webnovel

Kapten Adnan Pahlawan Kegelapan

Maaf atas kesalahan ejaan dan kesalahan bahasa.Saya hanyalah pemula dan manusia biasa tidak lari dari kesilapan. Synopsis: Kisah tentang seorang anggota bekas dari Special Force yang bernama Adnan.Dari seorang pemuda yang riang dan peramah berubah menjadi lelaki yang tersakiti. Semua nya bermula apa bila kawan karibnya dalam Special Force mati dalam satu misi di sebabkan kesesilapan Adnan.Terpenuhi rasa bersalah di dalam diri nya dan trauma,Adnan berhenti dari Special Force dan hidup seorang diri Dia mengetahui yang di mana bini kepada kawan karibnya sedang mengandung dan di target oleh musuh-musuh masa silam mereka.Adnan ingin menebus dosanya dengan cara melindungi bini kawanya sehingga selamat bersalin. Namun mampukah Adnan melindungi dirinya dan Bini kawannya dari Organisasi yang ingin membalas dendam atas perbuatan mereka di masa lalu? dan akan kah Adnan dapat hidup secara normal kembali? Fix Ai Generated Picture

UncleBotak · 武侠
分數不夠
7 Chs

PULAPOL Part1

Adnan sedang duduk di kerusi di tepi padang bola seorang diri sambil melihat kawan-kawannya bermain Bola Sepak.

telah 3 minggu dia mendapat tawaran Jeneral Farouk itu.Jeneral Farouk berkata sejurus sahaja Adnan tamat pengajian dan mendapat result SPM nya Jeneral Farouk akan datang semula dan menjemput Adnan untuk ke Akademi Polis PULAPOL

Adnan baru saja mendapatkan result SPMnya.Adnan sedang melihat budak-budak lain main bola sementara dia duduk di kerusi tepi padang dan sedang berpikir masa depan nya

Izzad perasan yang Adnan terlihat murung dan langsung tidak ingin bermain bola.Izzad pun pergi ke Adnan yang sedang duduk di bangku tepi padang.

"Woi Adnan! Kau ni dah kenapa?"Jerit Izzad pada Adnan

Jeritan Izzad mengejutkan Adnan.Selepas itu Adnan terus tumpu kepada Izzad dengan muka marah

"Buat terkejut aku ajalah,kau ni!"Marah Adnan

"Tak ada lah,kau ni macam monyok aja dah kenapa? Jarang kau menolak ajakkan main bola"Tanya Izzad

Izzad pun duduk di bangku sebelah dengan Adnan dan mendengarkan cerita Adnan

"Sebenarnya...Aku mendapat satu tawaran sambung belajar,aku tahu yang tawaran ini sekali seumur hidup.Tapi,Aku rasa macam aku tak nak ambil tawaran ini"Kata Adnan sambil terlihat kesedihan

"Mengapa pula kau tak nak? kau kena ambil apa-apa tawaran yang kau dapat!"marah Izzad pada Adnan

"Aku takut...bagaimana jika aku gagal dan mengecewa kan Atok aku? dan bagaimana aku tak dapat berkawan dengan orang-orang di sana? Pulapol itu berada di kawasan bandar dan aku takut aku tak akan dapat menangani persekitaran yang baru"Adnan ceritakan pada Izzad

"Adnan.Aku tahu yang kau takut tapi cara untuk kau mengatasi ketakutan itu ada lah kuatkan mental kau,lama-lama kau akan terbiasa.Mereka yang di sana nanti,mereka manusia juga, sama seperti kau, jadi kau tak payahlah takut sangat.apa kau Ingat kata-kata Atok kau semasa kita berlatih silat dahulu?"Tanya Izzad

"Kata-kata...Atok"Ucap Adnan

"Kegagalan tidak dapat dielakkan, tetapi jangan biarkan ia menghalang kau daripada belajar.Setiap kesilapan adalah satu loncatan untuk berjaya"sebut Izzad kata-kata dari Atok Adnan

"Terima Kasih Izzad"Balas Adnan dengan senyuman yang sudah kembali ceria

Adnan pun sertai rakan-rakan nya bermain Bola Sepak dengan riang selepas kata-kata Atoknya yang telah diingatkan oleh Izzad

1 Minggu Kemudian

14 December 1994

Adnan sedang memasukkan barang-barang nya kedalam beg galas di dalam biliknya.pada masa itu juga Atoknya masuk ke dalam biliknya

"Adnan apa kamu sudah bersedia? Atok tak akan paksa kamu jika kamu tak nak"Ucap Atok Adnan sambil meletakkan tangan nya di bahu Adnan

"Tak mengapa Atok.saya sudah bersedia dan saya pasti akan banggakan Atok!"Ucap Adnan dengan penuh semangat

Atok Adnan melihat Adnan yang bersemangat dan melihat Adnan tiada rasa takut lagi,dia kemudian tersenyum

"Jangan nangis pulak bila takde Atok"Sindir Atoknya

"Mana ada!"Marah Adnan

"Hahahaha!"Gelak Atoknya sambil menggosok kepala Adnan dengan tangan nya

Selepas itu Adnan pun siap mengemaskan barangnya dan keluar dari rumah menuju ke kereta Jeneral Farouk yang di parking di depan Rumah Atoknya sambil memeggang beg galasnya

"Baiklah kamu bersedia Adnan?"Tanya Jeneral Farouk

"Tunggu Sebentar"Balas Adnan

Adnan berlari ke arah Atoknya dan berikan salam terakhirnya kepada Atoknya.

