Disebabkan semua ura-ura ini, pohon Parasol Cina ini telah menjadi sungguh terkenal di internet dan sangat dilindungi oleh sekolah.
Sudah tentu Mubai tidak tahu tentang semua ini. Selepas dia meninggalkan sekolah, dia hanya fokus terhadap persiapan untuk pergi ke luar negara bagi menyambung pembelajaran. Keluarga Xi menyokong keputusannya ini. Mubai memang sangat bijak sejak muda lagi. Dia mempunyai matlamat tersendiri dan ada cara untuk mencapainya. Dengan itu, mereka sentiasa menyokong dia. Namun, sebelum Mubai menentukan destinasinya lagi, berita tentang pemergiannya sudah diketahui oleh semua orang.
Tianxin tidak mahu dia pergi, jadi dia datang melawat setiap hari. Dia berharap dapat memujuk Mubai supaya kekal.
"Mubai, kamu nak pergi ke mana untuk sambung belajar?"
Di taman, Mubai bersandar pada bangku sambil membaca dan Tianxin duduk di sebelah dia. Mubai menjawab tanpa mengalihkan mata dari bukunya, "Tak buat keputusan lagi."
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者