Awal-awal pagi lagi Dyla sudah bersiap untuk ke kelas. Kek dibawa masuk sekali. Tidak mahu Adilah atau Saadah nampak. Nanti banyak pula yang ditanya.
Baru kereta nak keluar dari pintu pagar, Dyla brek mengejut bila ada kereta yang datang dari kiri. 'Kereta aku tak habis kemek lagi, kau nak tambah kemek lagi ke?!' bebel Dyla dalam hati. Tapi dia tak berani keluar dari kereta.
Alfan yang keluar dari Kompressor. Segera Dyla mengunci keretanya. 'Macam mana pun, apa pun yang jadi, jangan keluar dari kereta, Dyla!'
Cermin tingkap Dyla diketuk. Dyla tidak mempedulikan. 'Abaikan dia!' pandangan Dyla fokus di hadapan. Stereng kereta digenggam kuat.
"Nur Haidyla!" kuat suara Alfan. Ketukan bertubi-tubi mengena cermin kaca itu. Tapi Dyla tetap mengabaikannya. 'Sampai dia putus asa! Biar dia putus asa!' fikir Dyla.
Ketukan berhenti disaat mata Alfan tertacap pada kotak kek yang dibalut cantik bereben di tempat duduk penumpang. Makin geram dibuatnya.
"Kalau kau tak nak keluar dari kereta ni, takpe. Aku tunggu sampai kau keluar." Alfan masuk semula ke dalam keretanya. Dyla kerut dahi. Masing-masing membeku dalam kereta. Menunggu saat siapa yang mengalah dulu.
Lima belas minit mereka begitu hingga Adilah dan Saadah keluar dari rumah. Terkejut dengan itu, Adilah menghampiri kereta Dyla. Cermin tingkap diketuk. Dyla pandang ke kanan.
Diturunkan cermin tingkap kereta.
"Kenapa kau tak pergi kelas lagi?" soal Adilah.
Alfan yang dari tadi memerhati Dyla terus keluar kereta dan mendekati.
"Adilah! Nanti aku call kau!" cepat-cepat Dyla menaikkan semula tingkap keretanya. Namun langkah Alfan lebih cepat dan memasukkan tangannya ke dalam cermin.
"Hei gila! Keluarkan tangan!!" jerit Dyla. Cermin makin menghimpit tangan Alfan, tapi lelaki itu tidak sedikit pun berganjak. Segera Dyla menurunkan cermin tingkap semula. 'Karang kalau putus tangan lelaki ni, aku juga yang kena bertanggungjawab.'
"Awak nak apa?" kasar bicara Dyla. Adilah garu kepala. 'Ini tunang ke apa? Kasarnya masing-masing.'
Tempat mengunci pintu ditarik naik. Pintu dibuka. Lengan Dyla ditarik keluar dari kereta.
"Awak ni gila ke apa?!" Dyla terpinga-pinga bila tubuhnya dipaksa keluar dari perut kereta.
"Aku hantar kau pergi kelas." mendatar suara Alfan. Adilah dan Saadah berpandangan sesama sendiri. 'Aku?'
"Saya boleh bawa kereta sendiri lah!"
"Jangan degil boleh tak?" Alfan menolak tubuh Dyla supaya masuk ke dalam keretanya. Dyla merengus. Tak mahu ditempik macam dalam hari tu. Alfan duduk di tempat pemandu.
"Kalau iya pun, matikan dulu enjin kereta saya. Buku saya pun tertinggal." Dyla toleh ke arah Alfan. Alfan masih dengan muka serius. Dia keluar semula. Kereta Dyla diundur ke belakang semula dan enjin dimatikan. Beg kuliah dicapai. Kek yang berada di tempat duduk dibiarkan.
"Nah." Beg dibaling kasar ke arah Dyla. Gear masuk satu.
"Kejap! Ada kek dalam kereta!"
"Itu tak penting. Pergi kelas nak belajar, bukan berparti!" Alfan pijak padel minyak dengan kuat hingga tubuh Dyla yang tak sempat memakai tali pinggan keledar ke belakang. Dyla merengus.
