webnovel

Damon Revenge

Every life is a story, thank you for being part of my story.

TintaHitamTanpaAra · 现代言情
分數不夠
82 Chs

58.

Mateo pandang kepala yang ada di lututnya dengan renungan kasihan sebelum melepaskan keluhan panjang. Kesiannya dia dengan Xiana ni. Menangis saja. Tak boleh ke jadi kuat. Susah payah dia buat semua ni. Lalu di usap kepala tu dengan lembut. "Beritahu aku apa yang kau cuba rancangkan Ana?"tanya dia dengan nada perlahan.

Xiana angkat kepala dia sambil tersedu-sedu menyedut hingus dia dari mengalir turun. Terus mata Mateo di tenung dia dengan kening berkerut sedih. "Saya nak jumpa Elissa untuk bincangkan sesuatu dengan dia. Ada sesuatu yang saya hendak pastikan pada dia...saya tahu awak takkan izinkan saya jumpa sesiapa. Sebab itu saya cuba keluar sembunyi-sembunyi."jelas Xiana dengan susah payah di balik sedu dia.

Mateo selak anak rambut Xiana ke belakang telinga dengan kening berkerut. "Apa yang kau nak pastikan?"

Xiana pandang ke Kian. Takut lelaki tu pulak jadi mangsa amarah Mateo nanti. "Saya tak boleh beritahu awak..."dia pandang Mateo dengan titisan air mata turun ke pipi. "Saya dah janji."jawab dia.

"Dengan siapa?"soal Mateo lagi.

Xiana gigit bawah bibir dia dengan kuat masa dongak memandang Mateo. Tangannya kuat mencengkam kain seluar hitam yang dipakai oleh lelaki tu.

"Siapa Ana...kau janji kan dengan siapa? Kau nak aku suruh Kian terjun bangun ni pulak ke?"aju Mateo sambil tunding jari ke Kian.

Terus menggeleng kepalda Xiana lepas dengar. "Jangan...saya beritahu. Please no more.."rayu Xiana.

"Siapa?"

"Mama awak..."Xiana ketap bibir lepas sebut.

Kening Mateo berkerut tak faham. "Tentang apa?"

Xiana geleng kepala. "Awak...tolong la. Jangan tanya lagi. Saya tak boleh...tolong.."rayu Xiana sambil gosok kedua-dua tapak tangan dia depan muka sambil membuat muka terdesak sewaktu melutut dua kaki di depan Mateo. "Saya merayu.."

"Tentang apa Xiana...apa yang mama beritahu kau tapi tak boleh beritahu aku.."kata Mateo di balik ketapan gigi.

Xiana menangis teresak-esak sewaktu terduduk dekat lantai tu. "Ayah Elissa adalah pesalah yang sebenar. Dia yang set up semua scheme kemalangan yang menimpa mama dan papa awak pada malam enam tahun yang lepas..." jawab Xiana dengan mengalah.

Kian menahan nafas terkejut, Mateo yang dengar masa tu terkedu terus. Luruh jantung Mateo bila dengar semua itu. Diam-diam dia kepal penumbuk seeratnya.

"Mama awak tahu semuanya dari awal, tapi dia tak berani beritahu sesiapa terutama sekali awak sebab takut awak akan cari orang tu dan bahayakan diri awak...Mateo saya dah mungkiri janji saya pada mama awak..."nangis Xiana semahunya.

"Kau nak jumpa Elissa untuk apa kalau macam tu?Beri amaran pada dia supaya larikan diri? Macam tu?"tuduh Mateo dengan nada bertenang terpaksa dia.

Xiana geleng kepala dengan lemah. "Saya nak mintak tolong dia supaya pujuk ayah dia agar mengaku kesalahan yang dia buat supaya nama baik Elissa tak terjejas kerana perbuatan ayah dia...saya tak nak disebabkan salah ayah dia, masa depan dan nama baik Elissa terjejas..."sedu Xiana sambil seka air mata dari pipinya.

"Kau buat semua ni hanya untuk kawan yang dah khianati kau?"soal Mateo.

"Tak..saya buat demi awak dan mama awak jugak." ngaku Xiana semasa pandang sedih ke Mateo. "Saya tak nak awak bahayakan diri awak dan tertekan fikirkan hal ni memandangkan awak ada syarikat yang perlu dirampas...ada ayah yang perlu dirisaukan...ada ibu yang perlu dijagakan"

Kian yang dengar semua itu ikut tersentuh. Kasihan Xiana. Semata hendak membantu terpaksa hadap semua ni.

Mateo lepaskan keluhan kesal dia lepas dengar. Apa la dia nak buat dengan Xiana ni. Ada saja yang buatkan dia semakin kagum pada Xiana ni. Bersama perasaan serba salah, dia gerak turun dari sofa tu sebelum melutut sebelah kaki depan Xiana.

Nampak je Mateo melutut dekat depan dia, Xiana terus sandarkan dahi dia dengan letih ke dada lelaki itu dan menangis.

Mateo peluk Xiana rapat ke dadanya dengan mata terpejam saat rehatkan dagunya di atas kepala Xiana. "Maafkan aku Xiana sebab buat kau risau macam ni..."ucap Mateo dengan perlahan.

Xiana angkat tangan lalu cengkam tepi lengan Mateo dengan kuat saat tersedu sedan di balik esak tanggisnya.

"Aku janji aku takkan bahayakan diri aku..." ucap Mateo dengan nada nekad. Sebab yang akan cedera nanti adalah orang tu sendiri.