webnovel

Girls Of Leaders

Mengisahkan 8 pelajar perempuan dari sekolah Hyper High School iaitu Fiza, Dee, Nad, Fiee, Sya, Yuni, Eqah dan Reen. Mereka sangat di kenali sebagai 'Devil's Roses' oleh disebabkan kenakalan dan sikap dingin mereka yang membuatkan pelajar lain merasa gerun terhadap mereka. 8 pengawas lelaki yang merupakan pelajar baru sekolah Hyper High School iaitu Mirul, Rie, Raif, Ziq, Ash, Aril, Ewan dan Rayn. Mereka di kenali sebagai 'Dark's Knight' dan mereka ditugaskan untuk mengawasi 'Devil's Roses' atas perintah pengetua sekolah. Takde siapa tahu yang 'Devil's Roses' adalah sepupu dan cucu kepada pengetua Hyper High School, Tengku Amiruddin. Devil's Roses sendiri yang meminta atuknya untuk merahsiakan identiti sebenar mereka dari pengetahuan orang ramai. "Beb..aku dengar ada pelajar baru masuk kat kelas kita ni" - Eqah "Aku dah tau dah..atuk bagi tau semalam" - Fiza "Habis tu apa kita nak buat dekat pelajar baru tu?" - Fiee "Macam biasa lh" - Fiza&Dee Ahli Devil's Roses yang lain hanya tersenyum sinis. "Hoii!! Apa korang dah buat ni ahh?!" - Mirul "Korang ingat ni sekolah atuk korang ke?!" - Ewan "korang ni mema....." - Ash P/S: kalau nak tahu lebih lanjut cerita ni dipersilakan baca..okey?

_DarksChoo · 青春言情
分數不夠
31 Chs

Bab 12

Deruman beberapa buah kereta yang baru memasuki kawasan sekolah membuatkan semua pelajar sekolah itu menoleh dan ternanti2 siapakah tuan punya kereta.

Setelah kereta tersebut di parkingkan di tempat letak kereta. Tuan punya kereta tu pun keluar sambil mereka menggalas beg sekolah di bahu. Mata mereka memandang sekelililng bila merasa diri mereka diperhatikan sejak tadi sebelum..

"HOIII!! Yang korang tengok2 ni apahal?! Tak pernah tengok perempuan lawa ke?!" Jerkah Eqah sambil menyelitkan sedikit pujian.

Mendengar jee jerkahan dari salah seorang ahli Devil's Roses itu membuatkan pelajar yang memandang mereka terus menundukkan kepala. Takut dijerkah lagi. Ya, tuan punya kereta yang berjaya menarik minat pelajar2 sekolah itu adalah kepunyaan Devil's Roses.

"Tau pun takut..lain kali tak payah jakun sangat, macam tak pernah tengok kereta je korang ni" kata Sya dengan sinis.

"Dah pergi masuk dewan sekarang! Dah nak masuk waktu perhimpunan dah ni! Siap korang semua kalau tak masuk2 lagi!" Arah Fiza berbaur ugutan.

Semua pelajar yang mendengar terus bergerak laju meninggalkan tempat itu dengan tergesa2 takut kena dengan Devil's Roses.

"Hilang pun diorang. So, kita nak masuk dewan jugak ke atau..." soal Dee sambil tersenyum penuh makna.

"Macam tak biasa pulak kau ni kan? Kita ponteng je tak payah masuk perhimpunan. Jom pergi bilik kita, aku nak tidur jap sampai waktu perhimpunan tamat" kata Fie sambil menguap kecil.

"Jom!" Kata mereka yang lain dengan serentak.

Di tempat lain

"Apa korang tunggu lagi tu? Masuk dewan cepat!" Jerit Mirul kepada beberapa pelajar lelaki yang masih berlenggang lenggok berjalan ke dewan.

Dengar je jeritan tu, pelajar tadi hanya menjelingkan mata ke atas. Diorang pun masih berjalan perlahan menuju ke pintu dewan.

"Jalan dah mcm budak perempuan aku tengok korang bertiga ni. Dengan lenggang lenggok pulak tu" sindir Ewan semasa pelajar lelaki tdi berselisih dengan mereka.

"Hoii!! Mulut kau tak boleh jaga sikit ke? Suka hati kitorang lh nak jalan laju ke perlahan. Apa masalah korang hah?!" Jerit Syarif salah seorang pelajar tdi.

"Memang masalah kitorang bila korang 3 orang ni lambat masuk dewan. Perhimpunan tinggal berapa minit je lagi" celah Raif.

"Dah2..korang bertiga pergi masuk barisan sebelum aku denda korang!" kata Mirul tegas.

