluar dengan boyfriend dia ,mana adik?"

"Dia buat kerja rumah , dia cakap dengan ibu yang dia sunyi takde Mel"

"yeke ibu haha takpe kalau cuti nanti Mel balik kampung ok"

"Yelah ,anak ibu ni tak keluar dengan boyfriend ke?"

Mel malu untuk menceritakan Sam yang mengajaknya keluar kerana dia tahu ibunya pasti akan mengusiknya dan menyangkakan Sam adalah boyfriendnya

"Taklah Mel kat rumah je"

"Oklah anak ibu jaga diri tau belajar bersungguh-sungguh ok ,ibu dengan ayah nak makan sekarang ,tadi baru ke lepas dari kebun"

"Ok ibu bye"

Mel menuju ke dapur untuk makan.

Mel berehat dan bersiap untuk keluar bersama Sam.Mel berfikir bagaimana dia hendak berhadapan dengan Sam dan tidak tahu perkara apa yang perlu dibual nanti bersama Sam kerana ini merupakan kali pertamanya keluar bersama lelaki selain daripada keluarganya dan pasti sahaja akan menjadi kenangan terindah baginya

Mel berdebar-debar untuk keluar dan dia menarik nafas dan menghembuskan nafasnya dengan perlahan-lahan.

"Relax Mel relax"

Sam duduk di bangku taman untuk menunggu Mel.

Mel melihat Sam dan dia semakin berdebar-debar ,Mel pergi menuju tempat Sam dan menegurnya

"Hi,dah lama tunggu?"

Sam menoleh ke arah Mel dan senyum.

Muka Mel merah dan dia melihat ke arah lain.Malu.

"Hi baru je sampai jom"

Mereka berdua berjalan beriringan dan menuju ke motor.

Sam membantu Mel untuk memakai topi keledar.Mel senyum dan Sam membalas senyumannya

Sam menunggang motor dan Mel berada di belakang memegang erat pinggangnya.

Mel masih berasa malu dan termenung melihat Sam.

Mereka berjalan sama2 dan membawa Mel melihat lukisan di sebuah kedai lukisan.

"Cantik tak lukisan ni"Sam menunjukkan sebuah lukisan pada Mel.

"Cantik"

"Nilah hasil lukisan arwah ayah saya dulu"

"Maaf"

Sam senyum pada Mel

"Takpe dah lama ayah saya pergi,sekarang dia yang suruh saya ganti dia jadi pelukis macam dia"

Sam menceritakan lagi kisah ayahnya dulu menjadi seorang pelukis dan Mel juga dapat mengenali Sam dengan lebih dekat.Dia juga gembira kerana Sam mengajaknya melihat lukisan kerana ini adalah hari pertama dia memasuki kedai lukisan.Hubungannya dengan Sam juga telah pun mulai rapat.

Mereka balik dan Sam menghantar Mel balik.

Mel turun dari motor Sam dan Sam membuka topi keledar di kepala Mel.Sam melihatnya dan Mel hanya menundukkan kepalanya.

"Mel"

Mel mengangkat kepalanya untuk melihat Sam

"Yes"

"Boleh kita jadi kawan rapat?"

"Boleh"

"Saya nak awak tau"

"Tau apa?"

Jantung Mel kembali berdebar-debar untuk menantikan jawapan daripada Sam

"Saya suka kawan awak"

"Saya pun suka kawan awak"

Mereka senyum dan saling berpandangan.

Sam melambai pada Mel dan balik.

Semasa Mel ingin naik ke atas dia ternampak Alan sedang bersama seorang perempuan lain iaitu jirannya.Mereka berdua berpegangan tangan.Mel terkejut melihat Alan dia menyangka Alan akan setia pada Jes namun tidak

Mel menangkap gambar Alan pegang tangan perempuan itu secara senyap-senyap dan bercakap dalam hatinya

"Tak guna punya jantan"

Mel menjeling melihat mereka dan naik ke atas

Mel mengetuk pintu dan dibuka oleh Jes.

"Hi Mel ni mesti keluar dengan Sam kan?"

"Ya tapi.."

"Tapi apa?"

"Takdelah jom masuk"

Mel masuk ke dalam dan duduk bersama Jes.Mel melihat Jes ,dia berasa kasihan pada Jes kerana dia tidak bersedia untuk memberitahunya Jes tentang Alan tadi.

Jes perasan Mel melihat dia dan menegurnya

"Kenapa kau tengok aku macam tu?sedih je?"

"Takdelah"

"Cakaplah"

"Takde aku nak pergi bersihkan diri dulu bye"

Jes masih tertanya-tanya dalam hatinya

"Ada yang tak kena ke eh?"

Mel berasa lega kerana dapat beredar meninggalkan Jes dia tidak mahu memberitahu Jes perkara sebenar walaupun dia telah mempunyai bukti.

Dia tidak mahu merosakkan hubungan Jes bersama Alan.Dia tidak menyangka Alan akan curang pada Jes kerana mereka berdua telah lama bercinta sejak dari sekolah menengah.Dia berbisik dalam hatinya.

"Sorry Jes"