webnovel

Damon Revenge

Every life is a story, thank you for being part of my story.

TintaHitamTanpaAra · 现代言情
分數不夠
82 Chs

57.

Bak kata pepatah di telan mati mak, di luah mati bapak...

Itu la situasi yang Xiana hadapi sekarang ini.

Tak beritahu, Ryan dalam bahaya.

Di beritahu, Mateo dan Elissa pulak dalam bahaya.

Tak! Dia tak boleh buat pilihan.

"Awak...tolong la..Saya merayu. Kalau awak marah....marah pada saya. Pukul la saya....Lepaskan Ryan...saya merayu.."minta Xiana dengan kepala tergantung ke bawah sewaktu teresak-esak menangis.

Ryan dekat lantai sudah melingkar menahan sepakan yang diberikan Kian sejak tadi. Mata lelaki tu yang sudah kemerahan dan berair mata terarah pada Xiana.

Mateo pandang ke Xiana dengan renungan dalam. Nekad jugak ya. Entah apa yang rahsia sangat. Ingat dia tak tahu apa yang Xiana rancangkan. Sejak awal lagi dia dah tahu.

Ryan sendiri yang beritahu Mateo dua hari lepas sebaik mereka pulang dari rumah dia. Ryan beritahu pada Mateo yang Xiana sedang merancang untuk keluar secara sembunyi lakukan sesuatu atau berjumpa dengan seseorang. Antara dua tu. Ryan tak pasti mana satu.

Jadi Mateo arahkan Ryan supaya ikut saja rentak Xiana supaya Xiana tak sedar. Masa Xiana suruh Ryan beli makanan, masa tu Ryan memang dah tahu Xiana nak keluar. Jadi dia keluar macam tu je la. Sesampai saja dia di parking lot seusai beli makan, Ryan nampak pantulan bayang Xiana melalui cermin kereta tinted Mateo yang dipakai sedang keluar dari lif.

Tak nak kejutkan Xiana, Ryan pura-pura tak nampak. Sedangkan Ryan perasan Xiana ada dekat tepi kereta berdekatan sedang menyorok. Masuk je lif, Ryan terus hubungi Mateo. Maklumkan semua tu pada Mateo.

Dari situ la Mateo arahkan orang untuk kejar Xiana. Patutnya dia tunggu sampai Xiana selesaikan apa saja yang dirancang Xiana, entah kenapa Mateo rasa tak sedap hati. Dia terus arahkan anak buah dia dapatkan Xiana secepat mungkin sebelum Xiana lakukan apa-apa.

Masalahnya sekarang mereka nak tahu, apa yang Xiana cuba lakukan dan perkara apa yang Xiana tahu. Jadi Ryan, Kian dan jugak Mateo sendiri rancang untuk set up drama ni supaya Xiana serik untuk tak lagi lakukan perkara tanpa kebenaran dia.

Soal belasah membelasah ni, Mateo pilih Ryan sebab Xiana dah lama dengan Ryan, Jadi mesti ada bonding antara mereka yang boleh beri kesan mendalam pada Xiana sekiranya Xiana nampak Ryan di belasah depan-depan macam ni.

Memang nampak kejam. Dah kalau semua ni boleh buatkan Xiana patuh dan mahu buka mulut, mereka semua sanggup buat.

"Saya mengaku...saya mengaku...Mateo..berhenti. Saya beritahu awak. Tolong."

Serta merta tangan Xiana di lepaskan, Kian berhenti menyepak Ryan dan Mateo lepaskan hela nafas lega. Akhirnya.

Xiana merangkak mendekati Mateo lalu duduk bersimpuh depan lutut lelaki. Dia capai tangan Mateo lalu di gengam dengan erat. "Maafkan saya...saya janji saya takkan buat lagi. "lafaz Xiana dengan linangan air mata. "Tolong Ryan..." dia pandang ke arah Ryan yang terbaring di lantai itu dengan sebak.

Kian tunduk membongkok ke bawah mengangkat Ryan bangun dari situ dengan berhati-hati. Enggan sakiti rakannya yang sedia sakit.

Ryan topangkan lengan dia pada bahu Kian sambil berdesis sakit memegang rusuknya sebelum pandang Xiana. Sayang jugak ya cik Xiana ni pada dia!

"Kau okay?"bisik Kian.

Ryan beri anggukan kecil.

Xiana pandang sedih ke Ryan. "Maafkan saya.." ucap dia dengan kening mencerlung sedih.

"Uhuk!"batuk Ryan sampai keluar dari mulutnya.

Mateo yang perhatikan sejak tadi bersuara. "Suruh budak-budak yang lain bawa dia ke hospital untuk terima rawatan."arahnya pada dua lelaki bersut tadi.

Dua lelaki bersut tadi angguk kepala faham. Mereka berdua kemudiannya jalan dapatkan Ryan dan pimpin lelaki tu keluar dari apartment tersebut.

"Now..back to our business honey..."Mateo pandang Xiana semula selepas Ryan dan dua orang tadi keluar.

Xiana pandang Kian yang berdiri tegak dengan tangan di belakang badan sekejap sebelum palingkan kepala ke Mateo. Tersedu-sedu kesan menangisnya tadi.

Mateo tarik tangan yang dipegang Xiana lalu gunakan tangannya untuk seka air mata dari pipi yang sudah kemerahan itu dengan perlahan. "Tell me please honey..don't make me angry."pujuk Mateo dengan lembut.

Terus Xiana letakkan kepala dia di atas lutut Mateo lantas menangis semahunya. Letihnya la!

Maafkan la dia mama Mateo sebab tak dapat tunaikan janji. Rasa macam tak guna pun ada.