webnovel

Girls Of Leaders

Mengisahkan 8 pelajar perempuan dari sekolah Hyper High School iaitu Fiza, Dee, Nad, Fiee, Sya, Yuni, Eqah dan Reen. Mereka sangat di kenali sebagai 'Devil's Roses' oleh disebabkan kenakalan dan sikap dingin mereka yang membuatkan pelajar lain merasa gerun terhadap mereka. 8 pengawas lelaki yang merupakan pelajar baru sekolah Hyper High School iaitu Mirul, Rie, Raif, Ziq, Ash, Aril, Ewan dan Rayn. Mereka di kenali sebagai 'Dark's Knight' dan mereka ditugaskan untuk mengawasi 'Devil's Roses' atas perintah pengetua sekolah. Takde siapa tahu yang 'Devil's Roses' adalah sepupu dan cucu kepada pengetua Hyper High School, Tengku Amiruddin. Devil's Roses sendiri yang meminta atuknya untuk merahsiakan identiti sebenar mereka dari pengetahuan orang ramai. "Beb..aku dengar ada pelajar baru masuk kat kelas kita ni" - Eqah "Aku dah tau dah..atuk bagi tau semalam" - Fiza "Habis tu apa kita nak buat dekat pelajar baru tu?" - Fiee "Macam biasa lh" - Fiza&Dee Ahli Devil's Roses yang lain hanya tersenyum sinis. "Hoii!! Apa korang dah buat ni ahh?!" - Mirul "Korang ingat ni sekolah atuk korang ke?!" - Ewan "korang ni mema....." - Ash P/S: kalau nak tahu lebih lanjut cerita ni dipersilakan baca..okey?

_DarksChoo · 青春言情
分數不夠
31 Chs

Bab 15

Devil's Roses pov

Dalam perjalanan mereka menuju ke kantin sekolah, semua pelajar2 sekolah menundukkan kepala mereka dan memberi ruang kepada Devil's Roses. Mereka hanya buat2 tak tahu dan meneruskan perjalanan mereka ke kantin sambil menayangkan wajah dingin mereka.

"Psstt..aku rasa macam kerabat raja jee bila dihormati macam ni. Kan best kalau kita semua ni betul2 dari kerabat raja" bisik Nad kepada Devil's Roses yang lain dengan wajah bangganya.

"Kau jangan jadi bodoh sangat boleh tak?" kata Fiza.

"Apa yang bodohnya? memang betulkan apa yang aku kata tadi kan?" kata Nad kepada sepupunya yang lain dengan wajah blur.

"Memang kita semua ni kerabat raja pun. Dah sah2 nama kita semua ada TENGKU.." kata Dee dan menekankan perkataan 'tengku' tu, biar si Nad tu sedar sikit dari blur dia tu.

"Iyeke?" kata Nad sambil menggaru kepala dia yang tak gatal itu.

"Yelah nyanyuk!!" kata Devil's Roses serentak. Mata ke atas tangan di bahu.

"Hehehehe.." Nad hanya tersengih2 je bila dah sedar dari blur dia tu. Devil's Roses hanya mengendahkan Nad.

Mereka mula berbincang tentang plan yang mereka nak buat selepas balik sekolah nanti daripada melayan perangai blur Nad yang entah apa2 tu. Tengah mereka asyik bersembang mereka tak sedar yang langkah mereka sudah pun sampai dekat kantin sekolah. Suasana yang pada mulanya bising, tiba2 jadi sunyi sepi dalam sekelip mata bila Devil's Roses melangkahkan kaki ke dalam kantin sekolah itu.

"Asal dengan korang semua ni tiba2 je jadi senyap? tadi bukan main bising lagi korang ehh..macam kat pasar ikan dah aku rasa" kata Fiza dengan sinis.

"Entah diorang ni..tadi bukan main bising lagi tapi sekarang ni dah senyap pula macam kat kawasan perkuburan pula aku rasa" kata Eqah sambil memandang semua pelajar2 yang ada kat kantin sekolah tu.

"Dah2..kita dah sampai kat kantin dah ni. So korang berdua pergi beli makanan and kitorang pula cari tempat duduk untuk kita berlapan, okey?" arah Fiza kepada Fiee dan Sya.

"Okey!"

"Dah..jom cari tempat untuk kita duduk"

Mereka pun mula bergerak mencari tempat duduk sementara Fiee dan Sya tengah beli makanan untuk diorang semua. Mereka memilih meja yang berada di belakang sekali bagi mendapatkan ruang privasi sebab meja tu sedikit jauh dari meja2 lain yang ada dekat dalam kantin ni.

"Weii..lama gila dorang beli makanan ni? Aku dah lapar dah ni" rengek Nad sambil menyebamkan muka dekat meja makan.

"Entah lah beb..maybe diorang tengah memasak kot sebab tu lama" Dee berloyar buruk.

