Selesai melahap makanan kat kantin tadi, Aisyah dan Ainur segera beredar dari kantin dengan cepat sebab waktu rehat dah nak habis.
Dalam perjalanan menuju ke kelas mereka, Aisyah terpandang seseorang yang sangat dia kenali. Mata tak lari dari memandang orang tersebut dan hati dia meronta2 hendak bertemu dengannya.
'Okey, aku rasa sekarang ni mungkin waktu yang tepat untuk aku jumpa dia. Tapi macam mana nak jumpa dia bila Ainur ada dengan aku?' omel Aisyah dalam hati.
Tiba2 ada satu idea melintas dalam pikiran dia sekarang ni.
"Ermm..Ainur, awak masuk kelas dulu ehh?" pinta Aisyah.
"Huh? Kenapa? Awak nak pergi mana?" soal Ainur sambil menjongketkan keningnya.
"Saya nak pergi tandas jap." tipu Aisyah.
"Lah..iyeke? Kalau macam tu kita pergi sesama jelah."
"Ehh..takpe2. Biar saya sorang je pergi. Nanti awak pulak yang lewat masuk kelas gara2 saya." halang Aisyah.
"Saya lewat masuk pun takpe lah, jom saya teman awak" kata Ainur tak mahu kalah.
'Aduhh..macam mana ni? Nanti kantoi lah pulak. Idea please datang.' kata Aisyah dalam hati.
"Takpe. Saya pergi kejap je, awak tak perlulah sampai nak teman saya. Lebih baik awak pergi masuk kelas dulu ehh" halang Aisyah sekali lagi.
"Hurrmm..dah awak kata macam tu, apa saya boleh buat kan? Saya masuk kelas dulu ehh?" kata Ainur pasrah.
"Sorry tau" kata Aisyah serba salah sebab buat Ainur macam tu.
"Takpe. Jumpa kat dalam kelas nanti" kata Ainur sambil melangkah pergi meninggalkan Aisyah di situ.
"Okey"
Hilang je Ainur dari pandangan matanya, Aisyah segera mengejar orang yang dipandangnya sebentar tadi. Laju kaki dia melangkah mengejar orang tersebut.
'aduh..mana pulak dia ni pergi?' omel Aisyah.
"Maybe dia lalu sini kut?" katanya seorang diri.
Tepat tekaannya bila mana dia terpandangkan orang yang dicarinya sekarang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri. Aisyah memerhati orang tersebut dari tempatnya berdiri sebelum dia membuka langkah kakinya dengan cepat dan mengikuti orang tersebut dari belakang.
Orang tersebut tak sedar akan kewujudan Aisyah yang berada di belakangnya sebab dari tadi mata dia cuma memandang phone yang berada di tangannya. Maybe khusyuk sangat main phone sampai tak sedar ada orang kat belakang.
Aisyah segera bersembunyi di balik tembok yang berdekatan bila mana dia perasan orang yang berada di depannya seperti ingin menoleh kebelakang. Takut kantoi yang dia mengekori orang itu.
"Asal aku rasa macam ada someone yang perhatikan aku ehh? Ke cuma rasa aku je?" kata orang tu pelik sebelum dia mengangkat bahunya dan kembali meneruskan langkahnya.
Aisyah juga kembali semula mengekori orang tersebut dan tak berapa lama dia kembali menyorokkan dirinya semula.
'Hissshhh..asal aku kena menyorok dari dia ni ehh? Bodoh lah kau ni Aisyah' omel Aisyah perlahan sambil menepuk dahinya berulangkali.
Someone's Pov
"Asal aku rasa macam ada someone yang perhatikan aku ehh? Ke cuma rasa aku je?" kata ku seorang diri sambil menoleh ke belakang. Pelik langsung tak ada kelibat sesiapa di sini selain aku.
Aku hanya mengangkat bahu dan meneruskan kembali langkahku yang terhenti tadi.
Baru je beberapa langkah aku berjalan, aku perasan ada bunyi tapak kasut berada di belakangku.
'Sah! Memang ada yang follow aku ni!' bisik ku dalam hati sebelum menoleh semula ke belakang.
Jawapannya masih sama, takde siapa2 kat belakang aku sekarang ni.
Aku beranikan diriku untuk melihat sekeliling untuk memastikan tiada siapa2 yang ikut aku. Tiba2 aku menangkap ada suara seseorang di balik tembok yang tidak jauh dari tempatku berdiri.
