Rantai yang dihadiahkan Jason kepada Mei sewaktu mereka kecil mempertemukan mereka kembali. Mereka terpisah dek kerana Jason mengikuti keluarganya berpindah. Mereka sentiasa menunggu satu sama lain. Namun disebabkan kejadian yang tak disangkakan terjadi kepada mereka berdua. Mereka rapat namun masih tak menyedari hal sepatutnya. Perkara yang mengikat hati mereka berdua sekian lama. Biar masa yang merungkai segalanya. Kehadiran Li Sun dalam hidup Mei membuatkannya hanyut dalam kebahagian. Dia sangkakan Li Sun benar-benar mencintainya namun...Dia selama ini mencari cinta yang sepatutnya dia miliki. Dapatkah dia miliki? Adakah dia akan menyedari siapa sebenarnya Jason dalam hidupnya? Adakah kebenaran tentang Li Sun akan terbongkar? Li Sun, lelaki yang hadir hanya semata-mata untuk mempermainkan Mei. Setiap tingkahnya dan katanya dipercayai Mei. Dendam yang dia pendam semakin berjaya.Bagi dia "Aku akan dapat apa aku nak".
Langit semakin gelap.
Makanan yang dibawa Jason tadi habis dijamah mereka berdua. Lapar.
Mei melihat telefon pintarnya.
Lagu-lagu yang dibuka sejak tadi diberhentikan.
'Pukul 6 pm'
'Kejap je masa berlalu, mesti gelap pulau ni nanti' bisik hati resahnya sambil memandang langit.
"Awak., phone saya takde line lah.. Awak punya okay?" tanya Mei pelik.
Jason menggapai telefon pintarnya.
"Samalah..takde line juga. Biasalah tu, dekat pulau..Kenapa?" jawab Jason sambil memandang Mei.
"Tak..baru ingat nak call mama.. semua lah.." kata Mei.
"Aunty Ann pun sama. Awak, dia sangat-sangat rindukan and risaukan awak...Awak tak rindukan mama awak ke?" kata Mei sambil mengengam erat tangan Jason.
Jason menunduk. Senyap. Beralih tempat, duduk di atas pasir pantai.
Mei menjadi serba salah.
'Aku salah cakap ke..?' bisik hati Mei.
"Rindu. Sangat-sangat.." kata Jason perlahan sambil berpaling melihat Mei di sebelahnya.
"Tapi... Li Sun..dia kata saya penyebab papa dia mati. Mama... " suara Jason bergetar seakan mahu menangis apabila menyebut mama.
Mei menarik kepala Jason ke dalam pelukannya.
Jason tergamam sekejap. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Dia meluahkan segala yang dirasainya melalui tangisan semasa dalam pelukan Mei.
"Saya,saya rasa..mama banyak tersiksa sebab saya. Saya lahir sebab jantan tak guna tu! Dia hancurkan hidup mama. Hidup Li Sun, hidup saya! Macam mana Saya nak hadap orang yang saya sayang lepas saya tahu saya.. Kalau saya tak ada, diorang mesti tengah happy sekarang..Saya..." luah Jason apa yang terbuku di hatinya sekian lama sambil menangis sepuas hati dalam pelukan Mei.
Air mata Mei turut mengalir laju apabila mendengar luahan Jason yang diiringi tangisan. Seolah-olah berkongsi satu hati, berkongsi rasa sakit itu. Air matanya cepat-cepat diseka.
Mei memegang kedua belah pipi Jason dan menatap mata Jason yang mula bengkak memerah.
"Sayang, listen me! Mama awak tak pernah menyesal lahirkan awak atau salahkan awak. Percayalah, dia sangat-sangat happy lahirkan awak. Dia bersyukur ada awak. Tentang Li Sun... masa tu dia terlalu kecil, dia tak tahu apa yang sebenar terjadi. Saya yakin, dia faham sekarang and dia mungkin serba salah dengan apa dia kata pada awak. Kita balik okay? Hm? Kita balik, kita dengar apa mama dengan Li Sun kata. Kita selesaikan baik-baik. Kesian mama awak, dia rindukan awak sangat.. And awak, awak pun jangan pendam sorang2. Mama,papa, Aunty Ann dan saya..sayang awak sangat-sangat. Saya selalu ada untuk awak okay? Hm?" kata Mei lembut sambil menatap lama Jason. Jari jemari Mei mengelus-elus kedua belah pipi Jason.
Kata-kata Mei membuatkan hatinya dan apa yang dirasainya terubat. Seolah magik. Atau ubat tahan sakit?
Melihatkan Mei yang setia di sisinya setiap masa membuatkan dia bersetuju dengan Mei.
Perlahan-lahan dia menganguk setuju.
"Kita balik?" tanya Mei sekali lagi apabila melihat Jason tiba-tiba menganguk.
Jason menganguk mengiyakan sambil tersenyum.
