webnovel

K-Clique (Genggam Cinta Aku)

"Jom pergi dataran. Aku nak dapatkan tandatangan K-Clique." Sabrina mengeluarkan baju untuk ditandatangani. "K-Clique? Apa tu?" Berkerut kening Stella memikirkan K-Clique. "K-Clique nama kumpulan rappers dari Sabah. Tulah madah baca komik anime je. Ingat kau tu dah tua. Sibuk tengok kartun." Bebel Sabrina. "Nama macam cerite anime je. Kau ingat anime ni untuk budak-budak je ke? Kau tak tengok lagi memanglah. Cuba tengok dulu. Confirm melekat." Stella ketawa.

scvrlet · RPS同人
分數不夠
24 Chs

K.C 2

Tuju menarik tangan Fifi pergi jauh sedikit dari orang ramai.

"Lepaslah!" Fifi meronta.

"Sekarang kau bagitahu aku kenapa?"

"Kalau aku teruskan pernikahan. Impian yang aku kejar selama ni musnah."

"Dah tu kau sanggup pula musnahkan impian yang kita rancang selama ni?"

"Bukan kita. Perkahwinan ni cuma impian kau sorang!" Kata-kata Fifi buatkan Tuju tersentak.

Tuju seperti ingin menghalang Fifi. Tapi...

Hembusan nafas perlahan dilepaskan.

"Kau pergi lah. Pergi jelah kejar impian kau sana. Aku tak peduli dah." Tuju mengusap perlahan mukanya.

"Ok." Hanya itu yang dikatakan oleh Fifi. Dia terus menaiki kereta dan memecut laju ke Airport.

Nas dan Aman rakan karibnya baru sahaja tiba di majlis tersebut. Aman membawa adik perempuannya sekali Stella.

"Aku datang lambat ke M.K?" Nas bertanya sebaik sahaja melihat semua orang di luar rumah.

Stella hanya melihat Tuju yang termenung tak jauh dari situ.

"Dia menangis ke?"

***

Somean dan Noki mula mencari Tuju. Dari jauh Somean nampak M.K dan Tuju sedang duduk di bawah pokok.

"Kat sini rupanya. Jomlah, Nas dah cari tu. Kang tak memasal dia jadi hantu susah pulak nak kawal." Noki menepuk nepuk bahu Tuju.

Mereka pun sama-sama pergi untuk sesi bersama peminat.

***

Stella dan Sabrina baru sahaja selesai makan di McDonald berhampiran dataran.

"Kenyangnya." Stella lepaskan sedawa.

"Jom pergi dataran. Aku nak dapatkan tandatangan K-Clique." Sabrina mengeluarkan baju untuk ditandatangani.

"K-Clique? Apa tu?" Berkerut kening Stella memikirkan K-Clique.

"K-Clique nama kumpulan rappers dari Sabah. Tulah madah baca komik anime je. Kau tu dah tua. Sibuk tengok kartun." Bebel Sabrina.

"Nama macam carita anime je. Kau ingat anime ni untuk budak-budak je ke? Kau tak tengok lagi memanglah. Cuba tengok dulu. Confirm melekat." Stella ketawa.

Sabrina menjeling. Sampai sahaja di dataran. Mereka melihat ramai manusia yang beratur untuk mendapatkan tandatangan.

"Mampus! Bila ketika aku nak dapat macam ni. Adurhhh!" Sabrina tiba-tiba memegang perutnya.

"Pahal babe?"

"Aku sa... sakit perut. Kau pe... pegang baju ni. Tolong aku dapatkan tan.. tan.." Sabrina membongkok bongkokkan badannya.

"Tan?" Badan Stella turut terikut-ikut sekali membongkok.

"Tandas!" Laju Sabrina berlari mencari tandas berhampiran.

"Tandas?... Weh!" Jeritan Stella, Sabrina abaikan.

"Ramainya manusia. Macam mana nak beratur ni?"

Disebabkan terlampau ramai sesi tolak menolak pun dimulakan.

"Eh janganlah tolak!" Jerit Stella.

"Bukan saya. Orang belakang saya yang tolak."

"Kau tuduh aku?! Belakang aku lah yang tolak."

"Eh apa pulak aku?"

Tepuk dahi Stella di buatnya. Apa masalah dengan manusia sekalian ni?

Impak tolakkan dari belakang terlalu kuat sehingga memyebabkan Stella terjatuh ke tepi.

"Awak tak apa-apa?" Nas menghulurkan tangan.

"Adurh. Aku Stress betullah!" Stella merungut.

"Stella?" Nas menyapa.

Stella mendongakkan kepalanya.

"Abang Nas? Abang nak ambil tandatangan juga ke?" Stella terus bangun.

"Stella nak ambil tandatangan ke?"

"Aah. Kaw..."

"Nas!"

Tak sempat Stella habiskan kata-kata seseorang memanggil Nas.

"Stella ikut abang sekalilah. Tak payah beratur."

"Nak pergi mana?" Stella mula bingung.

Sampai satu ruangan.

"Stella duduk dulu. Nanti abang datang balik." Nas terus beredar dari situ.

"Tapi... Adurh! Nanti Sabrina tak jumpa aku pula."

Sabrina masih lagi menunggu giliran.

"Bala apalah yang datang tiba-tiba ni? Kat sini pun ada sesi tandatangan ke?!" Sabrina mula membebel. Bukan sahaja di dataran malah tandas awam juga terpaksa beratur panjang.

Stella terpaksa tunggu lama di situ membuatkan matanya mengantuk tiba-tiba.

"Biasa kalau dah kenyang aku tidur. Tapi... Lantaklah abang Nas datang nanti dia kejutlah kan?" Stella pun tidur di kerusi tersebut.

Satu jam pun berlalu.

"Lenguh jari aku." Tuju melibas-libas tangannya.

"Oi! Bangun. Ni kerusi aku." Tuju menyepak-nyepak kerusi Stella.

Terkebil-kebil mata Stella melihat ada seseorang sedang berdiri di sebelahnya. Cepat-cepat dia bangun.