"Betul, ini semua jasa Jeneral. Eh,apa yang kamu cakap?" Barron akhirnya memahami maksud di sebalik kata-kata Philip.
Philip tidak menjelaskan diri, sebaliknya dia mengarahkan dengan penuh tegas. "Mulai sekarang, tiada sesiapa yang akan melepaskan tembakan melainkan ia arahan dari saya. Siapa yang tidak patuh akan dihukum mengikut undang-undang tentera!"
"Jeneral, apa maksud semua ini?" tanya Barron dengan teragak-agak.
"Siapa kamu nak tanya tentang motif saya?" Philip merenung ke arahnya dan Barron berasa tidak sedap hati.
Beberapa saat kemudian, Philip berpaling ke arah Charlie dan berkata, "Keluar ke tempat terbuka, saya jamin tiada siapa akan menembak kamu. Sila bekerjasama."
"Mustahil! Sebaik sahaja kita keluar, kamu akan bunuh kami!" Wolf membantah, dia langsung tidak percaya dengan kata-kata Philip. Tiada siapa pun di antara mereka yang percayakannnya. Tetapi Xinghe sedang menunggu, menunggu lelaki itu untuk bercakap.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者