Mei tersenyum lega apabila Jason sudah bertenang dan bersetuju untuk pulang. Tangan Mei mengusap perlahan air mata di pipi Jason.
'Don't cry'
Tingkah Mei seolah memberitahu kepadanya supaya berhenti menangis.
"Tengok tu.." kata Jason sambil menunding jari ke arah laut.
Mei mengalihkan perhatian dan melihat ke arah yang ditunjukkan Jason.
Matahari sedang terbenam.
"Cantiknya sayang..." kata Mei teruja sambil tangannya ligat mengambil gambar.
"Sayang, jom selfie sementara ada cahaya lagi. Peluang susah dapat. Jom!" ajak Mei sambil menarik tangan Jason mendekati tepi pantai.
Mereka berselfie berdua. Mengumpul sebanyak mungkin kenangan. Mereka bergambar seolah tiada apa yang berlaku tadi. Ceria dan happy seperti biasa.
Beberapa ketika kemudian cahaya matahari betul-betul hilang, pulau itu bergelap tiada elektrik hanya diterangi cahaya dari langit.
Mei mula gelabah. Takut gelap.
Melihatkan Mei yang gelisah, Jason rasakan yang dia perlu menunjukkan Tree House itu pada Mei.
"Sayang, jom..saya ada suprise untuk awak.." ajak Jason sambil menarik Mei kembali ke tempat mereka melepak tadi untuk mengemas barang-barang yang digunakan.
"Wait, pergi mana? Suprise? Apa dia?" Mei tak henti-henti bertanya namun langkah kakinya masih mengikuti gerak langkah ke mana jua Jason bawa.
Barang-barang yang digunakan tadi dikemaskan dan dibawa seorang sedikit.
Jason mengengam erat tangan Mei dan membawanya mendekati jalan masuk ke hutan itu.
"Wait, kita nak pergi mana?Takkan nak masuk hutan gelap-gelap ni..." Mei mulai takut.
"Adalah.. believe me okay." kata Jason sambil menatap lama mata Mei.
Flashlight di telefon pintarnya dibuka. Jalan dihadapan mereka diterangi cahaya.
Mei menganguk. Dia mengorak langkah perlahan takut-takut mengikuti gerak langkah Jason.
Jason mengengam erat tangan Mei dan memastikan Mei tidak tersilap langkah.
Tak lama kemudian, Jason berhenti apabila melihat nama 'Tree House' pada tanda anak panah di hadapannya. Langkah Mei turut terhenti.
"Ke, kenapa? Ada apa?" terketar-ketar Mei bertanya. Takut.
"Dah sampai. Awak tutup mata, saya bawa awak ke depan sana. Depan sikit je, nanti awak buka mata okay?" kata Jason.
"Ha? Depan tu? Erm, okay.." kata Mei sambil mengetap bibirnya.
Mei menutup matanya rapat. Tangannya kemudian ditarik perlahan menuju ke hadapan.
Setiap langkahnya diawasi Jason.
Mei melangkah dengan penuh yakin sebab adanya Jason di sisinya.
Semakin lama pendengaran telinga Mei semakin jelas. Bunyi air mengalir.
'Sungai ke?' bisik hatinya.
Dalam pandangan gelapnya, Jason menyuruhnya berhenti dan membetulkan posisinya berdiri.
"Okay sayang...kita dah sampai.. Saya kira sampai 3, awak buka mata" kata Jason seakan teruja di sebelahnya.
Jason mengeluarkan telefon pintarnya dan mula merakam detik-detik itu.
"1! 2! 3!" jerit Jason.
Mei membuka matanya.
Matanya terpaku pada keindahan lampu-lampu yang menghiasi titian kecil yang menuju ke Tree House di hadapannya. Tangannya menekup mulutnya.
"Cantiknya sayang! Macam fairytale.. Awak yang hias ke? Sebab tu awak lama bila masuk sini? Woah.. Thanks sangat sayang!" kata Mei teruja dan terharu dengan usaha Jason buat semua ini untuk dirinya.
"Yup! Untuk kesayangan saya. Saya nak ucapkan thank you a lot sebab selalu ada di sisi saya. I love you sayang!" kata Jason pada Mei sambil merakam diri mereka berdua.
Mei tersenyum bahagia. Dia mendekati Jason dan memeluknya erat.
"Let's go! Saya dah sewa tempat ni untuk kita sampai esok. Apa lagi sayang? Tak kan tengok je dari sini? Tak nak masuk?" kata Jason teruja sambil menarik Mei berjalan di atas titi itu dan terus menuju ke Tree House itu.
Jason masih tetap merakam segala tingkah Mei dari belakang. Kenangan.
"Sayang, jom masuk. Saya bawa awak tour Tree House ni and then barulah saya tunjuk bilik awak" Jason memimpin tangan Mei menaiki anak tangga Tree House itu.
Mei menganguk teruja seperti anak kecil.
Stay tuned and bersbr yea. Pape pun stay safe, don't get sick and be happy.