webnovel

Dia Isteri Rahsia

Seorang lelaki yang bernama Haziq telah berkahwin pada usia 16 tahun dan melalui liku-liku kehidupan berumah tangga yang penuh cabaran.Cabaran yang menguji kesetiaannya bersama pasangannya.Mampukah mereka mengharunginya?Untuk mengetahui kisah tentang kehidupan Haziq ,sila baca cerita ini hingga selesai.

Missbrownies_04 · 奇幻
分數不夠
22 Chs

Bab 13:Aku menjadi ayah

Hari berganti hari,Iqah semakin sarat mengandung.Kadang-kadang aku kesian melihatnya,nak tidur pun susah.

Aku:"Sayang,kenapa ni?"

Iqah:"Pinggang saya sakit la,tak selesa nak tido."

Aku:"Tak pa biar susu urutkan."

Iqah:"Thanks,sayang."

Aku mengurutnya lalu dia pun tertidur.Waktu tu aku dapat rasakan bagaimana pengorbanan seorang ibu yang terpaksa menanggung sakit selama 9 bulan.Aku bersyukur kerana dikurniakan isteri yang tidak pernah merungut tentang sakit yang dia alami.Besarnya pengorbanannya kerana sanggup menagguh pembelajarannya selama setahun disebabkan dia sedang sarat sekarang.Aku juga merelakan diri untuk menemaninya.Aku tidak membenarkannya membuat kerja di office tapi dia tetap nak buat katanya dia bosan kalau asyik duduk saja.Jadi,aku pun membiarkannya.Di tengah kesibukan membungkus parcel,Iqah tiba-tiba memegang perutnya.

Aku:"Sayang kenapa ni?"

Iqah:"Baby tendang."

Aku:"Ooooo.Anak papa jangan tendang kuat-kuat sangat ,kesian mama."

Iqah:"Sekarang ni baby semakin aktif,cuba susu pegang."

Aku:"Ya la,baby bergerak."

Aku dapat merasakan pergerakan di perut Iqah.Iqah dijangka melahirkan pada tanggal 23 Julai ,ini bermakna hanya tinggal dua minggu sahaja lagi.Kami telah menyediakan beg kecemasan sekiranya berlaku apa-apa kami tidak lagi perlu mengemas.Setiap minggu Iqah kena buat check up kerana sudah hampir dengan due date.Pada pukul 1 pagi 17 hari bulan kami sedang menonton filem,tiba-tiba air ketuban Iqah pecah.

Iqah:"Sayang !!Air ketuban saya dah pecah."

Aku pun bergegas membawanya kereta dan mengambil beg kecemasan yang telah disiapkan.Setiba di hospital,bukaan telah 4 cm dan keadaan Iqah masih stabil lagi.Dia sempat lagi ketawa sambil menonton filem,langsung tak nampak yang dia dalam kesakitan.Pada pukul 8 pagi contractions semakin kuat,Iqah sehingga mengalirkan air mata.Aku tidak sanggup melihatnya pada ketika itu,aku dapat merasakan kesakitan tersebut.Aku cuba menenangkannya dan alhamdulilah setelah 10 jam bertarung nyawa akhirnya lahir seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Akil Aqasya Bin Muhammad Haziq.Aku mengazankan baby tersebut setelah dilahirkan maka kami selamat menjadi papa dan mama.

Aku:"Masyaallah comelnya anak papa ni,macam muka mama la."

Iqah:"Mesti la comel,tengok la anak siapa."

Aku:"Sayang ,terima kasih sangat-sangat sebab lahirkan baby ni."

Iqah:"Sama-sama, sayang."

Selepas 2 hari Iqah pun dibenarkan pulang.Aku mengambil agensi untuk menjaga Iqah sepanjang berpantang.Hal ini kerana aku tidak mahu menyusahkan mak dan ibu.Bermula hari itu,mulalah tanggungjawabku sebagai seorang ayah.Aku akan menjaga Aqasya jika dia terjaga kerana Iqah masih tidak kuat lagi.Aqasya selalu aktif pada pukul 2 pagi maka aku pun kena la jaga sehingga tertidur semula.Nasiblah aku sering menoton perlawanan bola sepak,jadi aku sudah terbiasa.Setelah Aqasya 10 hari barulah kami membenarkan kawan-kawan kami menziarah Aqasya.

Ain:"Ya allah,comelnya Aqasya ni,macam mama dia la."

Naz:"Mesti la, tengok la siapa papa dia."

Ain:"Apa kaitan.Dah la awak ni."

Iqah :"Korang ni asyik gaduh ja.Korang sambung study dekat mana?"

Naz:"Sambung apanya.Kitaorang ikut korang la."

Aku:"Kenapa pulak?"

Iqah:"Ain!Kau pregnant ka?"

Ain:"Ya.Aku mengandung 2 bulan dah."

Aku:"Tak sangka aku,gaduh-gaduh pun melekat."

Naz:"Biasa la gaduh-gaduh manja.Tak gitu sayang?"

Ain:"Kau ni Ajiq ada-ada ja la."

*Dan,Man,Din,Lia dan Lisa pun sampai.

Man:"Mana anak sedara uncle yang comel ni?Bam bamnya dia.Uncle babap sikit boleh?"

Lisa:"Anak orang tu.Jangan dibabap."

Man:"Aku tak buat la.😑😑"

Dan:"Man tu memang suka budak-budak."

Lisa:"Oooo patut la.Sesuai dengan Lia,dia pun suka budak-budak."

Lia:"Aku pulak yang kena."

Lisa:"Melawak ja,jangan la marah."

Din:"Anak kau nama apa?"

Aku:"Muhammad Akil Aqasya."

Din:"Sedap nama."

Man:"Mestila."

Dan:"Lepas ni Man kau boleh babap anak Naz pulak."

Lia:"Ain,kau mengandung?"

Ain:"Ya."

Lisa:"Ooo senyap ja tak bagitau pun."

Ain:"Ni nak bagitau la ni."

Din:"Lepas ni kita ada dua orang anak sedara la.Muda-muda dah jadi pakcik dan makcik."

Dan:"HAHHHAHAHAHA.Rezeki awal.Harapkan kau lambat lagi."

Din:"Ah,diam la kau.Kau pun sama ja."

Dan:"Aku memang nak kahwin lambat pun."

Din:"Ikut kau la!"

Man:"Dah la tu.Kita datang nak melawat baby,bukan nak gaduh."

*Selepas itu mereka pun pulang.

Setelah Aqasya 5 bulan,kami pun menyambung pembelajaran.Kami menyambung ke tingkatan 6 memandangkan Aqasya masih kecil.Aku banyak menghabiskan masa bersama Aqasya bagi memastikan dia dapat didikan yang betul.Menjadi ayah tidak semudah yang disangka,banyak cabarannya.Mujurlah Aqasya tidak banyak meragam.