Telefon dikeluarkan.
Dyla: Adah, sebelum pergi kelas, tolong naik bilik aku. Ambil kunci pendua kereta aku dalam laci almari. Buka kereta aku, ada kek kat seat sebelah pemandu. Tolong bawa ke kelas. Nanti aku ambil. Thanks alot. Much love :)
Saadah : Kek? Bila kau buat kek? Okayy.
Dyla : Adalah. Thanks again.
Aplikasi Whatsapp ditutup semula.
"Kalau iya pun saya tunang awak, bukan bermaksud awak boleh buat sesuka hati awak pada saya. Sebelum kahwin, saya ada privacy life saya. Cuma sebelum kahwin, saya minta awak hormat kehidupan saya." Dyla cuba mengawal bahasanya.
Alfan diam.
"Saya akur. Saya akan bernikah dengan awak. Saya akan jadi wife awak. Saya akan jadi mainan awak bila awak bosan. Saya akan faham perasaan awak. Tapi itu bila saya jadi isteri awak yang sah nanti. Bukan sekarang. Saya ada kehidupan saya sendiri." meyakinkan lelaki itu bukan mudah.
Alfan diam lagi.
"Awak boleh permainkan hidup saya lepas saya jadi isteri awak. Lukakan saya sampai saya faham, sampai saya menyesal dengan kata-kata saya kat awak. Cuma bukan sekarang."
"Kau ingat aku kahwin dengan kau untuk permainkan hidup kau semata?" baru kini Alfan bersuara.
"Memang itu yang awak dari mula, kan?"
Alfan kembali sepi hinggalah mereka sampai di kampus Dyla.
"Tolong?" Dyla cuba sekali lagi. Alfan tidak menjawab.
"Keluar." Dingin suara Alfan. Dyla jeling. Dia tahu dia tak boleh yakinkan lelaki itu untuk berhenti mengganggu.
Pintu dihempas kuat. Dyla melangkah dan tidak berpaling langsung. 'Keras kepala punya lelaki!'
Alfan hanya memerhati. Seketika kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Hairul.
"Kejap lagi saya sampai." Alfan menekan padel minyak ke syarikat.
"SHAH!" Dyla berlari-lari mendapatkan Shah yang baru nak menapak ke makmal. Lelaki itu seperti biasa dengan senyuman menawan berpaling. Tangannya terus ditadah.
"Hadiah?" minta Shah. Dyla ketawa kecil.
"Sorry. Hadiah takde. Kek ada." Kotak kek diletakkan di atas tangan Shah. Muka Shah yang senyum tadi perlahan-lahan pudar. Terkejut dengan pemberian itu.
"Happy birthday. Enjoy." Dyla sengih. Dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa peritnya untuk senyum di hadapan lelaki yang dia tahu bukan miliknya ini. Takkan pernah jadi miliknya.
"Thanks. Buat ke beli?"
"Buatlah. I have no time nak singgah mana-mana after balik kelas, okay."
"I'll make sure untuk makan semua."
"Buat. I'll be very appreciate. Makan sampai habis tau. Orang ada kelas ni. Nanti kita jumpa lagi."
"Okay." Shah pandang belakang tubuh Dyla yang perlahan-lahan meninggalkannya. Kotak kek dibuka di situ. Matanya terkebil-kebil melihat kek itu. Terharu.
"DYLA, kahwin is about risking your life into someone's hands. Kau sure ke? Your youth life, freedom, single title.. Semua tu kau tak boleh nak nikmati lagi dah. Kau serius ke nak kahwin ni?" Adilah memegang erat jemari Dyla. Jam menunjukkan pukul 9.30 malam.
"Aku dah fikir masak-masak." Mata Dyla fokus pada skrin laptop. K-drama yang menjadi kegemarannya ditatap puas. Dah seminggu lebih asyik berkepit dengan assignment. Baru kali ni boleh nak bermesra dengan K-drama.
