webnovel

Reitai

"Apa tadi tu?!"

Mizuki terkejut mendengar teriakan perempuan yang datang dari bangunan utama sekolah tersebut.

"Macam yang aku jangka... Ini kes berhantu ni. Memang kena gaya!"

Daisuke menoleh ke Mizuki teruja.

"Kau belum lengkap lagi tapi sekurang-kurangnya tangan kaki dah ada, jadi kita latih yang tu dulu. Misi pertama kau ikut aku, jangan sampai kena tinggal!"

"Eehhh??!"

Hairan Mizuki dalam keadaan bentuk tubuhnya yang masih ada tak ada saja. Anggota tangan dan kakinya kini hanya benjolan atau tunggul, mana mungkin dia mampu kejar pemuda itu sedangkan dia nak berjalan pun susah.

"Nanti dul-! Awak ni biar betuuulll!!!"

Ujarnya ketika Daisuke menarik lengannya. Nak atau tak Mizuki perlu samakan kakinya dengan kelajuan Daisuke.

"K-kalau hantu tu kejar saya macam mana?!!"

"Itu cabarannya, jangan sampai kena tangkap!"

"Awak ni tak munasabah lah!!!"

"Nah ambil ni kalau macam tu"

Mizuki menyambut barang yang dilontar Daisuke itu dengan kedua tangan kudungnya

"Payung?!"

"Itu bukan sebarangan payung, aku dah kukuhkan buatannya! Mungkin tak boleh jadi senjata tapi boleh guna untuk lindungi diri kau. Lagipun kalau apa-apa jadi pada kau dalam bentuk ni, tubuh sebenar kau takkan diapa-apakan jadi kau boleh belajar sesuaikan diri tanpa risiko"

"Huh... macam tu ye..."

Mizuki mengangguk perlahan, kata-kata itu membuatkan dia berfikir.

"Tapi ingat, jangan lawan dengan benda tu. Kau cuma latih tubuh baru tu je"

Daisuke mengingatkan dia, memandangkan Mizuki semacam teralih tumpuan lepas apa yang disebutnya tadi. Harap-harap tak ada yang panjang akal nanti.

Sebelum memasuki bangunan sekolah, Daisuke melontar sesuatu yang melekat di dinding lalu membentuk isyarat dengan sebelah tangan. Apa yang dilontarkan itu adalah sejenis gumpalan lumpur hitam yang melekat pada dinding. Gumpalan itu mula berdenyut sebaik ia melekat, makin lama makin kuat, makin laju ia berdenyut.

" *Tch* ni lebih berat dari yang aku sangka..."

Daisuke mengomel. Sebaik melakukan isyarat tangan tadi, dia tiba-tiba memegang dadanya seolah-olah senak.

Di tingkat empat, ternyata hantu itu telahpun merasuk tubuh seorang pelajar perempuan. Orang ramai berkumpul di situ melihat dia bergelut dan merintih kesakitan di atas lantai koridor. Dua orang pelajar lelaki yang berbadan besar menahan perempuan itu sambil dia mencakar ke arah mereka dan apa saja yang berdekatan termasuk dirinya sendiri. Matanya terbeliak, mulutnya ternganga luas bagaikan hampir lemas, tercungap-cungap sambil mengeluarkan jeritan yang nyaring. Disamping itu, pelajar-pelajar perempuan lain beserta beberapa guru wanita disitu memanggil-manggil namanya, berharap untuk menyedarkan dia semula. Namun tiada kesan, bahkan dia bertindak lebih ganas dan akhirnya berjaya melepaskan diri dari tahanan dua lelaki tersebut, langsung dia menerpa ke arah salah seorang pelajar di khalayak ramai itu.

Namun belum sempat cakarnya menyentuh sesiapa, dia mendapati dirinya di sebuah ruang yang gelap. Khalayak ramai di kelilingnya tadi hilang, hanya tinggal kaki lima yang kosong. Tidak lama kemudian, di hujung kaki lima itu tibalah Daisuke dan, barangkali Mizuki, yang kini hanya kelihatan seperti asap putih kosong berbentuk seakan manusia tanpa sebarang muka.

