webnovel

BAB 7

9 years before,

PANG!

Aku ditolak ke atas zink yang tersadai di sebelah dinding. Aku tidak bangun, tidak juga aku bergerak walau seinci.

"Betina! Kau dahlah tak suci! Kau nak sentuh aku pula! Blah lah!" Jerit Aisyah kepadaku.

Aku diam. Iya, semua orang memerhati. Aku hanya diam dan tidak bergerak.

"Perempuan ni baik-baik kena ratah dengan aku sedan juga" ujar seorang pelajar lelaki yang duduk berdekatan. Aku tidak tahu dia dimana. Aku tidak pandang pada sesiapa pun.

"BLAH!!" Aisyah menendang muka aku dengan kasutnya. Terdapat kesan kotoran kasut dan bibir aku berdarah.

"Aisyah,, stop lah!" Elle menarik tangan Aisyah. Dia risau sangat-sangat dengan keadaan aku yang begitu.

"Kau pun samalah!" Aisyah menolak Elle kebelakang. Mujur saja dia tidak jatuh. Beberapa saat kemudian, kedengaran bunyi loceng menandakan waktu rehat telah tamat.

Pelajar membaling sampah ke arah aku sebelum berlalu. Yang membantu aku mengemas sampah itu dan yang bantu aku bangun, adalah Elle.

"Maafkan saya, sebab saya awak kena pukul! Awak tidak perlu masuk campur urusan kami sepatutnya, tahu-tahu saja awak dah kena macam ni..." Luahnya sayu. Dia memgeluarkan tisu dari poketnya dan mengelap bibir aku yang berdarah.

Aku menepis tangannya. "Tak payahlah!"

"Tapi bibir awak... "

"Nanti dia sembuh sendiri lah!" Aku berkerut. Menggenggam plastik sampah yang dibaling pelajar. Aku nak balik. Aku tak suka asrama. Aku nak sekolah tahun lepas. Aku taknak balik.

"Rose... "

"fake" Ujarku tegas. Rose is fake. Baru 6 bulan aku sekolah disini, aku sudah kena fitnah dengan Rose yang aku ni dah tak suci, dah takde maruah diri. Dia fitnah aku hanya kerana aku tidak mengikut kehendaknya untuk belanja dia. Aku sendiri sudah tiada duit!

"Kalau macam tu... Kita pergi bilik guru dan report?"

"Aku nak balik asrama. Cakap dengan cikgu aku sakit" Aku berdiri. Membersihkan bahagian baju yang kotor sedang aku tahu kesannya tidak akan hilang.

"Taknak report cikgu?"

"Aku tak rasa sakit pun"

__________________________

TAP! TAP! TAP! TAP!

Elle mengetuk-ngetuk kepalanya menggunakan pen. Pen itu terbuka dan tertutup kerana kelakuaannya.

"Ahh, kenapa rose hadir dalam hidup ni lagi?" Soal Elle sambil mencebik. Dia rasa dia sudah sorokkan segala data Rose dari pengetahuan Eyya.

Dia rasa bersalah. Dia tahu segalanya yang Eyya buat namun sedikit pun dia tak berani buka mulut.

"Erghh.. " Annie masuk ke dalam bilik Elle.

"Pening kepala. Ain hilang sejak semalam. Dah lapor polis dan minta laporan dari Eyya, tapi entahlah. Tak dapat apa-apa"

"Haih... Elle memandang Annie dengan pandangan resah. Annie tahu pandangan itu.

"Why you're nervous?"

"Nothing" Laju saja Elle jawab. Annie berkerut.

"Elle, nyawa orang tu Elle"

"Tak... " Elle menggeleng. "Takde apa-apa"

"Betul ni?"

Elle mengangguk. Annie curious namun dia hanya mengikut apa yang Elle iyakan. Nothing happened.

"Okeylah, aku nak pergi jumpa Farah dekat restoran. By the way, tadi ada inspector tu ajak Fathin masuk balik polis. So lebih senanglah lepas ni kalau ada sesiapa hilang. Fathin dah ada teknik asas pun still gelabah Ain hilang " Ujarnya.

"Okeylah, bye" Annie senyum. Dia berlalu menuju ke pintu.

"Kejap!" Elle menarik tangan Annie. Ya, tangan dia sejuk seperti ais.

"I.. "

"Annie!" Aku masuk ke dalam bilik itu secara tiba-tiba.

"Rose pecahkan laptop kau"

"Huh?!" Terbeliak mata Annie dibuatnya. Dia melepaskan tangan Elle lalu terus berlari keluar dari bilik.

Aku masuk ke dalam bilik, menutup pintunya dan kunci.