"Atok saya pergi dulu"Ucap Adnan dengan bersemangat

"Banggakan Atok,Adnan.Atok tahu yang kamu boleh"Atoknya menyemangat Adnan

Adnan pun menaiki kereta Jeneral Farouk dan kemudian Jeneral Farouk hidupkan enjin keretanya dan terus pergi bersama Adnan.Adnan melambaikan tangan nya kepada Atoknya melalui cermin belakang kereta.

Mereka bergerak keluar dari Kampung Adnan.Di dalam perjalanan mereka melalui jalan kampung dan kemudian sampai ke jalan raya.

Dalam masa 3 jam kemudian mereka telah sampai di kawasan bandar Kuala Lumpur.Adnan tergamam dan terpegun melihat kecantikkan bandar KL yang tak pernah dia melihat sebelum ni.Ini pertama kali nya dia pergi ke Bandar.

Mereka pun sampai ke Pusat Pelatihan Polis PULAPOL

Jeneral Farouk Parking kereta nya di tempat Parking yang di sediakan di luar Tempat PULAPOL

"Ok Adnan inilah Tempatnya.Kamu boleh turun"Ucap Jeneral Farouk

Adnan turun dan terlihat sangat gementar dan mengigil

Jeneral Farouk yang perasan Adnan gementar.Jeneral keluar dari keretanya dan memegang bahu Adnan

"Gementar?"Tanya Jeneral Farouk

"Sedikit"Balas Adnan

"Janganlah risau.Terlupa pula,tunggu sebentar ya Adnan"Balas Jeneral Farouk

Jeneral Farouk masuk ke dalam keretanya dan mengambil telefon bimbit nokia dan memberikannya pada Adnan

"Ini dia.Dalam telefon tersebut saya sudah meletakkan nombor saya.Gunakan Telefon ini untuk berkomunikasi saya dari jauh.Nombor rumah kamu juga saya sudah letak di dalamnya.Jadi kamu boleh menelefon Atok kamu,Kalau-kalau dah rindu"Ucap Jeneral Farouk

"Terima kasih Jeneral Farouk!"Balas Adnan

"Satu lagi nanti kamu masuk ke dalam dewan itu.Di dalam ada tempat pendaftaran,ramai budak-budak sebaya dengan kamu yang mendaftar juga.Tunggu sehingga di beri pengumuman"Kata Jeneral Farouk

"Baiklah Jeneral"Balas Adnan

Adnan pun memasukkan telefon yang di beri Jeneral ke dalam beg galasnya dan masuk ke dalam dewan tersebut.Sejurus sahaja Adnan masuk,Adnan terkejut melihat betapa ramainya orang di dalam dewan tersebut.

"Wey kau tahu tak----"

"Hahahaha betul ke?"

"Wey lama tak jumpa!"

Penuh dengan bunyi bising dan orang bercakap.Adnan kemudian bergerak ke arah meja pendaftaran yang tidak jauh dari pintu masuk.Sesampai sahaja Adnan di depan meja tersebut.Adnan di beri Borang

"Tuliskan nama,Kad pengenalan,nombor telefon,umur dan lain-lain di dalam borang ini tuan"Kata kakak polis yang memberikan Borang pendaftaran kepada Adnan

Adnan kemudian Mengisi borang tersebut dan kemudian di minta tunggu sehingga pengumuman di laksanakan.Adnan kemudian duduk di lantai yang terletak di hujung sudut dewan yang besar itu seorang diri.Adnan ingin cuba menyapa seseorang namun Adnan tiada keyakinan

Adnan menunggu dan kemudian dia di tegur oleh seseorang.

