"Kauu!!.."
"Asal korang ada kat sini hah?! Korang intai kitorang sampai sini ke?!" Jerit Fiza
"Jangan nak perasan lh, buat apa kitorang ikut korang sampai sini huh? Buang masa je.." balas Mirul
"Wei jantan! Kau memang tak puas hati lagi kn pasal semalam?!" Kata Dee
"Korang ingat kami hadap sangat ke dengan korang ni sampai sanggup ikut korang huh?!" Kali ni Hairie pulak yang menjawab.
"Kau baik diam sebe..."
BAMM!!
Belum sempat Fiza menghabiskan ayatnya ada satu bunyi yang menghentikan percakapannya tadi.
"Kalau korang nak gaduh, pergi gaduh tempat lain bukan dalam kelas saya!" Jerkah Cikgu Amin.
"Devil's Roses, kamu semua boleh keluar dari kelas saya sekarang! Dan kamu pelajar2 baru berdiri dalam kelas saya sampai habis waktu!" Dah keluar dah kuasa veto dia tu. Menyampah aku.
"Kalau cikgu tak cakap pun..memang kitorang nak keluar pun. Buat semak mata aku je tengok beruk2 ni semua" balas Fiza dengan berani.
Fiza dan Devil's Roses yang lain terus melangkah keluar dari kelas tersebut.
"Wei..kita nak pergi mana ni?" Soal Fiee
"Tempat biasa lh..mna lagi?" Beritahu Yuni.
Langkah mereka berlapan diatur menuju ke block E. Keadaan sekeliling block itu sangat2 sunyi disebabkan tiada seorang pun berani ke block tersebut kecuali Devil's Roses.
Menurut pelajar2 kat Hyper High School ni, ada seorang pelajar pernah nampak makhluk halus berkeliaran di kawasan itu tapi D'R tidak percaya cerita tu semua.
Sesampai je depan satu bilik yang ada kat block ni, mereka pun membuka pintu itu lalu membolos ke dalam.
"Ngantuk ahh!" Rungut Reen sambil menguap.
"Kau ni keje nak tidur je kn?" Kata Nad
"Weii..Fiza kau kenapa dari tadi diam je aku tengok sampai sekarang ni?" Tanya Dee hairan
Yang lain hanya memandang menunggu jawapan leader diorang.
"Takde pape lah..aku cuma bengang je masa ni" terang Fiza
"Bengang dengan beruk2 tu ke?" Soal Eqah yang dari tadi diam saja.
"Haah lh..macam mana lh diorang semua ada kat sini? Satu kelas pulak tu" rungut Sya
"Tapi asal atuk tak inform kita awal2 ehh? Selalu atuk inform dulu kat kita. Ni mesti ada sesuatu kn?" Kata Dee
"Weii..aku tak boleh lupa lh hal semalam tu! Ni semua gara2 beruk tu lh!" Jerit Fiza.
FLASHBACK
Pada jam 2 petang, D'R dah bersiap hendak ke mall sama2. So mereka pun gerak menuju ke mall yang mengambil masa dalam 30 minit.
Tapi diorang ambil masa 10 minit je untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju. Biasa lh diorang semua racing.
Dah 2 round Fiza mencari parking kosong tapi takde. Ahli D'R yang dah jumpa parking dag kecuali dia je. Dia pun round lagi sekali mana lh tau ada parking kosong.
"Aduh. Susahnya nak cari parking kat sini ni!" Rungut Fiza.
Matanya meliar memandang kiri kanan mencari parking kosong. Tiba2 mata dia terpandang parking kosong lalu segera dia melajukan sedikit untuk sampai ke tempat itu sebelum disambar orang.
Elok2 je dia nak parking, ada satu buah kereta BMW warna hitam mengambil parking tersebut.
"Shit! Siapa pulak yang ambil tempat ni?! Sial lh!" Marah Fiza
Kerana rasa marah, dia pun keluar dari kerita sports nya menuju ke kerita BMW tersebut. Dia mengetuk cermin kereta tersebut kuat2 sampai nak pecah cermin tu.
"Woi! Kau keluar sekarang! Keluar lh sial!" Bentak Fiza.
Seorang lelaki yang macam sebaya dengan dirinya keluar dari kereta dengan lagak macho dan muka tak bersalah dia tu lalu berdiri di depan Fiza.
'Wow!! Handsome jugak mamat ni..ehh sedar diri Fiza, kau datang nak marah dia kan bukan untuk puji dia' bisik hati Fiza.
"Yes cik? Ada apa2 yang boleh saya tolong ke?" Soal lelaki itu
"Maafkan saya encik..?"
"Encik Amirul. Boleh panggil Mirul je" jawab Mirul
"Ohh..boleh tak encik Amirul pindahkan kereta encik tu tempat lain?" Kata Fiza sedaya upaya menahan marah
"Aik? Kenapa pulak saya nak pindahkan kerita saya kat tempat lain?" Soal Mirul hairan.
"Sebab saya yang dulu jumpa parking ni, tapi encik yang curi tempat ni dari saya" terang Fiza.
"Maaf ya cik..tapi saya dulu yang dapat parking ni so cik boleh cari parking yang lain" Mirul tak mau kalah
'Aku cakap elok2 dia main2 aku pulak ehh! Ni yang aku tak puas hati ni!" Bisik hati Fiza dengan geram.
"Weii jantan! Apa susah sangat hah?! Kau pergi lh cari tempat lain..semak arr!" Dah meletus dah api kemarahan Fiza ni.
"Asal kau jerit2 kat aku ni?! Tak malu ke orang pandang kita ni?" Marah Mirul
"Kesah apa aku? So cepat pindahkan kereta kau sekarang sebelum aku calarkan" ugut Fiza.
"Kalau aku tak nak?" Cabar Mirul
'Kau cabar aku ke? Kau belum kenal siapa aku sebenarnya, ni Tengku Fiza Anisha lh' bisik hati Fiza.
Fiza memandang kearah lelaki dihadapannya dengan senyuman yang sinis sebelum berlalu kearah kerita sportsnya.
"Huh? Ingat berani sangat" Kata Mirul perlahan dan mata memandang ke arah Fiza.
Dahi dia berkerut memandang Fiza yang seperti mengambil sesuatu dalam bonet kereta sports dia tu.
"Ohh shits!!" Membulat mata Mirul melihat Fiza ingin mendekati kereta kesayangannya dengan besi di tangan gadis itu.
Laju kaki Mirul melangkah masuk kembali ke dalam kereta dan keluar dari kawasan parking itu. Takut kereta kesayangan dia ni calar.
"Gila agaknya perempuan tu? Tapi cantik juga dia kan walaupun dalam keadaan marah" kata Mirul sorang2 dalam kereta.
"Puas hati aku..tau takut! Baru kau tau siapa aku, kalau nak lagi..cabar lh" kata Fiza dengan senyum mengejek.
Fiza terus memasuki keretanya dan memakirkan kereta sportsnya di tempat kereta lelaki tadi sebelum masuk ke dalam mall bersama sepupunya yang lain.
Dia pun memasuki satu buah cafe di mana sepupunya sedang menunggu kehadirannya.
TBC..