"Hampir nak beritahu?" Aku mengeluarkan pisau kertas dari dalam seluar.

Elle bersandar di kerusi. Badannya menggigil dan sejuk.

"T... Tak... "

Aku senyum. Aku baring di atas katilnya dengan muka yang menghadap siling.

"Aku sayang kau Elle, sebab kaulah orang yang sanggup tolong aku walau orang lain benci aku. Sebab tu kau special tau. Kau tahu semua rahsia aku termasuk yang paling dalam " Aku senyum sinis.

"Tapi bila... Kau nak hancurkan semua rancangan aku, dipersilakan. Kau akan jadi orang paling aku sayang nanti. Nasib seperti mereka" Aku menurunkan kepala upside down. Kaki menghadap dinding dan mata memandang kepadanya.

"Aku ada mata-mata di seluruh banglo ni. Ingat, satu je aku tak bagitahu kau. Orang yang aku berhubung untuk laksanakan rancangan dan CCTV. Kau takkan tahu aku letak CCTV Kat mana, kau takkan tahu bila pengawal akan follow kau. Kau nak mandi pun tak tenang"

Elle hanya mengangguk. Aku menyentuh tangannya.

"Sejuk berpeluh macam ni, aku tahu kau takut. Kalau taknak jadi macam Aisyah...dan yang lain-lain, tutup mulut dan tengok saja apa kami buat"

_____________________

Seorang lelaki berhoodie putih mengangkat Ain sedang meronta-ronta.

"Astaghfirullah, Haram!"

"Diamlah pendek!" Marahnya.Ain dilempar atas katil bersama-sama Nadrah yang sedang menggigil itu. Tangan mereka berdua bergari. Kaki juga. Jadi mereka tak dapat lari langsung.

"Kuat juga kau ni, ingatkan badan kurus, tak boleh angkat kerusi" Perli aku.

"Dah seminggu aku pergi gim tau!" Ujarnya sambil resenting bangga.

"Tunang kau mesti lebih lemah"

"Dia pernah angkat aku kot" Aku mencekak pinggang. Jangan fikir bukan-bukan. Time tu emergency, aku pitam dekat pantai.

"Iyalah."

"Syah.. " Ain berkerut. Dia dapat cam lelaki yang pakai hoodie tu.

"Bersubahat?"

"yow" Syah senyum.

"Maaflah bersubahat dalam kerja gila ni. Aku terdesak nak pakai duit. Takpe, lepas korang dah kena bunuh nnti, aku blah"

"Tak.." Nadrah menggeleng perlahan.

"Kau bukan Syah..."

"Ya, Nadrah. Mahu menidakkan realiti? Akulah Syah yang kau sayang"

"KAU BUKAN SYAH! SYAH TAK JAHAT!"

Nadrah meronta-ronta. Seperti orang hilang akal, dia menendang-nendang katil itu.

"KAU BUKAN SYAH! SYAH BAIK! "

"Hey, hey!" Aku terus memeluk Nadrah dari belakang. Dia dalam keadaan tidak terurus. Rambutnya kusut.

"Terima saja ini Syah! Andai engkau dapat lepas dari jerat ni, adakah kau akan mengahwini Syah? Tak, kan? So apa aku buat ni dah tunjuk kau siapa Syah!"

"Syah dah lama mati, Nadrah. Aku bukan seperti yang kau sangka. Aku menghisap dan pinjam duit Along. Aku perlukan duit" Ujar Syah.

"Ah! Sudah! Sekarang semua dah tahu siapa Eyya dan siapa Syah! Tapi tolonglah, jangan bunuh diorang! Eyya, Ain tahu plan tu malam ni sampai pagi esok tapi tolonglah lepaskan mereka tak bersalah"

"TAK BERSALAH?!" Aku menolak Nadrah pada Ain. Kepala mereka terhantuk kuat dan hanya boleh geleng dan angguk untuk hilangkan rasa sakit.

"Orang yang aku pernah bunuh semuanya menyakitkan aku! Diorang sepak aku dekat muka sampai berdarah, kau tahu apa aku buat? Aku tetak muka diorang dengan pisau pemotong daging. Aku tetak sampai hancur!"

Ain dan Nadrah duduk rapat. Psychopath.

"Macammana.... Eyya... "

"Macammana aku lepas dari semua benda tu? Mudah. Rasuah. Aku rasuah semua orang yang terlibat! Aku beri mereka kemewahan."

"Kejam." Ain bersuara perlahan.

Aku senyum sinis. "Ada benda yang kau patut tahu fasal aku, Ain"

"whut?"