"Bagus, kyokan tu menjadi, jom Mizuki kun! Kau pakai tu untuk halang jalan keluar dia"

"Uh uh, baiklah..?"

Ragu-ragu dia bersetuju walaupun dia masih belum tahu bagaimana untuk buka payung berkenaan. Sementara Mizuki bergelut dengan alat tersebut, Daisuke bersembunyi di balik kelas-kelas di tepi tingkat itu. Tinggal Mizuki seorang sahaja yang terdedah sebagai sasaran di koridor itu.

"Umm Kishimoto san? Mana awak pergi?"

Dia menyoal keseorangan, gementar. Apabila tiada sasaran lain dalam pandangan, hantu itu pantas memecut ke arah Mizuki seperti haiwan buas.

"JANGAN LA TINGGAL SAYA SORANG-SORANG SINI!!!"

Sementara itu, di luar ruangan gelap tersebut, orang ramai tadi hanya nampak budak kerasukan itu berlari kemarahan ke hujung koridor seolah-olah lupa akan pelajar yang cuba diserangnya tadi. Mereka tak boleh nampak Daisuke atau tubuh aneh Mizuki yang baru tiba di tingkat itu. Namun hasil daripada itu, pelajar yang hampir diserang tadi berjaya menyelamatkan diri. Namun, melihat pelajar kerasukan itu berlari tak tentu hala dalam keadaan itu menaikkan kerisauan guru-guru di situ, risau dia mencederakan orang lain atau dirinya sendiri. Seorang guru mengarahkan pelajar lelaki tadi untuk mengejar dia.

Berbalik ke dalam ruangan gelap itu, sedang hantu itu sudah separuh jalan menghampiri Mizuki, Daisuke menyerang hendap dari kanannya, menyiku mukanya dan menghentamnya ke tingkap di sebelah kiri. Impak serangan itu memecahkan tingkap serta melubangkan dinding di situ.

"Baiklah! Rasukan ni masih baru"

Daisuke lega melihat tubuh yang dihentamnya.

"N-nanti dulu Kishimoto san!?"

Mizuki agak bimbang melihat tindakan Daisuke.

"Jangan risau, tengok"

Daisuke menuding kearah garisan yang terapung, bagaikan benang yang dipintal dari cahaya, jutaan jejarum cahaya, hubungan ZB. Ianya datang dari belakang tubuh perempuan kerasukan itu dan apabila dijejaki, bersambung dengan sebuah bebola di tengah-tengah koridor beberapa meter ke belakang. Objek misteri itu terapung atas lantai.

Dari luar, kedudukan bebola itu adalah di mana budak perempuan tersebut terjatuh, terbaring di atas lantai. Adegan yang menghairankan orang lain yang melihat, sedang dia berlari tak tentu hala tiba-tiba tersadung jatuh ke lantai. Lokasi dinding dan tingkap yang dimusnahkan Daisuke juga tiada apa-apa perubahan di dunia luar.

"budak tu selamat, Kyokan atau 'Ruang Khayalan' ni mengasingkan alam fizikal dan ghaib, mencipta satu ruang sementara di antara kedua-duanya. Macam ni, aku boleh lawan pelesit tu tanpa mencederakan sesia-"

sedang Daisuke menerangkan prinsip itu, pelesit tersebut membalas serangan, menampar pemuda itu terpelanting masuk ke kelas-kelas di sebelah kanannya, menghancurkan meja dan kerusi yang ada.

Kini Mizuki baru nampak rupa sebenar hantu pelesit tersebut, tubuh langsing hitam tanpa apa-apa bentuk muka selain dari sinar merah matanya. Gadis yang disiku tadi masih terperangkap di dinding yang dipecahkan Daisuke. Namun yang berdiri di hadapannya ini adalah kepulan hitam yang menyerupai manusia, hampir-hampir meniru bentuk badan gadis tadi namun disitu sahaja persamaannya, sekadar bentuk semata-mata. Ia tidak menghiraukan Mizuki dan terus menyerang Daisuke, mengaum dan mendesis di samping setiap libasan seperti haiwan buas, memberi amaran kepada Daisuke untuk menjauhinya.

