webnovel

Cek Untuk Seratus Juta

編輯: EndlessFantasy Translation

Xia Zhi bertanya dengan mencuriga, "Siapa yang berada di pintu?"

Mereka tidak biasa menerima tetamu jadi mereka berasa hairan.

Dia membuka pintu dan kelihatan seorang lelaki muda berpakaian formal.

"Maafkan saya, tetapi adakah Miss Xia Xinghe tinggal di sini?" tanya lelaki tersebut dengan sopan sekali.

Xia Zhi mengangguk. "Ya tetapi siapakah anda dan mengapa anda mencari kakak saya?"

Lelaki tersebut tersenyum. "Saya ialah pembantu Xi Mubai. CEO Mubai inginkan saya memberi sesuatu kepada Cik Xia. Adakah beliau berada di rumah?"

Setelah Chang An memberitahu bahawa dia bekerja untuk keluarga Xi, muka Xia Zhi bertukar kelat.

Walau bagaimanapun, dia seorang yang beradab lalu berkata," Kakak saya tidak begitu sihat buat masa sekarang tetapi sila masuk."

"Terima kasih."

Pangsapuri mereka yang kecil serta dinding mereka yang nipis membuatkan Xinghe boleh mendengar segala pertuturan mereka walaupun dia berada di dalam bilik tidurnya.

Pangsapuri mereka hanya ada dua bilik tidur dan satu ruang tamu. Ruang tamu mereka hanya cukup besar untuk memuatkan perabot kecil mereka.

Xia Zhi membawa Chang An ke bilik Xinghe di mana Xinghe yang sakit sedang besandar pada kepala katilnya.

Muka Chang An berubah seketika akibat terperanjat dengan keadaan Xinghe.

Dia tidak menyangka wanita yang lemah dalam bilik tersebut ialah wanita yang sama dengan wanita yang pernah menjadi isteri bos dan ibu tua mudanya.

Kejutannya beransur hilang. Dia menghulurkan satu cek kepada Xinghe.

"Salam pertemuan kembali, Cik Xia. CEO Mubai inginkan saya sampaikan ini kepada Cik. Dia kata ini sepatutnya milik Cik jadi tolonglah terima."

Walaupun sebelum Xinghe melihat cek tersebut, dia sudah tahu itu ialah cek yang bernilai seratus juta RMB.

Dia meneka dengan tepat yang Mubai baru sahaja mengetahui bahawa cek nafkahnya telah ditolak tiga tahun yang lalu.

Dia telah menolaknya tiga tahun yang lalu dan dia akan menolaknya lagi.

"Beritahu bos kamu bahawa saya berterima kasih dengan niatnya tetapi saya tidak boleh menerima cek ini. Dia tidak berhutang apa-apa dengan saya, jadi saya tidak akan mengambil cek ini daripada dia," kata Xinghe dengan tegas.

Chang yang terkejut dan keliru menambah, " Cik Xia, tidakkah Cik hendak menyemak berapa wang yang diberikan terlebih dahulu?"

"Ianya seratus juta kan?"

"Ya…"

Chang An merasa lebih hairan. Dia sudah tahu berapa banyak wang yang diberi, mengapa dia masih menolaknya?

Xinghe perasan akan kekeliruan di mukanya lalu berkata, "Saya tidak menerima wang tersebut tiga tahun yang lalu dan tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menuntut wang tersebut. Jadi saya tidak akan menerimanya sekarang. Pulang lah dan beritahu Mubai yang satu-satunya hutang dia dengan saya adalah untuk memberikan anak kami satu kehidupan yang baik."

"Tapi…"

"Xia Zhi tolong bawa Encik Chang keluar. Saya sudah penat."

"Encik Zhang, kamu telah mendengar kehendak kakak saya. Kami tidak akan menerima wang kamu," kata Xia Zhi lalu bergegas menghantarnya keluar.

Sebelum Chang An keluar, dia cuba memujuk Xia Zhi untuk menerima cek tersebut atas nama kakaknya tetapi tidak berjaya sama sekali.

Sambil merenung pintu kayu yang telah tertutup, Chang begitu tertarik dengan keluarga tersebut.

Ianya jelas yang mereka memerlukan wang tersebut jadi mengapa mereka tidak menerima tawaran tersebut?

Ia berjumlah seratus juta RMB! Adakah mungkin integriti mereka tidak dapat dibeli atau mereka merasa bahawa jumlah tersebut adalah terlalu sedikit?

Chang An tidak dapat mengagak apa yang sedang bermain dalam fikiran Xinghe.

Dia bergegas pulang ke syarikatnya lalu memberitahu segalanya kepada Mubai.

Mubai tidak hairan dengan tindak balas Xinghe lalu menambah, "Adakah itu sahaja yang dia katakan?"

"Ya. Cik Xia berkata dia tidak akan menerima apa-apa dan hanya meminta supaya tuan muda dijaga baik oleh CEO Xi."

Mubai ketawa. " Lin Lin ialah anak saya dan saya akan menjaganya dengan baik tanpa perlu dia memberitahu saya. Jika dia tidak ingin cek tersebut, tinggalkan ia."

"Baiklah CEO Xi. Jika tiada apa-apa lagi, saya akan beredar sekarang." Sebelum Chang sempat berpusing ke belakang, tiba-tiba Mubai berkata, "Tunggu…"