"Baru pagi tadi aku tengok kau berkelahi dengan abang Alfan. By the way, dia pakai perkataan aku kot. Belum kahwin dah kasar macam tu." Saadah peluk tubuh di sisi Dyla. Matanya juga sibuk dengan si Lee Jun-ki.
Dyla diam sejenak. Mencari idea untuk menjawab. "Aku akan kahwin dalam masa yang terdekat ni. I'm not gonna ask you guys untuk jadi bridemaids bagai. Tapi aku nak kau orang ada dengan aku sentiasa waktu tu." ujar Dyla.
"Hmm.. Ini keputusan kau. So kita orang pun tak boleh nak bangkang. Yang penting, kau bahagia." Adilah bangun untuk ke dapur.
'Aku bahagia?'
Hmm..
TERMENUNG seorang diri memandang langit yang sudah hitam kadang-kadang membuatkan fikiran ini kosong. Tenang sebentar. Tutor yang baru disiapkan disimpan semula ke dalam beg. Takut lupa nak bawa esok.
Dyla menarik wayar pengecas dari telefon bimbitnya. Bateri dah penuh. Dia buka aplikasi Whatsapp. Mencari nama Shah.
Dyla : Shah?
Shah yang online masih tidak membalas. Dyla pasrah. Dia menutup kembali aplikasi itu dan bersandar ke dinding. 'Betul ke apa yang aku putuskan ni?'
Shah : Ye.
Terkejut dengan bunyi Whatsapp, segera Dyla buka. Dia senyum.
Dyla : Sibuk ke?
Shah: Ada exam minggu depan. Study sikit. Kenapa?
Dyla: Takde apa. Rindu dekat pakcik seorang ni haa.
Shah : Hahaha. Ingatkan apa tadi.
Dyla : Rindu orang tak? Hahaha.
Shah : Rindu. Dalam mimpi je. Hahah
Sayu. Entah kenapa kata-kata itu menyakitkan hatinya. Dyla paksa diri untuk tersenyum.
Dyla : Cehh.. Pergi lah study. Goodluck!
Shah: Rehat kejap. Lepas makan baru sambung study.
Dyla : Belum makan?
Shah : Belum. Ni baru nak pergi makan.
Dyla : Okay. Hati-hati. :)
Shah : Okay.
Dyla senyum. Mungkin dia ambil keputusan yang betul untuk mengakhiri penantiannya dengan memberi peluang kepada orang lain. Cinta itu boleh diajar, kan? Insya Allah..
Alfan : Kiddo.
Dyla tenung Whatsapp yang baru diterimanya dari Alfan si penyayang. Sekurang-kurangnya lelaki ni tak menyakitkan hatinya walaupun dia pernah menyakiti lelaki itu.
Dyla : Yaww. Kenapa tak tidur lagi?
Alfan: Kinda miss you. Dah lama tak Whatsapp.
Dyla: Haha. Really? Dah lama ke? Rasanya baru aje Whatsapp hari tu..
Alfan : Itu haritu... So cerita! How's your day?
Dyla: Not much. Finally I'm giving up kat Shah. I'm getting married. Soon.
Alfan : Wait. What?! Married?
Dyla : Yup.. Kelakar kan?
Alfan : Dengan siapa? Why so soon?
Dyla: Dengan egoistic Alfan. Why so soon? Entah lah.. Hahah
Alfan: Dyla, you know I'm here when you need me. Kenapa baru cerita?
Dyla : Cz orang baru decide tadi :)
Alfan : What happen? :(
Dyla: In order to protect Shah's status as a student, I'm getting married. And I finally realize, Shah just anggap Dyla as kawan. Not more than that. So, kenapa nak kena tunggu lagi?
Alfan : Dyla, kahwin bukan benda kecil tau.
Dyla: I know. Tapi look at the bright side.. Alfan is using me for his revenge sebab kata-kata Dyla. And Dyla pun gunakan Alfan to get rid of Shah away from my heart. I need to learn how to love. Tu je.
