webnovel

Melawat Xia Xinghe

編輯: EndlessFantasy Translation

Jelas sekali itu bukan punca kegembiraannya.

Puan Tua Xi, berkata dengan muram, "Jangan cakap kamu dah lupa?"

Dia sememangnya telah lupa.

Mubai mengangkat bahu. "Bila kena pergi?"

"Selesai sarapan ini, kamu pergi jemput Tianxin ke kedai. Lepas sudah selesai melihat gaun, kamu boleh pergi makan tengah hari bersama." ibunya dengan senyuman memberi galakan. Dia lebih daripada senang hati untuk menggalakkan mereka meluangkan masa bersama.

Mubai mengangguk. "Baiklah."

Mubai bukannya jenis yang banyak cakap soal perhubungan, dia lebih selesa menyerahkan soal itu kepada orang tuanya.

Sama seperti dia mendengar cakap ayahnya untuk mengahwini Xinghe, dia juga menurut kemahuan ibunya untuk mengahwini Chu Tianxin.

Tanpa mereka sedari, Mubai hanya menganggap perkahwinannya itu bagaikan satu misi. Dia tidak kisah asalkan ianya selesai.

Dia hanya memikirkan tentang keluarganya dan tidak peduli mengenai bakal isterinya. Jadi dia tidak kisah siapa pun bakal isterinya.

Selain daripada keluarganya, cuma ada satu benda yang boleh menarik minat Mubai iaitu sains komputer.

Dia merasa kagum dengan apa-apa yang berkaitan komputer.

Walaupun ketika bersama Tianxin, apa yang berada dalam fikiran Mubai cumalah 001.

"Mubai, apa yang kamu fikirkan? Kamu sangat senyap sewaktu kita mencuba gaun lagi." tanya Tianxin.

Mubai tersedar dari lamunannya dan membalas lembut. "Tiada apa-apa yang penting."

"Beritahulah saya, saya nak bantu kalau saya mampu." sambung Tianxin, mengharapkan perbualan itu berpanjangan.

Mubai cuma memperdayakannya. "Pasal Lin Lin, saya cuma risau sebab tadi dia cakap dia tidak sihat."

Sebetulnya, Mubai tidak berbohong kerana Xi Lin benar-benar telah mengatakan dia kurang sihat.

Bagaimanapun, Mubai tahu dia membuat perangai kerana ayahnya meninggalkannya untuk bersama Tuanxin.

Tianxin berasa tidak puas hati sejenak apabila dia menyedari yang Mubai melayannya kurang penting berbanding anak Mubai sendiri.

Dia telah berusaha keras untuk membuat Mubai mencintainya tapi Mubai hanya peduli tentang anaknya.

Sekali lagi, Tianxin memujuk diri sendiri. Ada baiknya jika dia lebih pentingkan keluarga. Tianxin merancang untuk mempunyai ramai anak dengan Mubai.

Dengan cara itu, Xi Lin cuma akan menjadi sekadar memori.

"Dah lah, ramai yang menjaga Lin Lin , saya pasti dia baik-baik saja." Tianxin cuba memujuk Mubai, kerana takut Mubai mengabaikan makan tengah hari mereka dan pulang ke rumah untuk anaknya.

Untuk mengalih perhatian Mubai daripada topik itu, Tianxin berkata, "Mubai, saya tidak mendengar khabar tentang Xinghe sejak kita bertembung dengannya hari itu. Saya risau tentang dia, lagi satu, kamu sudah bagitahu Lin Lin tentang Xinghe?"

Bercakap tentang Xinghe, Mubai merasa tertarik untuk mendengar khabarnya.

"Saya belum ceritakan lagi kepada Lin Lin, ianya masih terlalu awal. Lagipun, saya terlalu sibuk untuk menyelidik tentang keadaan Xinghe. Memandangkan kita ada masa sekarang, apa kata kita pergi melawat dia?" Mubai berkata lantas memeranjatkan Tianxin.

"Kamu nak lawat dia sekarang?"

"Apa salahnya? Lagipun saya ada sesuatu nak berikan kepadanya dan kalau tidak silap saya, dia tinggal berdekatan sini."

Chang An yang duduk di hadapan menyambung, "CEO Xi benar, kawasan perumahan Cik Xia cuma 10 minit dari sini."

"Dah tu, kita akan melawat dia sekarang."

"Baik, Encik." Chang An memutar steering dan menuju ke rumah Xinghe.

Tianxin hanya terdiam.

Semuanya tidak seperti yang dirancang, bukankah mereka sepatutnya pergi makan tengah hari yang romantik? Kenapa mereka perlu melawat perempuan liar, Xi Xinghe itu pula?

Tambahan lagi, daripada perbualan Xi Mubai dengan pembantunya, ianya kelihatan seperti Mubai pernah cuba menghubungi bekas isterinya. Jika tidak, bagaimana dia tahu mengenai tempat tinggal Xinghe.