Daboboy di dalam rumah sedang membaca sebuah buku cerita tentang superhero di malam hari. Ketika itu, dia sudah hampir tamatkan buku cerita itu, dia pun menutup buku itu untuk di baca pada esok hari. "Esok hari isnin. Hari pertama aku masuk sekolah." Dia baring di atas katil lalu tidur dengan nyenyak.
Keesokan hari....
???: "Daboboy?! Ooo Daboboy?! Bangun! Dah pukul 6 ni! Kita pergi sekolah pukul 7! Cepat gi mandi!"
Daboboy: "Ah.. Apa..? Haye.. Jap... Aduh... Pukul berapa ni.."
Jam menunjukkan pukul 6:28 pagi.
Daboboy: "Aduh.. Sekolah masuk kul berapa...?"
Daboboy bersiap pergi ke sekolah. Dia pun bergerak bersama dengan kawannya iaitu Dihal.
Dihal: "Jom kita gerak sekarang! Aku akan memperkenalkan kau adalah anak dari sup-"
Daboboy: " Tak! Sembunyikan identiti aku untuk sementara waktu.."
Dihal: "Eh... Uh.. Kenapa pulak?"
Daboboy: "Hehehe.. Kita perlu membuat mereka terkejut... Mana tau ada orang buli kau ke.. Nanti aku pura2 lemah. Selagi jam kuasa ni ada pada aku.."
Dihal: "Oh.. Bagus jugak cara kau ni eh.. Sebenarnya aku ada pembuli kat sekolah.. Tapi macam mana kau nak hentikan dia?"
Daboboy: "Aku ada idea. Tapi bagi aku masa untuk berfikir. Kita kena biarkan dulu mereka untuk membuli kau. Sebab aku ada cara untuk buat mereka takut dekat kau walau kau talde kuasa seperti aku."
Dihal: "Wah.. Ok lah.. Berapa lama?"
Daboboy: "1 Bulan..."
Dihal: "Apakah... Lama naw!"
Daboboy: "Aku kena siasat dulu sikap dorang, lagipun aku belum pernah guna kuasa elemen ni.. Aku kena berlatih dulu baru dapat guna kuasa ni dengan sempurna"
Dihal: "Hmm yelah.. Ha jom lah gerak sekarang... Kang kita lambat ke sekolah nanti baru tau."
Daboboy: "Tapi kalau aku lambat harini takpe kan? Sebab aku budak baru.. Hehe..."
Dihal: "Mentang-mentang budak baru.. Huh.. Dah lah. Jom gerak."
Daboboy dan Dihal mula bergerak ke sekolah. Setelah sampai ke sekolah, mereka mulakan aktiviti sekolah mereka seperti biasa.
Daboboy: (Masuk kelas)
Dihal: (Duduk di kerusi)
Daboboy: (Melihat pemandangan di kelas)
Dihal: "Tunggu apa lagi.. duduk lah.."
Daboboy: (tengok sekeliling kelas dan diluar kelas) "Kenap kita berdua je?"
Dihal: "Kita datang awal sangat... Baru jam 7:10"
Daboboy: "Apa? Awal lagi? Buat apa datang awal sangat?"
Dihal: "Aku biasa datang awal, jadi aku dapat sedikit masa untuk enjoy diri sendiri."
Daboboy: "Takpe lah.. Ha.. Aku nak duduk mana ni?"
Dihal: "Kau kena tunggu kat pejabat dulu. Baru boleh masuk dan duduk di kelas.."
Daboboy: "Lah.. Kalau ye pun kenapa bawak aku ke kelas ni?"
Dihal: "Ala saje je nak bagi kau tengok dulu.. Ha pergi lah ke pejabat. Ada tanda sign kat tepi tu tunjuk laluan ke pejabat guru. Ikut je nanti jumpa lah.."
Daboboy: "Ha yelah.."
Daboboy pergi ke pejabat berjumpa dengan guru..
30 minit sudah berlalu, semua pelajar di kelas sudah hadir dan masing-masing duduk di tempat mereka sendiri. Ada satu meja kosong yang tersedia di belakang. Disitulah Daboboy akan duduk nanti.
Akhirnya guru mata pelajaran pertama muncul bersama Daboboy. Nama guru itu Cikgu Azlina. Dia adalah guru yang akan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas mereka. Cikgu Azlina lalu mengizinkan Daboboy untuk memperkenalkan dirinya kepada rakan kelasnya termasuk Dihal.
Daboboy: "Assalammualaikum, hai semua. Nama saya Daboboy.."
Semua: (Ketawa)
???: "Kenapa nama kau Daboboy? Lawak lah... Hahaha...."
Cikgu Azlina: "Shhh.. Diam... Dia tak habis cakap lagi.. Dengar dulu"
Daboboy: "(aduh nak bagitau ke tak ni.. Eh.. Tak boleh.. Takpe.. Yang penting diorang semua akan tahu identiti aku yang sebenar di masa akan datang.. hehehehe) Nama saya Daboboy.... Uh... Itu saja, Cikgu...."
Cikgu Azlina: "Baiklah.. Sila duduk di tempat yang tersedia.."
Daboboy: "Baik, Cikgu."
Daboboy lalu duduk di tempatnya. Mereka menjalankan sesi pembelajaran seperti biasa.
Masa untuk pelajaran Bahasa Melayu dan English sudah berlalu, kini muncullah waktu rehat. Semua orang dikelas sudah keluar kecuali Dihal dan Daboboy. Dihal ingin memberitahunya sesuatu.
Dihal: "Weh, Daboboy. Sini jap?
Daboboy: "Apa?"
Dihal: "So.. Waktu ni adalag waktu untuk si pembuli tu datang cari aku. So demi rancangan kau, apa kata kau biarkan je aku dibuli dulu?"