"Assalammualaikum,boleh aku duduk di sebelah kau?"Sapa lelaki itu

"Oh.Tentu saja,silakan"Balas Adnan

Lelaki itu duduk di sebelah Adnan sambil terlihat sedang berpikir.Lelaki itu berambut hitam dan bermata hitam berkulit agak gelap.Rambutnya menutupi mata sebelah kirinya dan memakai jacket hitam dan t-shirt putih.Dia mempunyai ala-ala Rock

"Woi.Kau dari kampung bukan?"Tanya Lelaki itu

"Ya,bagaimana kau tahu?"Tanya Adnan

"Lihat dari pakaian kau dan loghat kau.Ia sangat jelas.Engkau memakai baju yang selalu di pakai oleh petani,apa kau petani?"Balas Lelaki itu

"Ya"Balas Adnan

"Jadi tekaan aku betul.Orang Perak?"Tanya Lelaki itu

"Wow hebat juga ya kau? boleh tahu orang hanya dari luaran"Ucap Adnan

"Sudah menjadi kebiasaan aku.Namun setiap kali aku buat tekaan orang-orang selalu menjauh dari aku tapi kau berbeza"Balas Lelaki itu

"iya ke? haha.Nama aku Adnan,Siapa pula nama kau?"Tanya Adnan sambil menghulurkan tangannya untuk salam.dengan senyuman kegembiraan

"Danish.Panggil Aku Danish"Balas Danish

Mereka pun perkenalkan diri masing-masing dan bersalaman.Adnan kemudian tidak lagi gementar.Inilah permulaan persahabatan Adnan dan Danish

Tiba-tiba terdengar bunyi mikrofon dari pembesar suara.Semua orang mula tertumpu ke atas pentas.Seorang lelaki berdiri di atas pentas dewan itu dengan mikrofon

"APA KHABAR SEMUA! CELAKA-CELAKA SEKALIAN! Nama aku Brooke.untuk orang-orang yang cuba mendapatkan tempat pertama di dalam Akademi ini,SILAKAN PERGI! KERANA TEMPAT PERTAMA AKAN MENJADI MILIK AKU!"Sakat Brooke di atas pentas di dengari semua orang

"Pukimak Brooke dia dah gila ke?!"Ucap Danish

"Kau kenal ke dia Danish?"Tanya Adnan

"Iya.Walaupun aku taknak mengaku berkawan dengan si bodoh itu..tapi iya"Kata Danish

"Brooke! Turun sekarang!"Marah Polis-polis di sana mereka seperti sudah kenal dengan Brooke

"Hahaha!"Gelak Brooke

Brooke kemudian melarikan diri dan di kejar oleh sekumpulan polis.Semasa melarikan diri,Danish berdiri di depan pintu masuk Dewan untuk menghalang Brooke dari lari

"Celaka kau Danish! Ketepi!"kata Brooke sambil berlari ke arah pintu tersebut yang di halang Danish

Brooke berlari dan Danish cuba menangkap Brooke namun brooke berjaya mengelak terkaman Danish

"HAHAHA,Jagan haraplah kau boleh-"Kata-kata Brooke terpotong

Brooke tiba-tiba sahaja terjatuh ke lantai di kerana kan Danish menjatuhkan kaki Brooke dengan kaki nya.Kemudian Danish Menahan Brooke di lantai.Brooke cuba melawan untuk melepaskan diri dari Danish

"Tak guna Danish! Lepaskan aku!"Marah Brooke

"Kau ni masih lagi perangai kebudak-budakan Brooke..."Balas Danish dengan kekecewaan

"Nasib baiklah kamu datang membantu Danish!"Kata salah seorang polis yang mengejar Brooke

"Hati-hati,dia ni liar sedikit"balas Danish

"Danish kau pengkhianat!"Kata Brooke

"Aduh kau ni.Tak habis-habis buat masaalah"Kata Danish

Brooke di gari dan di bawa oleh dua orang polis

"Wey Danish! Nanti jumpa di bilik asrama!"Jerit Brooke

"Tak guna betullah dia ni"mengeluh Danish

"Semua polis di PULAPOL ini macam sudah kenal sahaja dia"Ucap Adnan

"Itu kerana dia adalah Anak Angkat dari Jeneral Farouk"Balas Danish

"Dia Anak Angkat Jeneral Farouk!"terkejut Adnan

"Ya,jeneral selalu bawa dia ke Akademi ini sejak dia kecil lagi dan dia selalu buat masaalah jadi semua orang di sini sudah kenal Brooke ni macam mana"Balas Dansih

"oh"Kata Adnan

Selepas itu seorang lelaki berpakaian Uniform Polis datang di atas pentas untuk memberikan pengumuman

"Maaf atas masaalah tadi.Saya akan mulakan pengumumannya"Kata Lelaki itu

"Nama saya Khairul,kamu semua boleh memanggil saya Cif Khairul.Mulai hari ini kamu semua akan menjalani beberapa Ujian.Jikalau kamu lulus semua Ujian kamu akan terus masuk di dalam Akademi.Jikalau kamu gagal salah satu ujian ini,maaf saya cakap kamu boleh cuba lagi tahun hadapan"Balas Cif Khairul

"Baiklah Semoga Berjaya"Kata Cif Khairul

Ini lah permulaan Adnan di PULAPOL...

Bersambung

Have some idea about my story? Comment it and let me know.

UncleBotakcreators' thoughts