webnovel

Sebelum Xinghe selesai berkata-kata, Datuk Xi memotong, "Kamu mesti menerimanya kerana saya telah menukar nama surat perjanjian itu kepada nama kamu. Kamu mesti menerima tidak kira apapun."

"Tapi..."

"Terima sahajalah, ini hadiah dari Datuk," kata Mubai. Xinghe mahu berkata, 'Tak ke ini terlalu baik?'

"Xinghe, saya juga ada hadiah untuk kamu," kata Puan Xi secara tiba-tiba. Dia mengarahkan seseorang untuk membawanya. Tidak perlu diperkatakan lagi, ia juga sesuatu yang luar biasa. Ia adalah satu set aksesori batu jed antik yang mahal!

Puan Xi menjelaskan, "Ini satu set barang kemas yang diberikan oleh kerabat diraja Eropah. Ia satu-satunya di dalam dunia ini. Saya menggunakan wang sebanyak tiga ratus juta untuk memenangi pembidaan beberapa tahun yang lalu. Sekarang, saya berikannya kepada kamu."

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者