webnovel

"Sudah pasti, sudah pasti…." Seperti yang dijangkakan, tiada siapa yang membantah.

Chui Ming dan Wushuang juga tidak berani membantah.

Jika mengikut plot penceritaan yang direka, Wushuang berfikir, sepatutnya pada saat ini, dia sudah berpura-pura pengsan dan sebenarnya, dia sudah memikirkan untuk berbuat demikian tetapi dia tahu ia tidak akan menjadi kerana kehadiran Lu Qi di situ.

Xia Xinghe, perempuan murahan itu telah merosakkan semuanya!

Wushuang merenung ke arah Xinghe. Hatinya dipenuhi hasrat untuk memusnahkannya!

Jika bukan kerana dia, Wushuang tidak akan berada dalam keadaan yang tidak dapat dibantu.

"Kami tidak mahu menyusahkan Doktor Lu. Saya hanya ingin bertanya satu perkara kepada isteri saya," Chui Ming melihat ke arah Wushuang dengan sangat memahami. "Wushuang, jujurlah dengan saya. Betulkah kamu menuduh Xinghe?"

Wushuang tahu suaminya ingin menjadikan dia sebagai kambing hitam.

Itu sahaja cara untuk dia melepaskan diri dengan selamat.

Wushuang tidak punya pilihan lain selain daripada mengaku, kerana dia lah dalang di sebalik semua yang berlaku...

Air mata terus mengalir daripada mata Wushuang sambil meratap kesedihan, "Sayang, saya minta maaf tapi saya langsung tidak sangka ia akan jadi sebegini teruk. Saya iri hati dengan kenyataan Ayah hanya nampak Kakak sahaja. Jadi, saya hanya ingin berikan dia sedikit pengajaran. Jujur, saya tiada niat untuk mengapa-apakan dia. Saya cuma mahu orang sedar akan kewujudan saya…."

"Apa kamu buat?" Chui Ming merenung ke arah Wushuang dengan rasa seperti tidak percaya dengan apa yang telah dia dengar.

Lakonan ini...

Xinghe benar-benar mahu berikan mereka satu lagi tepukan perlahan.

"Sayang, saya minta maaf. Kakak, saya minta maaf. Ini semua salah saya. Saya betul-betul minta maaf. Boleh kah kamu maafkan saya…" Wushuang cuba menyelesaikan masalah yang berlaku, dengan harapan dia dapat meraih lebih simpati.

Namun, Xinghe tiada niat untuk menunjukkan belas kasihan kepada mereka yang ingin membahayakan dirinya dan keluarganya.

"Sekarang dia sudah mengaku semua kesalahannya. Encik Pegawai, kamu semua boleh membawanya pergi," katanya tanpa belas kasihan. Dengan solekannya yang comot akibat tangisan, Wushuang mengangkat mukanya dan merayu kepada Xinghe, "Kakak, saya sedar akan kesalahan saya. Sekarang, boleh kah Kakak maafkan saya? Sekurang-kurangnya lakukan lah demi Ayah…."

"Diam!" Tegas Xinghe. "Xia Wushuang, nombor satu, kamu bukan anak perempuan Ayah saya. Walaupun begitu, dia selalu menyayangi kamu bagaikan anaknya sendiri. Jadi, jangan kamu berani menyebut namanya kerana sampai sekarang saya masih berasa ragu dengan kematiannya yang secara tiba-tiba dan bagaimana harta warisannya boleh jatuh ke tangan kamu dan ibu kamu."

Itu merupakan lagi satu kejutan yang mengejutkan orang ramai.

Xinghe baru sahaja mendedahkan kebenaran tentang 'kehamilan' Wushuang dan dia menambahkan lagi beban kepadanya dengan tuduhan lain. Mungkinkah Wushuang sebegitu kejam sehingga sanggup untuk membunuh bapanya sendiri?

Tiba-tiba, orang ramai melihat ke arah Wushuang dengan pandangan berjaga-jaga.

Tidak kira kebenarannya, tuduhan itu akan menjatuhkan reputasinya selamanya.

Wushuang terbeliak memandang Xinghe. Wajahnya kelihatan pucat.

Dia langsung tidak jangka Xinghe akan mengatakan perkara seperti itu di khalayak ramai.

Sejak bila dia menjadi begitu kejam?

"Xia Xinghe, berani kamu menuduh saya?! Saya tiada kena mengena dengan kematian Ayah. Saya tidak bersalah!"

"Ada ke saya cakap kamu tidak bersalah?" balas Xinghe dengan senyuman. Dia pusing ke arah pihak polis lalu berkata, "Encik, boleh tak encik bawa dia pergi?"

Pihak polis kehilangan kata-kata dan akhirnya, mereka tiada pilihan lain lalu mengarahkan, "Cik Xia, boleh kamu ikut kami?"

Wushuang tetap ingin berkeras namun Chui Ming mencelah , "Sayang, saya tak kira sama ada kamu berada di pihak yang benar atau salah, saya akan lantik seorang peguam untuk mewakilkan kamu. Jadi kamu jangan risau. Walau macam mana pun pandangan orang terhadap kamu, kamu tetap yang terbaik di hati saya. Saya cintakan kamu."