webnovel

Liang Ruh

Aku... dekat mana ni?" Mizuki terjaga di sebuah ruang lapang, dunia tanpa sebarang bentuk atau dimensi. Yang mengelilinginya hanyalah putih kekosongan, tiada apa - apa yang boleh dilihat sejauh mata memandang. Tiada apa - apa melainkan bintik - bintik yang timbul apabila lebih lama diperhatikan. Mereka datang dalam pelbagai warna, kepadatan dan saiz. Terapung, tergantung di tengah - tengah ruang, perlahan - lahan bergerak seolah ditiup angin sepoi yang tak wujud. Spora - spora aneh itu kini memenuhi ruang kosong ini, terapung sejauh mata memandang.

"Selamat datang ke Liang Ruh atau lebih dikenali sebagai 'dalam hati' atau orang - orang Joushion sini panggil Rei Kan" jejaka itu menyapa.

"Aku...."

dia terhenti sekejap, teragak - agak

"..Daisuke. Kishimoto Daisuke "

Terukir senyuman di bibirnya selepas pengenalan diri tersebut. Dia memandang kearah Mizuki seperti dia menunggu sebarang reaksi. Gadis itu pun kurang pasti bagaimana hendak respon. Situasi ini semua terlalu aneh, terlalu banyak tanda tanya dalam kepalanya, dari mana nak mula pun tahu. Namun keadaan agak ragu - ragu

"Umm ya, aku..-"

Dia pun hampir terikut rentak pemuda aneh itu tapi cepat - cepat dia ubah fikiran

"TAK! Pengenalan apa macam ni?! Pakailah baju dulu!!" Dalam banyak - banyak persoalan lain di fikirannya yang sedang celaru, soalan ini yang terutama buat masa sekarang. Memang dia pun tak boleh berbual kalau dia perlu mengelak daripada melihat tubuh lelaki itu yang sangat terdedah.

Apa maksud awak? Kalau bercakap tentang pemakaian..."

Telunjuknya mengarah ke Mizuki

"bukankah awak patut cermin diri dulu?"

Soalan Mizuki dituju kembali kearahnya.

"Kalau dalam kes awak ni bukan setakat tak berpakaian dah"

Mizuki gasped? Tumpuan Mizuki beralih ke tubuhnya sendiri. Di mana tangan, kaki, pinggul, seluruh tubuhnya patut berada, kini hanya tinggal bayangan. Apabila diteliti, badannya sudah tidak wujud. Tangan halus gadis itu kini terganti dengan kepulan kabus yang berwarna warni. Kepulan itu terbentuk seperti anggota asalnya namun selain dari itu jauh sekali bezanya, begitu jugalah seluruh tubuhnya. Kaki, leher, peha dan bahunya semua sudah tiada, pemandangan itu menyebabkan dia tiba - tiba berasa tidak seimbang kerana hilang kawalan terhadap tubuhnya sendiri. Seperti orang yang dipaksa bernafas dalam keadaan sedar, Mizuki cuba untuk mengawal keutuhan tubuhnya tetapi gagal.

"DAH HILANG!!!"

Mizuki mula akui kegawatan yang dilaluinya.

"MACAM MANA??"

Kelam - kabut dia cuba memahami situasinya

"Macam mana boleh jadi begini-?! Seingat aku... sebelum ni aku-"

Terhenti fikirannya seketika, ingatannya kembali

"Aku... ditikam.."

Adegan ngeri kembali bermain di fikirannya

"Kalau macam tu... Sudah... Adakah aku..?"

Kronologi trajedi tersebut kembali pulih, namun masih sukar baginya untuk terima kenyataan. Dirinya yang hanya wap berbentuk manusia sekarang, tiada sebarang wajah untuk zahirkan perasaannya.

"Adakah ini...?"

Berlinang air mata khayalannya.

"Kematian.."

Jasad tanpa mimik muka itu mula menangis tatkala realiti memukulnya.

"Tapi itu tak mungkin... aku belum.. masih belum-"

Terputus ayatnya, sebak dengan kenyataan barunya.

"*keluh* Dah tak boleh halang dia sekarang... Baik aku biar saja dia"

Daisuke bercakap kepada dirinya sedang Mizuki menangis sepuas hatinya.

Selepas sejam Mizuki puas melepaskan hibanya kerana menyangka dia sudah mati, Daisuke datang untuk menjelaskan situasi sebenar

"Kau belum meninggal lagi, tapi itu mungkin jadi kenyataan kalau kau tak kawal ZB kau sekarang"

Dalam masih berbaki tangisannya, Mizuki menyoal

"ZB?" keliru.