Alfan: Dyla terima sebab nak gunakan that Alfan?
Dyla: Why not? He's willing to help, by the way.
Alfan: Kalau awak just nak gunakan dia, baik awak kahwin dengan orang. Heh. Can't believe I've been dumped, and you're now getting married to someone else yang awak sendiri tak pernah suka. Better me kot!
Dyla : Hahah. Funny. Jangan lupa gf awak..
Alfan : Baru gf, belum wife.
Dyla: Haha. Nanti orang hantar kad jemputan. Be there! Tau.
Alfan: Hmm. :) I just want you to be happy, Dyla..
Dyla : I am. I will.
Alfan: No worries, orang mesti akan ada kat wedding awak. Wajib!
Dyla : Hehe.
Alfan: Don't act you're tough enough just to cover up your sadness.
Dyla : Hahah. Takdelah. I'm okay. :D #grinned
Alfan : Tidurlah..
Dyla : Goodnight :)
Alfan : Goodnight, dear :)
Bantal ditepuk-tepuk. 'Tidurlah wahai mata. Esok ada kelas pagi. Kau tak perlu risau lagi sampai bila kau kena menunggu. Tak perlu risau dengan siapa kau akan berkahwin. Cuma risaukan satu benda.. Macam mana kau nak belajar mencintai orang lain.'
Selesai membaca doa tidur, Dyla melelapkan mata.
LAGU di dalam telefon bimbit Alfan bermain. Bibirnya turut terkumat-kamit bernyanyi. Dengan keadaan menelentang di atas rumput padang bola, bola tenis yang berada di dalam genggaman di baling ke atas dan ditangkap. Berulang-ulang kali.
"Hairul.." Alfan bersuara. Hairul yang duduk bersila di sisi hanya mendengar.
"Kenapa Dyla sukakan Shah?" soalnya.
"Mungkin ada sesuatu yang Shah ada. Kelebihan pada diri dia." jawab Hairul.
"Dan aku takde kelebihan tu?" bila luar daripada waktu bekerja, Alfan menggunakan bahasa tidak formal pada Hairul.
"Kelebihan setiap orang lain-lain.."
"Apa kelebihan aku yang takde pada Shah?"
"Duit, pangkat, kuasa." Hairul jujur.
"Semuanya besar. Tapi Dyla sikit pun tak pandang."
"Dia lebih sukakan hati, mungkin?"
"Macam mana dia boleh sukakan hati seseorang kalau dulu dia pernah melukai hati tu?"
"Manusia berubah.."
"Tapi hati aku tak pernah berubah. Rasa sakit masih terkesan." ada air mata yang mula bertakung.
"Kita boleh belajar untuk menerima apa yang terjadi dan biarkan dia pergi macam mana orang pergi meninggalkan diri kita. Cuba jangan fikir." Hairul peluk kedua kakinya.
"Lagi aku tak nak fikir, lagi sakit aku rasa. Aku masih tak boleh nak maafkan orang yang tinggalkan diri aku."
Hairul senyap. 'Itu kalau kau tak boleh buat, memang sampai bila-bila lah kau rasa macam tu, bengong.' nak aje Hairul meluahkan. Tapi tak berani. Walaupun Alfan suruh dia bercakap sebagai kawan bila mereka di luar waktu bekerja, Hairul tetap tidak berani untuk berbahasa kasar dengan tuannya itu.
"Sorrylah minta kau teman aku malam-malam macam ni." Alfan kerling ke sebelah. Hairul senyum.
"Takde apa pun nak buat kat rumah tu."
"Kau takde girlfriend, Hairul?"
"Pernah ada."
"Pernah? Kenapa sekarang takde?" Alfan ingin tahu.
"Dulu saya bekerja dengan keluarga dia. Jadi bodyguard dia. Hanya saya seorang. Kami bercinta tanpa ketahuan keluarga. Sampailah company ayah dia ada krisis dan dia terpaksa terima family arrangement untuk selamatkan semuanya." Hairul termenung sejenak. Alfan diam sekejap.