Daboboy: "Tu memang rancangan aku, tapi itu hanya permulaan. Aku kena berhati2 untuk tidak menunjukkan identiti aku ke mereka."
Dihal: "Apa yang kau rancangkan ni? Macam nak prank orang je..?"
Daboboy: "Yes! tepat sekali."
Dihal: "Hmmm menarik.. Eh, dahlah. Jom pergi ke kantin. Kita rehat, tapi duduk di tempat lain. Kau boleh perhatikan apa yang berlaku dekat aku dan pembuli tu.."
Daboboy: "Oh ya, boleh aku tau siapa nama orang yang suka buli kau tu?"
Dihal: "Yang buli aku tu... perempuan... Nama dia... Hana..."
Daboboy: "Ha? Perempuan? Asal lak laki kena buli perempuan? Pelik..."
Dihal: "Ih.. Dahlah. Jom ke kantin dulu. Nanti balik sekolah sambung tanya aku..."
Daboboy: "Ha yelah..."
Mereka berdua pergi ke kantin untuk berehat sementara selepas belajar.
Daboboy sudah membeli makanan dan minuman. Dia lalu duduk di meja makan yang kosong. Dihal masih dalam barisan menunggu giliran dia untuk membeli makanan. Dan disitulah si pembuli mula datang mengacau si Dihal.
Hana: "Oi, Dihal.
Dihal: "Ha? Oh.. Hana.. Uh.. Kau buat apa kat sini?"
Hana: "Buat apa lagi.. (Eh kasi aku duit. 2 ringgit je... cepat..)"
Dihal: (Bagi 2 ringgit)
Daboboy: (Tengok dari jauh) "(Oh camtu rupa dia... Ha! Alamak.. Aku ada banyak soalan la sekarang... Nanti ah aku tanya Dihal lepas balik ke rumah..."
Hana: "Ok thanks... So bye.."
Dihal: (diam sambil tengok poket) "(Haih.. Sampai bila la kena macam ni... Aku ikhlas tapi hari2 dia mintak, kalau tak kasi nanti dia suruh orang lain cubit aku sampai lebam kat pinggang..."
Dihal menjalankan kehidupannya yang masih dia lalui sebagai mangsa pembuli. Hana seornag yang suka meminta duit kepada dia. Daboboy yang menyaksikan fenomena itu tidak membuatnya mendapat idea, malah membuatnya bertanya-tanya tentang latar belakang perempuan tu. Dia akan menanyakan beberapa soalan kepada Dihal setelah mereka pulang ke rumah.
Beberapa jam kemudian, akhirnya waktu balik sekolah sudah tiba. Semua murid sudah keluar dari sekolah, kecuali Daboboy dan Dihal.
Daboboy dan Dihal akhirnya keluar dari sekolah dan berjalan menuju ke rumah. Tetapi Dihal menggunakan jalan yang lain. Daboboy terkejut tetapu dia berdiam sahaja. Dia pun ikut si Dihal bersama. Tak lama kemudian, ada sosok hitam yang muncul dihadapan mereka. Mereka berdua terkejut, Dihal merasa sangat takut. Dia lari ke belakang Daboboy lalu menanyakan soalan kepada sosok hitam itu.
Dihal: "Ih! Apa tu?!"
Daboboy: "Siapa kau?!"
Zilang: "Aku Zilang. Sang pemburu kuasa elemental."
Daboboy: "Ha.. Pemburu kuasa elemental?"
Zilang: "Ya! Kau ada 7 kuasa elemental... Apakah... 8?!:
Dihal: "Ha? Daboboy ada 8 kuasa elemental? Eh Daboboy! Bukan kau kata 7 ke?"
Daboboy: "Tak tau... Kan seharusnya ada 7 kuasa elemental, bila pulak ada 8... kuasa apa yang lagi satu? Yang aku tau ada angin, petir, tanah, air, api, cahaya dan... Alamak lupa pulak yang ketujuh..."
Dihal: "Lah kau lupa?!"
Zilang: "Huh.. Kuasa yang ke 8 itu adalah... Hahahahah! Aku tak boleh bagi tau.. Ternyata benar cakap dia.. Dia melakukan sesuatu ke jam kau saat kau sedang makan di sekolah... Hahahaha!"
Daboboy: "Hah.. Siapa? Dia ke yang bagi kuasa ke 8 tu kat aku?!"
Zilang: "Betul tu.. Kalau kau nak tau siapa.. Kau carilah sendiri."
Dihal: "Aduh... Siapa pulak lah orang tu... Kalau nak bagi tu cakap jela.."
Zilang: "Kau nak tau kuasa apa itu? Kau akan dapat kuasa tu jika kau dapat mengontrol semua 7 kuasa..."
Zilang lalu menghilang seperti asap. Daboboy lebih merasa curiga akan siapa yang memberi kuasa yang ke 8 kepadanya. Selain itu, kini dia ada banyak hal yang dia akan lakukan mulai sekarang. Siapakah orang itu? Daboboy masih lagi berpikir tentang prank yang akan dia buat untuk Hana. Dia juga ada banyak soalan yang nak di tanya kepada Dihal. Mereka pun pulang kerumah seperti biasa. Mereka merahsiakan apa yang terjadi. Daboboy dan Dihal mula mempunya misi rahsia iaitu mencari tahu siapakah ornag yang memberikan kuasa elemental ke 8 dan kuasa apakah itu.
Anak boboiboy umurnya 12. Dia sebenarnya tak pernah sekolah tapi sekarang akhirnya dia dafter ke sekolah. Dia dah belajar sendiri kat rumah dengan mak si Dihal. Dengan itu Daboboy pandai membaca dan mengira sampai sekarang kerana mak Dihal seorang guru sebelum Dihal dan Daboboy terlahir.