"Oi oi mana adab? Tak nampak ke aku tengah sembang tadi?"

Pemuda itu tertawa lalu bangkit menyapu runtuhan dinding dan kayu dari bahunya. Dia mencipta dua bilah parang dari ZB dan bersedia untuk bertempur. Pelesit itu serta merta menerpa ke arahnya, cuba untuk menggigit dan menakut-nakutkan dia namun jejaka itu takkan mundur tanpa bertarung.

Sementara mereka berdua sibuk berlawan, Mizuki hanya memerhati dari tepi. Dia menganalisa cara Daisuke membentuk parangnya dari ZB dan turut cuba memahami dan meniru proses tersebut.

'macam mana dia buat? Mungkin... kalau aku pun cuba bentuk Reichitsu aku...'

Dia khusyuk mempelajari teknik tersebut, lalu teringat kata-kata Daisuke

(Itu yang kau fikir, itulah mereka)

(Bentuk ni je yang Reichitsu kau kenal)

(..Bina semula..)

(..Ingat balik..)

(.. Bayangkan..)

Seiring dengan imbauan dia terhadap ajaran Daisuke yang lalu, tangan kudung gadis itu pun mula menjelma ke bentuk yang berbeza-beza. ZB Mizuki juga menurut fikirannya, bagaikan ekor api yang meregang dan melilit keliling tangannya, mengalir dan berhimpun di telapak tangan. Seiring dengan perubahan tangannya, dia juga cuba menggerakkan jarinya yang masih tidak wujud untuk membentuk gaya memenggal, bagaikan tangannya sendiri adalah parang tersebut. Dia membayangkan perasaan tersebut sejelas mungkin.

Daisuke yang masih bergelut dengan pelesit tadi bertanyakan perkembangan Mizuki

"Macam mana Mizuki kun, kau dah tahu cara guna payung tu?" Benda ni dah fikir nak lari ni-"

Pelesit itu semakin cedera dan berundur setiap kali hayunan parang Daisuke menghinggap badannya.

"Jangan risau Kishimoto san, saya dah tahu macam mana!"

Ujar Mizuki bersemangat. Daisuke pun nampak apa yang cuba dibuatnya

"Oi jangan gopoh sangat-"

Melihat Daisuke terganggu, pelesit itu mengambil kesempatan untuk lari dari situ, mengelak kepungan Daisuke dan menuju ke jalan keluar paling dekat, ke arah Mizuki di mana dia berkata dengan yakin

"Tak apa, serahkan pada saya!"

"Tak! Mizuki lari!"

Tegah Daisuke, namun sudah terlambat. Pelesit berkenaan sudah terlalu dekat dengan Mizuki serta terlalu terdesak. Apabila Mizuki mendedahkan senjata barunya, bukanlah payung yang diberikan Daisuke tadi tetapi parang buatannya sendiri yang kurang sempurna bentuknya, pergelangan tangannya bertukar dan sebati menjadi parang tersebut.

'asalkan aku ada bahagian yang tajam, boleh buat jadi senjata. Macam ni pun dah cukup'

Fikirnya tadi setelah dia menyiapkan parang tersebut. Namun gerakan Mizuki yang terlalu amatur tak mampu menandingi naluri liar pelesit tersebut, walaupun tak sempat elak serangan Mizuki sepenuhnya ia masih cukup pantas untuk menepis tangan Mizuki dengan cakarnya. Tindak balas pelesit itu mengoyak rabak lengan baru Mizuki dari pergelangan tangan hingga ke bahunya. Sesuatu yang tidak lari dari jangkaannya, namun apa yang tidak dijangka adalah kesakitan yang menuruti serangan tersebut. Serang balas yang dirancangnya patah kerana kesakitan perit yang dialaminya itu bukan sesuatu yang dia pertimbangkan dalam perancangannya.

