webnovel

Girls Of Leaders

Mengisahkan 8 pelajar perempuan dari sekolah Hyper High School iaitu Fiza, Dee, Nad, Fiee, Sya, Yuni, Eqah dan Reen. Mereka sangat di kenali sebagai 'Devil's Roses' oleh disebabkan kenakalan dan sikap dingin mereka yang membuatkan pelajar lain merasa gerun terhadap mereka. 8 pengawas lelaki yang merupakan pelajar baru sekolah Hyper High School iaitu Mirul, Rie, Raif, Ziq, Ash, Aril, Ewan dan Rayn. Mereka di kenali sebagai 'Dark's Knight' dan mereka ditugaskan untuk mengawasi 'Devil's Roses' atas perintah pengetua sekolah. Takde siapa tahu yang 'Devil's Roses' adalah sepupu dan cucu kepada pengetua Hyper High School, Tengku Amiruddin. Devil's Roses sendiri yang meminta atuknya untuk merahsiakan identiti sebenar mereka dari pengetahuan orang ramai. "Beb..aku dengar ada pelajar baru masuk kat kelas kita ni" - Eqah "Aku dah tau dah..atuk bagi tau semalam" - Fiza "Habis tu apa kita nak buat dekat pelajar baru tu?" - Fiee "Macam biasa lh" - Fiza&Dee Ahli Devil's Roses yang lain hanya tersenyum sinis. "Hoii!! Apa korang dah buat ni ahh?!" - Mirul "Korang ingat ni sekolah atuk korang ke?!" - Ewan "korang ni mema....." - Ash P/S: kalau nak tahu lebih lanjut cerita ni dipersilakan baca..okey?

_DarksChoo · 青春言情
分數不夠
31 Chs

Bab 6

"Weii..asal kau lambat sangat ni?" Marah Nad kepada Fiza.

"Sorry guys..tadi ada malaun mana sesat pergi ambil parking aku" beritahu Fiza.

"Sokey kitorang maafkan"

"So tunggu apa lagi? Jom lah shopping" kata Dee dan disorak gembira oleh sepupunya yang lain.

Mereka pun keluar dari cafe tersebut dan menuju ketingkat atas di mana ditempatkan kedai2 baju dan sebagainya.

Di tempat lain pulak

"Sorry guys aku lambat sikit" kata Mirul dengan muka bersalah.

"Kau tau tak dah lenguh kaki kitorang tunggu kau kat sini?" Marah Haziq

"Alaa sorry lh..kenapa korang tak tunggu kat restaurant atau cafe ke?" Sengih Mirul

"Banyak lah kau punya sorry..jom ahh pergi tingkat atas" kata Zaril pulak.

"Guys tunggu kejap ehh..aku nak pergi beli air jap, haus lh" kata Mirul

"Yelah..jangan lama sangat" kata Dark Knight yang lain.

Tak sampai 10 minit, Mirul dah datang balik dengan minuman di tangan kanannya.

"Dah..jom naik tingkat atas" kata Raif.

Sedang elok mereka berjalan2 di tingkat atas, tiba2 Mirul terlanggar seseorang sehingga minuman yang dia pegang tertumpah di atas baju orang tersebut.

"Arrghh!! Shit lh!" Kata gadis yang dilanggarnya tadi.

"Hoii?! Mata kau tu letak mana hah?! Kat lutut ke? Habis baju aku.." kata gadis itu lagi.

"Maaf cik, kawan saya tak sengaja tumpahkan kat baju cik ni" bela Ewan.

"Aku tak kira..hisshh habis baju aku!" Kata gadis tu lagi.

'Kenapa aku macam pernah dengar suara ni ehh?' Bisik hati Mirul

Mirul yang tadi menunduk kini memandang siapa gerangan yang dia langgar tadi.

Kini terselah wajah gadis yang dia temui di tempat parking kereta dengan beberapa orang gadis lain berada dibelakang gadis tersebut.

Mata berpandangan mata sebelum..

"Kau lagii!!" Jerit Fiza.

"Asal kat sini pun aku jumpa kau ehh?! Malang betul hari aku harini!" Kata Fiza sambil memandang tajam mata Mirul.

"Macam lh aku hingin nak jumpa kau lagi?" Kata Mirul dengan berani.

"Apa kau cakap?!" Jerit Fiza

Sepupunya yang lain hanya memandang tak berani nak menyampuk kalau leader diorang tengah mengamuk.

Fiza ni walaupun dia punyai perangai macam budak2 tadika tapi bila dia marah takde siapa berani nak tenangkan diri termasuk ahli D'R yang lain.

"Aku kata..aku tak hingin nak tengok muka perasan kau ni. Memang patut pun aku simbah kau pakai air tu" ejek Mirul

Yang hanya melihat adengan diorang berdua. Dan ada jugak pengunjung2 di mall itu yang ikut serta menengok wayang free ni.