"Dia dah kahwin?" tanya Alfan.
"Dah. Sebelum dia berkahwin, saya berhenti kerja. Dan hari dia berkahwin, hari saya mula kerja dengan abang tuan."
Alfan terpaku.
"Dia akan ada anak tak lama lagi." Hairul menunduk. Cuba menyembunyikan rasa perit yang dialami.
"Kenapa kau tak fight untuk dia?" Alfan bangun dari pembaringan. Dia duduk bersila di sebelah Hairul.
"Keluarga adalah elemen yang paling penting dalam diri seseorang. Cinta itu nombor dua atau tiga ke bawah. Siapa yang nak tengok keluarga berpecah-belah, hidup susah?"
Alfan telan air liur. 'Ayah tak pernah fikir pun pasal tu.'
"Kau rasa lelaki tak boleh menangis ke?" Alfan menala ke langit. Hairul angkat kepala yang menampakkan matanya sudah merah.
"Menangis ajelah." sambung Alfan.
Muka Hairul lantas berubah. Dan air mata mulai mengalir. Alfan bangun dari duduknya. Bahu Hairul ditepuk. Bibir dikemam.
"Stay strong." nasihat Alfan. Dia melangkah menuju ke keretanya dan membiarkan Hairul mengambil masa untuk meluahkan beban yang dirasakan.
Air matanya juga mengalir bila dia keseorangan dalam kereta sambil memerhati Hairul dari jauh. 'Macam tu lah aku sakit, Dyla.'
PAGI-PAGI lagi Dyla sudah bersiap untuk ke kelas. Penantian yang bertahun lamanya berakhir semalam. Hari ni mulakan hari baru dengan penantian yang baru. Tudung yang sudah disterika diletakkan ke atas kepala.
"Dyla, abang Alfan ada kat luar." beritahu Saadah. Dyla diam.
"Kejap lagi aku turun."
Segera Dyla bersiap. Nafas ditarik dalam. Terasa puas apabila melepaskan. Dia mencalit sedikit lipbam ke bibir. Diketap bibir atas dan bawah beberapa kali untuk meratakan pelembap itu.
Kaki Dyla menuruni anak tangga satu persatu. Pintu rumah dibuka. Kasut dipakai. Dyla menghampiri pintu pagar dan membukanya sedikit. Dia mendekati kereta Alfan. Cermin pintu diketuk dua kali untuk menyedarkan Alfan yang memejamkan mata.
"Kenapa?" tanya Dyla. Tak mahu bergaduh. Letih!
"Aku hantar kau ke kampus."
"Hm? Takpelah. Saya ada kereta." Dyla menolak secara baik.
"Perlu aku paksa, baru nak ikut ke?"
Dyla toleh ke belakang.
"Saya tutup pintu pagar kejap." Dyla mengalah.
"Adilah, aku pergi kelas dengan Alfan tau." beritahu Dyla pada Adilah yang baru keluar nak pergi sidai baju.
"Okay."
Perlahan-lahan Dyla memboloskan diri ke dalam perut kereta. Pagi yang hening bertambah sepi bila kedua mereka tidak bersuara sedikit pun. Dyla sibuk dengan layan perasaan. Alfan entah apa yang berada di dalam fikirannya.
Lagu berirama rancak. Sampailah lagu Yuna berkumandang. Penakut.
Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
'Baik aku lepaskan.' bisik Dyla. Pandangan dibuang keluar. Angin pagi yang menampar mukanya membuatkan dia rasa sayu dan air mata semakin mahu keluar.
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk kau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya
Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucapkan tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan
'Tapi kau tak pernah ucapkan cinta. Kau hanya memahami, tapi tak selalu ada dengan aku. Bila aku betul-betul perlukan kau, mana kau menghilang? When I need you the most, where are you, Shah?'
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk kau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku
'Ya aku penakut. Takut untuk mengaku cinta kat kau. Sebab kau cuma anggap aku sahabat di mana title tu takkan pernah berubah, Shah.'