( "Lagipun kalau apa-apa jadi pada kau dalam bentuk ni, tubuh sebenar kau takkan diapa-apakan" )

Kata-kata Daisuke tadi bergema dalam kepalanya. Namun kenyataan itu tidak sepadan dengan keperitannya sekarang, sakit yang terasa bagai tangan sebenarnya dicabut keluar secara paksa dari bahunya, urat demi urat, dari tisu hingga ke tulang, buat seketika itulah apa yang dia nampak dalam trauma bayangannya.

"AAAARRRRGGHHHHHHHHH!!!!!!"

Mizuki meraung kesakitan. Jatuh terngadah.

Bukan itu sahaja, kerana dia masih dalam bentuk ZB nya, dia juga turut jatuh menembusi lantai tingkat tersebut. Melihat kejadian itu, Daisuke terus memecut, menangkap Mizuki tika dia sedang ditelan lantai konkrit. Buat sejenak, semua yang berada di tingkat sama terdengar raungan kuat Mizuki itu namun tidak sempat menjejak sumber suara itu selepas dia tenggelam ke tingkat bawah.

Sedang mereka berdua jatuh menembusi lantai tingkat tersebut, Daisuke ternampak pelesit tadi sedang menuruni tangga di dalam tubuh pelajar rasukannya.

'cuba nak lengkapkan rasukan kau ye? Jangan harap!'

Sebelum sempat graviti menarik tubuhnya melepasi tingkat tersebut, dalam jangka masa sesaat itu, Daisuke melontar lembing ZB menusuk pelesit itu dan menolaknya keluar dari badan mangsanya, bahkan momentum lembing itu turut menolak pelesit itu keluar dari bangunan tersebut melalui dinding tangga berhampiran. Sebaik sahaja dia melepasi tingkat seterusnya, tubuh Mizuki sudah kembali sepenuhnya ke jasad fizikal lalu Daisuke mengambil keputusan untuk melompat keluar dari bangunan itu melalui tingkap yang terdekat. Salutan ZB di tangan pemuda itu menekap mulut Mizuki supaya teriakan nyaringnya tidak didengari oleh sesiapa dalam perjalanan keluar dari situ. Dalam tempoh 3 saat, Daisuke, Mizuki dan pelesit itu sudah berada di luar bangunan sekolah.

Di luar, tangisan Mizuki masih belum reda disebabkan sakit yang masih segar dalam ingatannya meskipun tubuhnya sudah kembali ke bentuk fizikal dan jasadnya tiada apa-apa kecederaan. Bayangan kecederaan tadi masih mengejutkan gadis itu, dia masih terbayang-bayang pengalaman ngeri yang dialaminya tadi. Gentar yang melampau itu menyebabkan badannya berpeluh lebih dari biasa, bahkan degupan jantungnya yang kencang juga dapat dirasai Daisuke yang menggalas tubuh lemahnya. Mengeluarkan gadis tak bermaya tersebut dari bangunan sekolah dan mendarat di kawasan hutan semak berhampiran.

"Hah... kan aku dah cakap..."

Pemuda itu memandangnya kesian, kejutan daripada sakit yang melampau itu langsung membuat Mizuki pengsan. Dia kemudian menyorot pandangan ke arah hutan di belakang sekolah, ada kelibat yang bergerak terhinjut-hinjut agak jauh dari situ. Pelesit yang digagalkan serangannya sebentar tadi, ia kini sudah berputus asa mencari mangsa dan hanya berusaha melarikan diri.

"Kau hanya cuba cari makanan mudah..."

Dia mengeluarkan botol kaca, botol yang cukup kecil boleh muat dalam satu tangannya. Manakala, tangannya sebelah lain memegang sebilah pisau.

"malang sekali, kau bertembung dengan aku..."