"Ingat, kamu harus kekal stabil. Keputusan tidak akan disahkan sehinggalah ke detik terakhir. Kalau kamu hilang arah sekarang, macam mana kamu nak meneruskan perjuangan ini?" Tianrong memarahinya dengan tegas. Bagaikan satu tamparan hebat, kata-katanya ini menyedarkan Tong Liang.
"Ayah, kamu betul. Ini tak akan berlaku lagi," kata Tong Liang sambil menenangkan dirinya.
Tianrong mengangguk puas hati. "Macam ini lebih baik. Beberapa tahun yang lalu, Ayah kalah disebabkan kurang persediaan mental. Kamu tak patut ikut jejak langkah Ayah."
"Baik, Ayah!"
"Mengenai Xia Xinghe itu, biarkan sahaja dia menang buat masa ini. Jika dia memanjat tinggi pun, ia tidak semestinya satu perkara baik. Ia hanya akan menjadikan dia sasaran. Perempuan itu masih begitu muda, dia akan jatuh juga lambat-laun. Dari segi mental, dia lebih lemah dari kamu. Dengan itu, kemenangan pasti akan menjadi milik kita!" kata Tiangrong dengan yakin.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者