"Ingat kitorang kesah pulak dengan kau?"

"Hisshhhh!! Memang nak cari gaduh korang ni kan" Ewan dah hilang sabar tapi cepat2 di tenangkan oleh Ziq.

Tanpa mengendahkan amarah Ewan, 3 orang pelajar tersebut terus beredar masuk ke barisan kelas masing2 dengan senyuman sinis.

"Aku tak puas hati lah dengan diorang 3 orang tu. Ingat diorang budak samseng kat sekolah ni aku nak takut lh? Memang tak lh aku nak takut. Rasa nak tumbuk muka sorg2 je tadi nasib kau dah tahan aku Ziq" bebel Ewan melepaskan rasa geram.

Yang lain hanya menggelengkan kepala tengok sifat panas baran kawan diorang yang sorang ni.

"Semua dah masuk dewan kn? Takde siapa2 lgi kan yang masih ada kat dalam kelas, tandas dan kantin kn?" Soal Rie terus mengubah topik perbualan.

"Aku rasa semua dah masuk dah. Ehhhh....." Mirul menghentikan percakapannya sambil memandang kawan2 nya.

"Minah2 kerek tu dah ada ke belum?" Sambungnya.

Mata meliarkan di sekitar dalam dewan tersebut bagi memastikan sama ada minah 8 orang tu ada ke tak.

"Weii..diorang takde lah" kata Ash dan disetujui yang lain.

"Mana diorang semua tu? Tak kn lh belum sampai kat sekolah lagi kut? Tapi tadi aku ada nampak kereta diorang semua kat parking" jelas Ryan.

"Ni mesti ponteng perhimpunan lagi. Memang nak kena denda lh diorang ni" kata Ash sambil menggeleng kepala.

"Okey..aku nak korang dua orang ikut aku meronda kat kawasan sekolah ni mana lh tahu diorang ada kat mana2" arah Mirul kepada Ryan dan Ewan untuk mengikuti dia.

"Yang lain tunggu kat dewan je sampai habis perhimpunan dan pastikan semua pelajar nnti dah masuk kelas masing2" sambung Mirul.

Mereka bertiga pun mula meronda kesemua kawasan yang ada kat sekolah ni tapi batang hidung Devil's Roses pun tak kelihatan.

"Weii..cuba kita ronda kat kawasan store sekolah tu. Mna lh tau diorang kat sana kn?" Cadang Mirul.

"Kau gila ke nak ke sana? Pelajar sekolah ni kata tempat tu keras lh ngok! Seram aku" kata Ryan dengan perasan sedikit takut.

"Gila penakut kau ni..harap je lelaki badan sado tapi penakut dengan hantu" kutuk Ewan.

"Aku bukan takut lah, aku cuma seram je" nafi Ryan.

"Yelah tu.." kata Ewan dan Mirul serentak sebelum ketawa mereka berdua terhambur. Ryan cuma mencebik kn bibir.

"Dah2. Hahaha..jom kita gerak ke sana sekarang" kata Mirul dengan sisa tawanya.

Mereka bertiga pun berjalan menuju ke store sekolah yang berada dekat belakang kawasan sekolah itu. Lagi beberapa tapak lgi nak dekat kat kawasan belakang sekolah tu, bulu roma mereka tiba2 naik. Rasa seram sejuk je dengan kawasan yang sunyi sepi tu di tambah pula kawasan tu dekat dengan hutan.

"Kau betul ke nak ke sana ni?" Kata Ryan sambil memegang lengan Mirul.

"Yelah..yang kau pegang lengan aku ni dah kenapa? Gay ke?" Mirul menepis tangan Ryan yang berada di lengannya.

"Hotak kau! Aku straight lh..kau je yang gay" kata Ryan sambil meluku kepala Mirul.

Ewan hanya ketawa menyaksikan perangai kawan dia 2 orang ni.

"Dah lh..kalau korang tak nak pergi dekat situ, biar aku sorang je tapi korang tunggu aku kat sini" arah Mirul dan kawannya hanya menggangukkan kepala.

Mirul pun mula melangkah mendekati kawasan tu tapi langkahnya tiba2 terhenti bila dia terdengar suara seseorang ketawa menghilai kat dalam stored tersebut. Dia berdiri kaku kat tempat dia berdiri sebelum dia terdengar lagi ada suara perempuan sedang menangis.

Muka terus berubah pucat sebelum dia pusing ke belakang. Alangkah terkejut dia bila 2 orang kawannya dah pecut lari tinggalkan dia sorang.

'Tak guna punya kawan' desis hatinya.

Dia pun apa lagi, laju kakinya berlari meninggalkan kawasan itu dan mengejar langkah kawannya itu.

TBC..