"Macam mana kamu nak saya percayakan kamu sedangkan kamu baru sahaja mengkhianati saya?" Xinghe bertanya.
"Itu tuduhan tidak berasas," jawab Ee Chen sambil memuncungkan mulutnya, "Saya tidak menyebelahi Ruobing tetapi saya tetap membantu kamu untuk menyiapkan rekaan, bukan ke itu sudah cukup untuk membuktikan kesetiaan saya? Bukan ke saya sudah jawab setiap soalan kamu? Saya tak ada apa-apa untuk disembunyikan…"
"Kamu lupa ke yang kamu membantu dia mencuri rekaan saya?"
"Itu tidak benar kerana rekaan yang saya beri padanya adalah palsu, saya bersumpah!"
Bibir Xinghe membentuk senyuman. "Rekaan yang kamu beri padanya tetap rekaan palsu sama ada kamu merancangnya atau tidak."
Ee Chen tergamam sebentar setelah menyedari kebenaran yang dikatakan oleh Xinghe. Dia mengeluh, "Jadi, kamu telah berwaspada terhadap saya selama ini."
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者