Aku memutuskan untuk mendekati tembok tersebut dengan niat nak tengok siapa yang ada kat situ. Semakin dekat dengan tembok tu, degupan jantungku semakin laju berdetak. Tapi bila sampai je kat situ, aku tak nampak sesiapa pun.
Meremang bula romaku. Seram weii, dah lah aku sorang2 je kat sini. Aku cepat2 ingin melangkah pergi dari tempat tu tapi belum sempat aku ingin melangkah jauh, ada satu tangan menarikku semula kebelakang dan orang tu terus menekup mulutku menggelakkan aku dari menjerit.
Terbuntang biji mataku tak kala aku melihat gerangan yang berada di depan mataku sambil menekup mulutku dengan tangannya.
Dia tersengih2 memandangku dan segera melepaskan tangannya dari menekup mulutku.
"Errkk..hai? Hehehe" sengih Aisyah tak bersalah.
"Weii beb..macam mana kau boleh tiba2 ada kat sini? And sejak bila kau pakai baju sekolah sama dengan aku ni?" soalku yang masih dalam keadaan terkejut.
"Well..macam kau tengok aku sekarang ni" balas Aisyah.
"Jangan kata kau sekolah kat sini sekarang ni?" soalku meminta kepastian.
Aisyah hanya menganggukkan kepalanya bagi menjawap soalanku.
"Tapi kenapa?" soalku lagi.
"Ehh..kau ni banyak soalanlah. Rimas aku" rungut Aisyah.
"Ish..kau jawab jelah soalan aku ni" kataku tak puas hati.
"Okey. First aku pindah kat sini sebab aku ikut papa aku pindah sini balik. And second, memandangkan aku dah pindah kat sini jadi 'dia' pun bagi arahan pada aku untuk bantu kau. Dah tu jer" jelas Aisyah.
"Dia?"
"Yeahh"
"Tapi banyak2 sekolah, kenapa sekolah ni juga yang kau nak masuk?" soalku lagi.
Aisyah yang mendengar soalanku terus menjulingkan matanya ke atas.
"Kau ni sejak bila jadi bangang ehh? Dah sah2 'dia' suruh aku bantu kau kat sini. So dah semestinya aku pilih sekolah ni" kata Aisyah bersahaja.
Aku hanya menganggukkan kepalaku.
"Asal? Kau tak happy ke aku ada kat sini? Kau tak rindu aku?" soal Aisyah dengan sayu.
Dia ni saja je buat aku rasa serba salahkan.
"Alaa..kau tak payah lah sedih2 cam ni. Gila aku tak happy? Aku happy sangat weii and ofcourse ler aku rindu kat kau sangat2. Dah lama gila kut kita tak jumpa" kataku happy seraya memeluknya dengan erat.
"D..dah le..lepas" kata Aisyah tersekat2 sambil menepuk kuat belakang badanku.
Aku melepaskan pelukan antara kami dua sambil menayangkan sengihan pada Aisyah. Merah padam muka dia.
"Kau ni agak2 lah nak peluk aku. Tau lah rindu, tapi tak perlu kut nak peluk aku macam nak kasih aku mati cepat" kata Aisyah sambil menjeling tajam ke arahku.
"Hehehe..sorry tak sengaja" kataku minta maaf.
"Yelah"
Selang beberapa saat keadaan antara kami berdua tiba2 jadi sunyi sebelum kedengaran suara Aisyah menjerit.
"Weii..waktu rehat dah habislah. Matilah aku!" kata Aisyah kalut.
"So?" balasku bersahaja.
"So, kau kata? Weii kita dah lambat nak masuk kelas kut." jelas Aisyah.
Aku mengerling ke arah jam di phoneku dengan bersahaja.
"Kau pergilah masuk kelas kau tu, yang tercegat masih kat sini buat apa?" halauku.
"Kau pulak?"
"Kejap lagi, aku masuklah. Tapikan aku lupa nak tanyalah, kau kelas apa ehh?" soalku sambil memandangnya.
"Kita dua sama kelas kut" balas Aisyah.
"Iyeke? Kenapa aku tak perasan ehh?" soalku hairan.
"Tu lah kau sibuk sangat sampai tak perasan aku ada dalam kelas tu." sindir Aisyah.
Aku hanya tersengih sambil menggaru kepalaku yang tak gatal.
"Dah lah. Aku masuk kelas dulu, jumpa kau kat kelas nanti" kata Aisyah sambil melangkah pergi tinggalkan aku sorang2 kat sini.
TBC..