webnovel

Perasaan apa yang kita rasa??

Salam guys. Aku harap, kau orang sihat-sihat sahaja dan terhindar dari jangkitan Covid19, or even someone disini yang pernah baca celoteh aku dan pernah mengalami jangkitan Covid19, dan selamat. Tahniah!! untuk kuat dan survive!! And..pada yang pernah ada disisi kita selama ini, yang tidak lagi bersama. We are always, pray for you.🤲🤲

Sekarang ini, aku tengah layan lagu Dato Siti Nurhaliza yang bertajuk `MULA & AKHIR`. Sesiapa yang tengah down or need sentimental lagu, sekali sekala layan lagu Siti, sedap jugak.😄😄😄

So...Aku tahu, ramai yang tengah down sejak akhir-akhir ini. Rindu kenangan di sekolah. Dan pada yang nakal, rindu nak buat masalah dekat sekolah. Pada yang kerja, rasa nak balik ke sekolah. Pada yang dah kawin, rindu pada kawan-kawan lama dan rindu pada zaman bujang.😉

'Setinggi manapun mendaki, Sejauh manapun mengejar duniawi..,

Pasti tiba, satu hari diuji...jatuh terpinggir sepi...`

Aku juga rindu...rindu pada zaman sekolah. Aku sendiri yakin, kawan-kawan aku juga rindu pada zaman yang sudahpun berlalu lima, enam tahun yang telah menjadi sejarah. Bila sebut pasal sekolah atau kenangan bebudak dahulu. Ada satu cerita yang aku teringin nak kongsi.😇😇

Aku tak tahu, pandangan orang lain terhadap aku, or maybe ada yang annoy dengan aku. Aku sememangnya rajin bercakap dan apabila aku singgah sahaja dimana-mana, aku akan bercakap-cakap-cakap-dan cakap. Itulah tabiat aku, sampai bila aku berada dalam mode `mute`. Kawan di sekeliling aku, akan fikir aku ada masalah.🤪🤪🤐

Salah seorang sahabat sebilik atau sedorm yang perasaan akan perubahan perangai aku adalah Hafizatul Redha. Aku memang tabik dengan dia. Somehow caring dan penyanyang. Ada adik angkat yang sehati sejiwa, yang kadang-kadang ada juga rasa jeles nak beradik angkat yang nyatanya, aku ada dua adik angkat. Hahaha..and sekarang lost contac. But, that`s person make me feel ease to be known.🤭🤭🤭

Walaupun aku sejenis yang kuat bercakap. Aku juga, sejenis yang tenggelam di antara kawan-kawan kerana ramah dan mesra aku bukan pada kawan-kawan. 🙃🙃🙃Tetapi, pada orang luar yang sehinggakan pernah mendatangkan rasa cemburu dikalangan senior.

Tiba-tiba, aku dapat makanan percuma. Tiba-tiba aku dapat buah-buah percuma. Apa yang aku minta pada pakcik kantin pun, pakcik kantin tak banyak masalah. Waktu junior dulu, pakcik kantin strict dengan rule. Pelajar dilarang datang ke dapur utama atau nak minta barang di dapur utama. Bila aku pergi, siap diberi pilihan nak ambil berapa banyak.😚😚

So...banyak kakak senior yang jeles dengan aku. Buat rule yang katakan, tak boleh beramah mesra dengan guard security, pakcik kantin atau mana-mana pakcik or makcik yang berkaitan dengan sekolah. Aku, still dengan perangai aku yang ignore hingga aku pernah juga di sound dengan senior.🙄🙄🙄🙄

Sampailah aku form 5, aku ketepikan rule yang aku rasa merepek. Guard security sekolah dengan aku memang rapat sehingga, nama aku je dia panggil setiap kali masuk dorm. Hahaha...😏

Itulah kenangan...waktu sekolah.

Means aku sejenis pelajar yang tenggelam bukan bermakna aku pelajar yang nerd. tetapi, aku sejenis yang suka buat kerja sendiri hingga naik form tiga yang berkawan rapat dengan group budak-budak nakal. Itulah yang mereka label bebudak waktu itu. Aku kenal semuanya, dan aku berkawan dengan semuanya. Lagipula, bagi aku mereka adalah group yang ada pendirian sendiri dan jelas, bukan jenis yang terikut-ikut orang. Dan, waktu ini. Aku kagum dengan kawan aku bernama si A yang kategori😍😍 perempuan yang cantik yang sebaya aku.

Haaa...jangan tanya, aku cantik ke tak. Sibuk je!!

Bukan setakat cantik, pandai dan kreatif. Tulisan dia pun cantik. Sekarang dah bergelar isteri. Congrat dear...👏👏👏

Di sekolah juga...aku teringat seseorang bernama Azidah yang pernah disebut-sebut kerana kematangan dan kecantikkannya. Haihhh....bila aku sebut je nama kawan-kawan aku. Mereka semuanya kategori cantik-cantik..Azidah, sangat strict pada rule yang buatkan aku sedikit aware pada dia but, kadang-kadang dia buat aku teringin nak tahu pasal dia. Aku pun tak tahu kenapa??? sampai sekarang, aku macam ada soalan bila isu berkitan dengan dia.😅😅

Itulah...sejak serangan covid19 tahun lepas dan Malaysia yang masih di fasa zon merah membuatkan kita semua rindu kenangan lama. Rindu dengan perkara lama...rindu juga pada habit lama. Aku tahu...bukan Malaysia saja..negara lain pun sama. Sama-sama terasa dengan serangan dari peperangan covid19.

But, kata si bijak pandai. Hidup mesti diteruskan, kerana masa tidak pernah berhenti.

Apa yang berlaku, memainkan banyak pandangan yang kadang-kadang berkait dengan emosi. Di sinilah yang kita selalu bertanya, perasaan apakah yang kira rasa.

So...ada banyak perkara yang aku nak share jugak. Sempat jugaklah aku kena kejar dengan senior sampai ke bilik air. Tak berseliper derw...haduiii. Okaylah...sampai disini saja..i chau dulu!