webnovel

Tok Ketua Rong Naik Berang (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Jing Lin tersedar semula dan baru menyedari dia telah ditampar beberapa kali oleh Yun Luofeng di khalayak ramai! Dia menjadi sangat marah. "Yun Luofeng, kamu berani kurang ajar di Pavilion Perubatan ini! Kamu mesti tunduk dan mengaku kesalahan kamu pada saya, jika tidak, saya pastinya tidak akan memaafkan kelakuan kamu hari ini!"

Yun Luofeng menerima sapu tangan yang dihulurkan Yun Xiao. Dengan perlahan dia mengelap tangan yang baru dia gunakan untuk menampar Jing Lin. Seolah-olahemuka Jing Lin ada kuman yang boleh menjangkiti tangannya.

"Yun Luo..."

Jing Lin menggenggam tangannya dengan sangat marah tetapi sebelum dia sempat mencela Yun Luofeng, suara berang Tok Ketua Rong terdengar dari tepi.

"Kamu buat apa lagi di sini? Kamu berani membuat kekecohan di Pavilion Perubatan! Kenapa kamu tidak terus berambus?"

Jing Lin menelan semula kata-kata kemarahan yang hampir dia luahkan. Dia menjeling ke arah penampilan Yun Luofeng yang cantik dan menawan. Dengan dingin dia mendengus, "Kali ini, saya lepaskan kamu kerana menghormati Tok Ketua Rong. Jangan cakap kamu tidak dengar kata-kata Tok Ketua Rong tadi? Berambus!"

Setelah mendengar kata-kata ini, Yun Luofeng tidak berganjak sedikit pun, dan matanya tersenyum melihat Jing Lin.

Jing Lin menjadi semakin benci. Dia pernah lihat orang bermuka tebal sebelum ini, tapi tidaklah sehingga tahap ini! Kata-kata Tok Ketua Rong sudah sangat jelas, tapi dia masih lagi berdiri sini tanpa rasa malu! Dia sememangnya telah membuktikan dirinya sebagai cucu Yun Luo, sehinggakan langsung tidak sedar diri.

Baru sahaja Jing Lin hendak memarahi Yun Luofeng lagi, Tok Ketua Rong berkata, "Jing Lin, saya suruh kamu berambus, jangan cakap kamu tidak dengar?"

Jing Lin hendak bercakap tetapi disebabkan kata-kata berang Tok Ketua Rong, dia tercekik dengan nafas sendiri lalu tersedu. Terbatuk dua kali, wajahnya yang tua menjadi kemerahan ketika dia memandang ke arah Tok Ketua Rong.

"Tok Ketua Rong, orang yang kamu maksudkan ialah saya?" Dia menuding jari pada dirinya sendiri. Dia kelihatan sangat tidak percaya.

Dengan bersahaja Tok Ketua Rong berkata, "Siapa lagi kalau bukan kamu? Saya, Tok Ketua Rong, tidak pernah melihat orang muka tebal sampai tahap seperti ini. Saya sudah menyuruh kamu berambus dua kali, tetapi kamu masih lagi berada di dalam Pavilion Perubatan!"

Kata-kata ini tadi yang Jing Lin gunakan untuk mencemuh Yun Luofeng, tapi sekarang telah dikembalikan semula kepadanya oleh Tok Ketua Rong.

Badan Jing Lin kaku, kulit mukanya menjadi pucat sambil dia tergagap, "Tok Ketua Rong, orang yang datang membuat masalah di Pavilion Perubatan ialah Yun Luofeng..."

"Ha ha," Tuan Tua Ning tertawa kecil, matanya yang tidak berperasaan merenung tajam ke arah Jing Lin. "Kami berdua hanya nampak kamu menggunakan kuasa kamu untuk menindas orang dan membuli gadis itu. Sekarang kamu telah dibelasah, kamu masih mengharapkan Pavilion Perubatan menyebelahi kamu? Tok Ketua Rong menyuruh kamu berambus, jadi kamu patut pergi cepat! Jika tidak, walaupun Tok Ketua Rong tidak berbuat apa-apa, orang tua ini sendiri tidak akan melepaskan kamu!"

Wajah Jing Lin bertukar dari putih menjadi hijau lalu dari hijau menjadi merah semula. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu tertawa kosong. "Tok Ketua Rong pasti sudah tersalah faham. Saya tidak membuli gadis ini seperti gajah membuli semut. Dia yang mengarahkan seseorang untuk membelasah saya! Jadi yang membuat kekecohan itu bukan saya, tapi sebenarnya gadis ini!"

Sehingga kini, Jing Lin masih gagal memahami keadaan, jadi dia menyangka disebabkan usia muda Yun Luofeng, Tok Ketua Rong percaya dia yang membuli gadis itu!

"Tok Ketua Rong, gadis ini terlalu licik. Semalam, dia menemui seorang tua untuk berpura-pura sakit sebagai cubaan untuk memperdayakan semua orang! Nasib baik anak murid saya memiliki kebolehan perubatan yang hebat, jadi dia sedar orang tua itu cuma berpura-pura sakit. Jadi bukan sahaja anak murid saya tidak merawat lelaki tua yang tidak sedarkan diri itu, dia juga tidak mendedahkan penipuan Yun Luofeng demi menjaga hubungan persahabatan mereka."