_____________________

"Ahhh!" Fathin Melrose fail-fail kerja ke lantai. Fikirannya serabut sangat!

"Sabar, Fathin." Elle mengurut belakang badan Fathin dengan lembut.

Fathin mendengus kuat. Fikirannya bercelaru. Matanya merah dan berair.

"Aku penat!"

Elle berkerut. Penat? Dia pun penat. Penat melayan kerenah 'tuan' nya yang psiko. Namun sedikit pun dia tak berani buka mulut. Namun semakin dia simpan, semakin dia rasa... Bersalah.

"Nadrah hilang, Ain hilang, lepas ni siapa? Engkau? Aku?" Soal Fathin lagi. Air matanya bertakung. Kelihatan dia benar-benar putus harapan.

"Tak... Baru 2 orang kan? Kita.. Kita boleh usaha lagi"

"Usaha apa?!" Fathin menepis tangan Elle. Elle mengundur setapak di belakang. Dia tak mahu sentuh Fathin, takut dia pula lunyai.

"Mungkin kebetulan saja mereka hilang dalam masa terdekat, kan?"

"Kebetulan atau suratan? Dia mesti dah rancang benda ni dari awal"

"Rancang?" Elle pura-pura bertanya. Nampaknya Fathin sudah mula mengesyaki sesuatu. Elle mesti pandai jika tidak mahu ke-dalam. Fathin adalah ex-police.

Fathin berkerut. Kerutan itu menandakan tekanan berat yang dihadapinya.

"Sudah cuba cari dekat rumah sendiri?" Soal Elle tiba-tiba. Kemudian Elle pusing ke belakang dan menampar-nampar mulutnya.

Celupar! Celupar! Kau nak masuk dalam ke Elle?

Fathin tergamam. "Rose... "

"Ah, tak...ah," Elle berpaling menghadap Fathin. Dia tidak mahu Fathin menyerang Rose tanpa sebab!

"Betul kata kau, Rose mesti dalang di sebalik semua ni! Dia kan jahat! "

"Aku mengaku dia jahat tapi jangan tuduh... " Belum sempat Elle menghabiskan ayat, Fathin terus mengambil kunci kereta dan keluar dari office.

Elle tergamam. OMG, akibat mulut celupar nya, tak fasal-fasal Rose akan jadi mangsa! Jahat mulut!

________________

TOK! TOK! TOK!

Fathin mengetuk pintu bilik Rose berkali-kali. Diketuknya dengan kuat sambil menjerit nama Rose berulang kali.

"ROSE! KELUAR SEKARANG!"

"Fathin, ssshhh, kalau Eyya tahu mesti dia mengamuk punya!"

"Biar dia tahu yang Jahanam ni culik Nadrah dan Ain!"

Keadaan jadi kecoh apabila kesemua maid dan Farah turut muncul untuk melihat apa yang berlaku.

Dengan perasaan marah, Rose membuka pintu biliknya.

"Aduh! Apa ni marah-marah?! Adab kau mana?" Soal Rose yang hanya memakai seluar pendek dan sport bra.

"Sayang, siapa tu?" Soal seorang lelaki yang berada di dalam bilik yang sama.

Mereka semua terbuntang, namun Rose seperti tiada per as a a an. Lelaki itu berdiri di belakang Rose.

"Kenapa bising-bising ni?"

Menggigil tangan Fathin dibuatnya.

"Kau... Kau bawa lelaki masuk dalam rumah?"

"Jadi?" Rose menjawab selamba.

PANG!

Fathin menampar muka Rose dengan kuat. Sangat kuat hingga merah pipi Rose dibuatnya.

Rose terdiam. Begitu juga semua orang yang memandang.

"KAU BAWA LELAKI MASUK DALAM RUMAH MACAM RUMAH NI ADALAH RUMAH KAU! KAU FAHAM TAK BILA KITAORANG CAKAP ADAB?"

Mata Fathin sudah terbeliak. Dia sangat marah. Emosi dia tidak dapat dikawal lagi. Perempuan ni sudah melampau!

Lelaki itu pula langsung tidak mahu masuk campur.

"Kau.. Kau yang culik Ain, kan?"

"Huh?" Rose berkerut. Kini dia tak berani membalas. Dia tak sangka Fathin yang lemah lembut boleh bertindak sebegitu rupa.

"KAU YANG CULIK DIA, KAN?!" Fathin meninggikan suara sekali lagi. Kali ini, tiba-tiba Air matanya jatuh.

Pandangan mata Fathin tiba-tiba gelap. Fathin terbaring atas lantai. .

"Panggil Eyya!"

"Apa yang berlaku?"

By Eyya Dhyna