"Kita tunggu jelah sampai mereka datang" kata Fiza yang lain hanya mengangguk tanda mengerti.

Beberapa minit kemudian Fiza dan yang lain terdengar suara jeritan 2 orang gadis yang tengah marah. Suara jeritan itu amat mereka kenali. Mereka pun berdiri dan mencari dari mana datangnya suara jeritan itu.

"Apa yang kecoh sangat tu?" Kata Fiza sambil berjalan menuju ke kawasan yang sedikit kecoh dekat dalam kantin tu. Yang lain hanya mengangkat bahu tanda tak tahu dan meneruskan perjalanan mereka.

###

Fiee&Sya pov

"Makcik..bagi nasi lemak 3 bungkus, 2 mee goreng, 3 nasi goreng dan 8 milo ais" pesanan Fiee pada makcik kantin itu.

"Okey, tunggu kejap ehh" kata Makcik Imah iaitu makcik kantin.

"Okey" kata Fiee dan Sya serentak.

"Nah..semuanya RM26 (main letak je harga ni)" kata Makcik Imah

Sya menghulurkan tiga keping not 10 ringgit dan dia menghulurkan kepada makcik kantin tu.

"Lebih dia makcik simpan je sebagai sedekah" kata Sya sopan.

"Terima kasih nak" kata makcik itu sambim tersenyum.

"Sama2 makcik" kata Sya seraya membalas senyuman makcik itu dengan senyuman manis.

Mereka berdua pun memulakan langkah sambil membawa 2 dulang yang berisi makanan dan minuman yang mereka beli tadi.

"Sya..mna diorang ni? Tak nampak pun" kata Fiee sambil memanjangkan kepalanya mencari sepupu2nya yang lain.

"Nth lh..kejap ehh.." kata Sya sambil turut memanjangkan kepalanya dan meliarkan pandangannya mengelilingi kantin itu sebelum matanya terhenti kepada sekumpulan pelajar perempuan yang berada di meja belakang sekali.

"Tu hah diorang semua..yang tengah duduk dekat meja belakang skli tu" beritahu Sya dan Fiee pun memandang ke arah tersebut.

"Jom" ajak Fiee.

Dalam perjalanan mereka ke tempat ahli Devil's Roses yang lain, tiba2 ada tangan yang menolak kuat mereka berdua dari arah belakang. Nasib menyebelahi mereka berdua sebab tak terjatuh tergolek atas lantai tapi sayangnya dulang yang berisi makanan dan minuman yang mereka beli itu terjatuh menyembah ke atas lantai.

"Opss! Tak sengaja.." kata seseorang dari belakang mereka.

"Weii..makanan aku!!" Kata Fiee sambil memandang sayu makanan yang berada di atas lantai itu.

"Duit aku!!" kata Sya pula.

"Memang nak kena lh siapa yang buat semua ni" kata Fiee dan Sya geram sebelum memusingkan badan mereka untuk melihat siapa gerangan yang menolak mereka tadi.

"KAU?!!! kau nak apa huh setan?!! Sampai tolak2 kitorang, takde jalan lain ke huh?!!" Amuk Fiee bila dah tahu siapa gerangan yang menolak mereka tadi.

"Sorry kitorang tak nampak lh korang dua tadi..kan girls?" Kata Wani dengan gedik.

Ahlinya yang lain cuma menganggukkan kepala menyetujui kata2 ketua bagi kumpulan mereka iaitu Diva Girls.

"Sorry naik lori lah..maklampir!! Kitorang yang besar ni pun tak nampak ke?!" Kata Sya sambil dadanya turun naik menahan marah yang meluap2.

"Aku tak kira..aku nak korang bayar balik harga makanan kitorang yang dah rosak ni!" Kata Sya lagi sambil menghulurkan tangannya di hadapan Diva Girls.

"Kalau kitorang tak nak bayar balik macam mana?" Kata Eika dengan gaya gediknya.

"Aku tak kira yang penting korang ganti balik duit kitorang sekarang ni juga. Ingat senang ke nak dapat duit tu semua?!" Kata Fiee dengan tegas.

"Heh? Kitorang still tak nak bayar balik..tulah dah tahu diri tu miskin lagi nak sekolah kat sini, baik korang berambus lh..sekolah ni khas untuk orang2 kaya macam kitorang ni je..dasar miskin!" kata Wani sinis sambil di sambut gelak ketawa dari geng2 Diva Girls nya.

"Lagi elok miskin..daripada kau yang kaya raya tapi tak cukup duit untuk beli kain. Sebab tu baju kau singkat dan sendat jee, tak ubah macam pakaian perempuan murahan" kata Sya sambil tersenyum sinis begitu juga dengan Fiee.

"Kurang ajar kau kn?" Kata Wani sambil mara ke hadapan sambil mengangkat tangannya tinggi ke langit dan bersedia untuk menampar Sya.

TBC...