Keadaan sekeliling menjadi sunyi selepas Dark's Knight keluar dari bilik pengetua.
"Atuk! Apa semua ni?!" Jerit Fiza dengan berani tapi masih ada rasa hormat.
"Atuk cuma nak yang terbaik untuk cucu2 atuk dan atuk juga nak kamu semua berubah. Tak lama lagi kamu semua akan menduduki peperiksaan SPM" terang Tengku Amiruddin dengan tenang.
"Tapi perlu ke arah pengawas kerek tu untuk awasi kami? Kami bukan budak kecik lagi lh" kata Fiza tapi kali ni dengan nada lembut sikit.
"Ye atuk tahu yang korang semua dah besar tapi bagi atuk kamu semua still budak2 6 tahun. Atuk yakin yang pengawas2 tadi dapat merubah kamu semua" kata Tengku Amiruddin.
"Tapi atuk.."
"Tolong dengar cakap atuk kali ni? Atuk dah takde siapa2 lagi cuma ada kamu berlapan je dalam dunia ni yang menceriakan hari2 atuk" kata Tengku Amiruddin menahan sebak.
"Atuk.." Fiza juga menahan air mata dari mengalir begitu juga dengan Devil's Roses.
Mereka semua meluru ke arah atuk kesayangan mereka dan memeluk erat bagi menghilangkan rasa sedih.
"Atuk nak cucu2 atuk kembali macam dulu2..yang ceria dan selalu tersenyum bukan macam sekarang ni" perlahan2 air mata lelaki tua itu terjatuh mengenang kisah lalu.
Ada kisah hitam yang telah berlaku kepada seluruh keluarga Tengku Amiruddin yang mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban dalam kejadian tersebut.
FLASHBACK
"Ayah boleh minta tolong tak? Tolong jemput cucu2 ayah kat sekolah tu" pinta anak sulung Tengku Amiruddin, Tengku Aiman Hakim.
"Yelah..nasib baik cucu kesayangan" kata Tengku Amiruddin sambil ketawa perlahan dan berlalu menuju ke kereta.
Waktu tu seluruh keluarga Tengku Amiruddin berkumpul di rumah Tengku Amiruddin bagi mengadakan majlis sambutan sempena ulang tahun perkahwinan antara Tengku Amiruddin dan Tengku Aisyah.
Tapi siapa sangka waktu mereka semua berada di dalam rumah, tiba2 asap tebal memenuhi seluruh ruangan yang ada dalam rumah tu dan menyukarkan mereka untuk bernafas. Api pulak kian membesar dan makin merebak di merata tempat.
Mereka semua menuju ke pintu utama untuk meyelamatkan diri tapi pintu tersebut tidak dapat di buka dari dalam dan menyebabkan semua yang ada di dalam rumah itu sesak nafas kerana menghidu asap yang terlalu banyak dan mengakibatkan kematian.
Pada waktu kejadian tu semua ahli Devil's Roses masih berusia 9 tahun. Dan ketika kejadian itu berlaku Devil's Roses masih berada di sekolah dan hanya menunggu di jemput oleh atuk kesayangan mereka, Tengku Amiruddin.
Tengku Amiruddin tidak ada waktu kejadian itu sedang berlaku kerana menjemput cucu2 perempuan dia di sekolah.
"Ya Allah!" Terjatuh Tengku Amiruddin dari berdiri.
Sesampai saja di depan rumah miliknya, alangkah terkejutnya dia melihat rumah itu habis terbakar dijilat api besar.
Banyak pasukan bomba yang ada disitu cuba memadamkan api tersebut. Tengku Amiruddin cuba masuk ke dalam rumah tapi di halang oleh beberapa orang jiran. Devil's Roses hanya menangis waktu tu dan menghampiri atuknya.
Selepas api berjaya dipadamkan, pasukan bomba mula masuk ke dalam rumah itu dan memeriksa kalau2 ada mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu.
Pasukan bomba membawa semua jasad2 yang habis rentung dijilat api itu keluar dan kesemua jasad itu adalah milik anak, menantu dan isteri kepada Tengku Amiruddin.
"Maafkan kami kerana tidak berjaya menyelamatkan semua mangsa yang terlibat. Dan kami mendapati bahawa kejadian ini seperti sudah di rancang dari awal kerana kami mendapati ada bau minyak tanah di kawasan dapur dan kami juga dapati satu pemetik api di kawasan pintu belakang" terang salah seorang pihak bomba dengan panjang lebar.
Devil's Roses tidak berani untuk tengok semua jasad orang2 yang mereka sayangi itu. Mereka semua waktu tu masih kecil tapi mereka sudah di uji dengan kehilangan kedua ibubapa mereka dan hanya tinggal atuk saja.
Tengku Amiruddin menghampiri semua cucu2 perempuannya dan memeluk mereka semua sambil berkata sesuatu.
"Sekarang hanya kita sahaja yang ada di dunia ni, atuk janji yang atuk akan jaga kamu semua. Itu janji atuk!" Kata lelaki itu sambil mengalirkan air mata.
Devil's Roses hanya menangis teresak2 dalam pelukan atuk mereka.
END FLASHBACK
Dan sejak kejadian itu berlaku, Devil's Roses telah berubah sikap 100% dari ceria kepada dingin. Mereka menanam dendam dan ingin membalas balik kepada pembunuh itu atas kematian ahli keluarga mereka.
"Dah2..tak payah sedih2 lagi, kisah lama tak payah ungkit balik. Yang lepas tu biarlah lepas ye sayang" kata atuk sambil mengelap air matanya.
Devil's Roses juga mengelap air mata mereka dan menenangkan diri.
Selepas mereka semua dah tenang, diorang meminta diri untuk berlalu keluar dari bilik itu.
"Aku tak kan lepaskan orang itu hidup bergembira di luar sana atas kematian keluarga kita!" tekad Fiza.
"Aku setuju dengan kau!" Kata Dee begitu juga yang lain.
"Tapi macam mana kita nak cari orang tu sedangkan satu bukti pun kita takde" kata Reen.
"Huh?! Aku rasa orang itu masih lagi memerhatikan keluarga kita sampai sekarang" kata Nad dengan yakin sekali.
"Aku pun rasa macam tu, tapi kita tak tau siapa dia" keluh Eqah.
"Lambat laun kita akan tau juga siapa dalang sebalik semua kejadian ni semua" kata Fiza lagi.
"Dah..jom pergi masuk kelas nanti marah pulak Miss Suzy tu sebab lewat masuk" kata Fiee pulak.
Langkah diatur menuju ke kelas.
Di bilik pengetua
Selepas je Devil's Roses keluar dari bilik, Tengku Amiruddin berlalu ke meja kerja dia dan membuka laci yang ada kat situ.
Dia mengeluarkan sekeping gambar dari laci itu. Dan gambar tersebut adalah gambar sebuah keluarga besar milik Tengku Amiruddin.
Dia meneliti gambar itu dan tanpa dia sedar air mata dia jatuh lagi untuk yang ke sekian kalinya.
"Syah..abang rindu semua keluarga kita. Andai dapat di putar waktu, mesti kita semua masih berkumpul sampai hari ni kan?" Terdengar esakan kecil dari lelaki tua itu.
'Astaghafirullah..' terus dia beristighfar dalam hati atas ke telanjuran kata2 yang seperti tidak dapat menerima ketentuan Illahi.
TBC..