webnovel

Damon Revenge

Every life is a story, thank you for being part of my story.

TintaHitamTanpaAra · 现代言情
分數不夠
82 Chs

77.

BEEP!BEEP!BEEP!

Bingit suasana ruangan apartment dapur tu dengan alarm kecemasan kebakaran taktala asap putih menerawang di atas siling dan sekitar kawasan dapur tersebut.

"What have you done again!!"laung Ryan yang kelam kabut membuka tingkap untuk keluarkan asap tu.

Xiana yang berapron dan pegang sudip tu terpinga-pinga perhatikan Ryan.

"Masak la apa lagi.."jawab Xiana dengan nada 'duh'.

Ryan capai kain tuala lalu dikibas-kibas ke udara untuk buang asap makanan hangus Xiana yang jadi punca alarm kebakaran apartment tu berbunyi.

Elok orang tengah sedap tidur dekat ruang tamu, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi bising tersebut.

"Masak?Serius?Apa saya nampak hanguskan masakan adalah."marah Ryan sebab terkejut sangat. Dia alihkan kuali leper dari dapur yang sedang keluarkan kepulan asap yang banyak lalu di campak ke sinki.

Xiana tarik muncung tak puas hati. "Hei...at least saya cuba masak okay."

"Jangan cuba kalau tak tahu..you gonna get yourself hurt.."keluh Ryan sewaktu tekan suis off alarm yang ada dekat siling dapur tu dengan mudah sebab ada badan dan tangan panjang. Jadi tak perlu gunakan kerusi sama sekali.

Masa itu la muncul Kian dengan wajah asal dia dengan muka berkerut mengipas-ngipas muka hendak bernafas.

"Apa yang dah berlaku?Apa yang terbakar ni?"soal dia.

Ryan mencekak pinggang sewaktu pusing menghadap Kian. "Madam besar kita yang sorang ni cuba memasak..kau rasa?"

Xiana yang terkejut dengan kepulangan Kian itu terus teringat Damon.

Oh ya..Xiana dah tahu mengenai siapa Mateo sebenarnya. Minggu lepas Mateo a.k.a Damon ceritakan dekat dia semuanya. Terkejut la jugak tapi lepas tu okay je. Damon pun Damon la.

"Asal kau tak tengokkan dia.."bidas Kian.

"Wei aku tertidur kot...mana la aku tau dia nak masak time tu jugak.."balas Ryan.

Kian pandang Xiana atas ke bawah. Nak pastikan tiada apa-apa yang menimpa wanita itu. "Cik tak apa-apa?"

Xiana pandang Kian dengan kening terangkat sebelum mengangguk kepala."Saya okay...kawan awak ni yang tak okay." tunding Xiana pada Ryan.

Ryan pandang Xiana dengan muka 'seriously' pada dia. Dia pulak yang di salahkan.

Kian memggeleng kepala tak percaya sambil mengetap bibir.

"Tak apa la...cik pergi depan. Biar saya dengan Ryan handle."Kian dekati Xiana. Dia ambil sudip dari tangan kecil tu lalu di tolak Xianan keluar dari dapur yang tengah berasap tu.

"Ah?Tak apa ke?"toleh Xiana nak pandang ke belakang.

"Tak apa..."gesa Kian sebelum lepaskan tolakan dia dari Xiana lepas wanita itu keluar sepenuhnya dari dapur. Lelaki tu kemudiannya masuk ke dapur semula.

Masa Xiana jalan hala ke ruang tamu, Damon yang baru masuk sedang tunduk tanggalkan kasut.

Bila lelaki tu angkat kepala memandang ke depan, mata dia terus terarah pada Xiana. Dengan minat mata dia teliti wanita yang comot dengan kesan hitam dekat pipi, berapron dekat badan itu sedang tersenyum kepadanya.

"Hai.."sapa Xiana semasa mendekat.

"Apa kau dah buat?Hanguskan dapur lagi sekali?"seloroh Damon sambil hulur tangan ke pinggang Xiana.

Sambil jengket kaki Xiana angkat tangan dia lalu lingkarkannya ke sekeliling leher Damon. Lelaki ni tinggi sebab itu la."Hahaha...saya nak cuba masak la.."ketawa Xiana lepas dengar.

Dan..bukan kali ni Xiana cuba hanguskan dapur Damon, tapi kali ketiga. Dia cuba masak tak semuanya berakhir dengan disaster.

Damon pejam mata seeratnya sebaik dia peluk badan Xiana rapat kepada dia. Ingin dapatkan tenaga yang hilang melalui kehangatan tubuh itu.

"Macam mana dengan rancangan awak?Semua berjalan lancar?"tanya Xiana sambil gosok belakang badan Damon.

Tanpa membuka mata dia mengangguk kepala."Hm."jeda Damon dengan pendek lalu eratkan pelukannya.

"Taniah. Mama dengan papa awak pasti gembira."Xiana kucup tepi kepala Damon lalu kembali memeluk badan itu. Pasti Damon harungi saat yang sukar sewaktu bertemu muka dengan mereka yang telah mengkhianati keluarga lelaki ni. "You did a very good job."

"Terima kasih Xiana."ucap Damon dari dalam lubuk hatinya. Dia benar-benar berterima kasih.

"Sama-sama kasih Damon."balas Xiana.