Masa ayah masih hidup. Ayah selalu bawa kami adik beradik ke pantai. Ayah ajar kami berenang. Ajar kami cara mengawal pernafasan dan kami berlawan siapa yang tahan nafas paling lama. Kebolehan itu semua terletaknya pada Stella.
Stella boleh menahan nafas lebih dari dua minit. Aman hanya boleh bernafas tidak lebih dari satu minit. Masa itu, Stella selalu lihat ayah suka rendamkan diri dalam air. Hampir lama ayah berlemas di dasar air.
"Kenapa ayah suka tahan nafas lama-lama dalam air?" Tanya Stella ingin tahu.
"Cuba Stella masuk dalam air." Arah Ayahnya.
Stella pun menahan nafas di dalam air hanya beberapa saat dan badannya di naikkan semula.
"Stella dengar bunyi ape?" Soal ayahnya.
"Tak ade."
"Tulah sebabnya. Dalam air terlalu senyap berbanding luar ni kan?"
"Ayah ada masalah ke?" Stella meneka. Seorang ayah hanya mampu tersenyum bila seorang anak bertanya sedemikian.
Ayahnya meninggal tidak lama selepas hari tersebut, ia di temui mati di permukaan laut selepas sampan yang di naikinya karam di tengah lautan. Hampir dua hari mayat ayah tidak dapat di temui.
Laju badan Stella dinaikkan di permukaan air. Stella menarik nafas laju.
"Kau nak mati ke duduk dalam tu lama-lama? Nasib tak dalam kolam ni. Kalau dalam dengan aku-aku sekali lemas agaknya, dah la tak pandai berenang." Stella terkejut melihat Tuju membebel di hadapannya.
Stella mengusap mukanya yang dibasahi air.
"Aku bukan nak bunuh diri la." Jawab Stella perlahan.
"Kalau ye pon jangan berendam dalam tu lama-lama bahaya tahu t....." Stella menutup mulut Tuju dengan tangannya. Tuju tersentak.
"Shh! Diam sikit boleh tak nanti kite kena tangkap." Matanya mula melihat sekitar kawasan tersebut.
Jantung Tuju berdegup laju bila Stella begitu rapat dengan dia.
'Kenape kau ni selalu buat aku terganggu?' Hati Tuju berbisik.
Stella memandang muka Tuju. Tangan masih lagi menekup mulut lelaki tersebut. Dia perasan yang Tuju memandangnya. Cepat-cepat dia menarik tangannya semula.
"Maaf." Kata Stella perlahan dan mereka hanya senyap untuk beberapa saat. Keadaan menjadi semakin pelik bila mereka hanya terpaku di dalam air. Mereka hanya membelakangkan diri masing-masing.
"Kau buat apa malam-malam kat sini?" Soalan Tuju memecahkan sunyi malam.
"Just berendam."
"Heh. Orang gile pon tak berendam malam-malam macam ni la." Sinis Tuju. Stella hanya diamkan diri.
Tuju curi-curi memandang belakang, dia sedikit terkejut bila Stella sudah hilang di belakangnya.
"Aik hilang?" Tuju melihat dalam air. Rupanya Stella masih lagi tenggelamkan diri.
"Tak takot lemas agaknye minah ni. Lantak kau lah." Tuju dekatkan diri di tepi kolam. Badannya di naikkan sedikit untuk duduk sambil kakinya di rendamkan ke dalam air. Dia hanya memerhati dari luar.
Melihat susuk tubuh Stella yang hanya duduk di tengah-tengah kolam sambil memeluk kakinya. Selepas beberapa minit dia naikkan dirinya.
Stella membuka mata. Melihat Tuju tidak jauh dari situ sedang memerhatikan dia.
"Dah kenape tengok macam tu? Pergilah tempat lain. Sebok dekat sini buat ape?" Tanya Stella.
"Saje tengok, buatnye kau lemas dekat situ tak de sape nampak macam mane?" Stella mencebik mulutnya.
"Nak tanyelah, kenape kau rendam lame-lame macam tu?" Tuju ingin tahu.
"Kau tak pernah tahan nafas dalam air ke?" Stella menjawab dengan soalan.
Tuju mengangkat bahunya.
"Kau nak tahu ke?" Tanya Stella lagi.
"Malaslah, tak berminat." Tiba-tiba sahaja dia ubah fikiran.
"Ceh, penakot cakap." Stella perlahankan suaranya.
"Kau cakap ape? Penakot? Heh, bile mase aku takot air. Eh ini Tuju la." Kata Tuju dengan angkuh.
"Kalau tak takot datang sini." Cabar Stella.
"Datang situ, memang taklah. Sejuk kot." Tuju memberi alasan.
"Kalau da penakot tu tak payah nak berlagak berani." Stella kembali tenggelamkan diri.
"Eh minah ni, main tenggelam timbul pulak. Kau tunggu situ aku datang. Kau cabarkan." Perlahan-lahan Tuju berjalan ke arah Stella. Dia tak pandai berenang jadi Tuju sedikit takut bila lama-lama dalam air.
Tuju menunggu Stella timbul.
"Oi cepatlah." Matanya memandang sekeliling. Takut juga kalau-kalau ada orang nampak ke.
Stella munculkan diri semula.
"Betol ni tak takot air? " Stella mengagak.
"Tak." Tuju pertahankan diri.
"Yelah tu."
"Cepatlah bagitahu, lepas tu aku nak cau." Stella senyum.
Your gift is the motivation for my creation. Give me more motivation!
I tagged this book, come and support me with a thumbs up!