'Saya nak kita jadi sahabat selamanya.' Kata-kata Shah setahun lepas nyata menyakitkan. Hanya sahabat untuk selamanya.
Air mata menitis. Sedu Dyla tak dapat ditahan. Alfan hanya mendengar sedu-sedan orang di sebelahnya. Bukannya dia tak dengar bait-bait kata lagu itu. Dia dengar. Dia faham.
Dari jalan nak menuju ke kampus, Alfan menukar hala. Dyla sendiri tak sedar. Yang dia tahu, air mata tidak mahu berhenti menitis dan hatinya terasa berat sangat dan hanya boleh lega dengan menangis.
Alfan hanya menadah telinga mendengar bunyi sedu Dyla. Tangan kiri di atas stereng, manakala siku kanan di tepi tingkap sambil tangan menahan rambut yang terbang ditiup angin. Dia sendiri tak pasti apa yang sedang dia lakukan.
Sepuluh minit kemudian, Dyla berhenti menangis. Dia pula perasan sesuatu. Mereka di atas highway!
"Mana kita nak pergi ni?" Dyla mula gelabah.
"Diam. Nak menangis, teruskan menangis." Alfan masih fokus matanya di atas jalan raya.
"Saya ada kelas."
"Kelas Anuar?"
"Encik Anuar." Dyla membetulkan.
"Nanti aku inform. By the way, dia tahu yang kita are getting married. So, tak payah risau."
"Awak bagitahu dia?!" membuntang mata Dyla.
"He's my uncle."
"Memanglah. Tapi kita tak confirm lagi pun kan?"
"How can be tak confirm?" Alfan masih selamba.
"Saya belum really decide!"
"You've decided waktu kat kem lagi."
Dyla merengus. "Saya ada kelas lagi lepas kelas Encik Anuar."
"No worries. We'll be back before kelas kau start."
Mini Cooper dipecut laju. Dyla peluk tali pinggang. Kaki diangkat naik ke kerusi. 'Dia ingat ni Ferarri ke apa?'
SUNGAI CONGKAK? Dyla keluar dari perut kereta. Udara sejuk di luar di sedup dalam. Bibirnya mengukir segaris senyuman dan mati bila Alfan kini berdiri di hadapannya.
"What point bawa saya ke sini?" Dyla ke tebing sungai. Tak nak dekat-dekat dengan lelaki egoistik ni.
"Aku yang terasa nak datang sini. Suka hati aku lah." Alfan lipat kaki seluar. Dia mencelupkan kakinya ke dalam air.
"Bahayalah. Awak tak tahu ke kawasan ni banyak kes kencing tikus?"
"Kau risau?" Alfan sengih sambil menoleh. Dyla peluk tubuh.
"Tak. Tapi saya tak nak menyusahkan diri sendiri nk kena heret awak balik rumah."
"No worries. You won't. Kalau nak kena pun, dia makan masa." Alfan makin ke dalam hingga seluarnya sudah suku basah.
"Awak nak mandi sungai ke pagi-pagi ni?"
"Nak join?" Alfan tepuk air hingga mengena Dyla yang duduk di tebing. Terus gadis itu bangun dari mencangkung dan berdiri jauh dari batang sungai.
"Jomlah balik!" ajak Dyla.
"Kita baru sampai. Enjoy lah kejap."
"Saya takde masa nak enjoy dengan awak."
Alfan hanya sengih.
"We're getting married soon, aite?" tanya Alfan. Dyla diam.
"Abang aku akan pergi rumah kau untuk meminang weekend ni." beritahu Alfan. Dyla masih diam.
"Aku settlekan semua for our wedding day." tambah Alfan. Dyla terus ke kereta. Meremang bulu romanya mendengar perkataan kahwin. Separuh dirinya masih belum rela, separuh lagi memaksanya untuk menerima.
Tapi keputusan semua sudah dibuat. Terima sahaja apa yang bakal mendatang.
~ikuti terus y~