"Kau akan dapat balasan atas apa yang kau dah buat kat aku ni. Ingat kata2 aku ni" kata Fiza dengan marah.

"Girls jom balik..aku takde mood nak sambung shopping lagi!" Arah Fiza dengan wajah dingin.

"U better watch your mouth first! Kau dah cari bala dengan kitorang" sempat lagi Dee memberi peringatan kepada ahli lelaki2 tersebut.

END FLASHBACK

"Guys..apa kata kita kenakan diorang tu semua? Amacam?" Kata Fiza

"Aku on je" kata Sya dan yang lain pun bersetuju dengan idea Fiza tu.

"So apa plan kau untuk kenakan diorang?" Soal Eqah ingin tahu.

Yang lain hanya memandang dan menunggu Fiza membuka bicara.

"Macam ni.."

Selesai Fiza memberitahu plannya kepada sepupu2 kesayangannya itu mereka semua tersenyum jahat membayangkan reaksi pelajar2 baru itu nanti.

'Kau tunggu je balasan dari aku' kata Fiza dalam hati sambil smirk.

Waktu rehat

"Dipinta kumpulan Devil's Roses dan Dark's Knight untuk masuk hadirkan diri di bilik pengetua sekarang jugak!" Kata Cikgu Dahlia yang memberi announce tadi.

"Hisshh..kenapa atuk nak panggil kitorang ni? Dengan mamat2 malaun tu pulak" rungut Fiee

"Mungkin ada sesuatu yang atuk nak bagitahu kut" kata yuni ingin menenangkan sepupunya.

"Dah ahh..jom gerak sekarang! Nanti atuk marah kita pulak sebab lewat masuk bilik dia" kali ni Fiza pulak yang bercakap.

Didalam kelas 5Golds

"Weii..asal nama kumpulan kita kena sebut tu? Kita ada buat apa2 kesalahan ke?" Kalut Ryan bercakap.

"Kau jangan cakap macam tu boleh tak? Dasar penakut kita baru je masuk sekolah ni takkan dah ada kesalahan kut?" Kata Ash

"Yelah..asal lh aku ni kalut sangat" Ryan menepuk dahi dia sendiri sebelum tersengih2.

"Jom arr..kita gerak sekarang ke bilik pengetua" kata Haziq pulak

"Tapi siapa Devil's Roses?" Tanya Mirul Hairan.

"Yelah..siapa ehh?"

"Dah2 lh tu pikir..nanti kat bilik pengetua kita tahu lh siapa Devil's Roses tu" kata Ewan dengan tenang.

Ahli Devil's Rose dan Dark's Knight sampai serentak di depan bilik pengetua sekolah.

Mereka memandang satu persatu sambil membuat muka menyampah.

"Hah! Sampai pun..tunggu apa lagi mari masuk dalam" kejut pengetua yang membuka pintu dari dalam.

Mereka semua melangkah masuk ke dalam bilik tersebut yang di dahului oleh para pelajar2 perempuan itu.

"Ada apa pengetua nak jumpa kami semua ni?" Kata Reen yang selalu straight to the point.

Yang lain hanya mengangguk dan memandang pengetua bagi meminta penjelasan.

"Macam ni..saya nak Dark's Knight menjadi pengawas kat sekolah ni macam mana yang telah di jelaskan oleh pengetua sekolah korang yang lama. Dan saya nak kamu berlapan mengawasi 8 pelajar perempuan yang ada di depan kamu ini" kata Tengku Amiruddin.

"What?! Kitorang bukan budak kecik lh yang nak diawasi bagai" kata Fiza dengan sedikit meninggi tapi masih dapat dikawal.

"Memang korang bukan budak kecik lagi. Tapi perangai nakal korang tu yang buat saya risau, takut menjadi2" kata pengetua.

"Tapi.."

"Takde tapi2 lagi..keputusan saya muktamad! Saya nak kamu berlapan awasi setiap seorang dari kumpulan Devil's Roses ni, nanti saya bagi senarai nama pasangan kamu semua" terang pengetua lagi.

'So diorang lh Devil's Roses ni?' Kata Mirul sambil memandang setiap wajah ahli kumpulan tersebut dan matanya terhenti pada seorang gadis, Fiza.

"Baiklah..itu saja yang saya ingin sampaikan. Korang semua boleh balik kelas kecuali Devil's Roses sebab saya ada perkara nak sampaikan pada diorang.

Dark's Knight hanya menganggukkan kepala dan berlalu pergi menuju ke kelas mereka. Ahli Devil's Roses pulak dah buat muka masam memandang atuk mereka.

"Atuk! Apa semua ni?!" Kata Fiza dengan berani tapi masih ada rasa hormat.

"Atuk..."

TBC..