Daisuke menerangkan,

"Zarah Batin, dalam erti kata lain jiwa atau tenaga hayat kau. Aku taknak ulas panjang untuk sekarang, sekarang kita cuma perlukan kau untuk kawal gerbang jiwa kau memandangkan ini kali pertama kau nenjelma dalam Bentuk ZB, semalam"

Kata - kata dia mengingatkan Mizuki

"semalam? ..Awak?! Awaklah yang tikam saya semalam!"

Tak mampu nak balas tuduhan itu, dia cuba untuk mengalih perhatian Mizuki

"Macam yang aku cakap, aku nak tolong kau kawal ZB kau. Badan kau tak apa - apa!"

Mizuki was was

"Kenapa saya patut percayakan awak?! Macam tulah saya kena serang semalam... oleh awak!!"

Pemuda itu cuba memujuk

"Tapi bila kau fikir balik, kalau aku punca kau dekat sini, aku jugalah yang boleh bawa kau keluar dari sini, kan?"

Mizuki agak keliru tapi tetap melawan hujahnya

"Itu tak buat saya kurang waspada dengan awak, lagi mencurigakan adalah!"

Daisuke mengeluh

"Memang aku nak terangkan semuanya pada kau tapi sekarang kau tak ada masa untuk tu, baik aku-"

Namun Mizuki menentang

"Takpa saya nak dengar. Tolong jelaskan segalanya"

Daisuke hanya membalas dengan menghalakan telunjuknya ke arah belakang gadis itu. Mizuki menoleh dan mendapati kakinya tertinggal di belakang, tercabut dari badan utamanya, sejurus itu bahagian itu pun terpisah dari dalam, bentuk tubuhnya yang sudahpun tak stabil kini makin bercerai - berai di setiap saat. Mizuki mula khuatir apabila dia kini tinggal separuh dari bentuk asalnya, mungkin ada benarnya kata lelaki itu. Tambahan pula, dalam ruangan kosong ini memang hanya ada dia dan pemuda itu sahaja, dia tiada pilihan lain untuk dapatkan maklumat.

"B-baiklah - baiklah! Katalah saya percayakan awak, apa patut saya buat???"

Seringai menghiasi wajah jejaka itu

"Hukum pertama ZB: ZB takkan lupa"

Dia mula mengajar

"Itu prinsip utama yang mengekalkan bentuk kau sekarang. ZB atau kalau orang Joushio panggil Reichitsu, adalah bahan asas jiwa kau, mereka ni juga boleh menyimpan memori. Kau bayangkan mereka ni macam DNA bagi jiwa kau. Dalam bentuk manusia kau, mereka inilah sistem saraf yang bersambung hingga ke otak kau. Sebab tu kau masih ingat kejadian semalam, dan diri kau"

Hampir tidak percaya, menyoal

"Otak.. aku..?"

"Ya betul, dalam keadaan ni pun otak kau masih berfungsi, dan ia masih mengawal ZB kau sama ada kau sedar atau separa sedar"

Mizuki hanya mampu mengangguk, cuba untuk memahami ilmu yang disampaikan, namun dalam bentuknya yang tiada mimik muka itupun memang ketara sekali dia tak faham satu apa pun ajaran Daisuke tadi. Walaupun dia hanyalah segugus awan berwarna warni sekarang, itu sangat ketara bagi Daisuke. Selepas menggumam panjang dan sedikit mengangguk, gadis itu memberitahu

"Okey, faham!"

"Tak, aku tak rasa kau faham... Tapi takpe kita teruskan saja"

Daisuke membalas.

"Hmm ini mungkin terlalu banyak maklumat bagi kau, buat masa sekarang cukup bagi kau ingat balik pengalaman kau membentuk semula tubuh kau, dengan tu kau boleh seru ZB kau berkumpul balik"

Selamba dia menjelaskan. Mizuki pun tanpa berfikir panjang hanya bersetuju

"O-ouh.. saya hanya perlu ingat balik ye? Ingat balik... Senang saja tu"

Dia pun terpengaruh dengan gaya Daisuke yang menganggap semua itu mudah.

"Ya, ingat balik ja. Baik, sedia, MULA!!"

terbawa - bawa dengan rentak pemuda itu, Mizuki pun menurut dengan laungan

"MULAAAAA!!!"

Daisuke turut menyambut

"AYUUUHHHHH!!"

Disahut Mizuki pula

"YUUUUUUHHHHHH!!"

Sambil berusaha mengingat semula apa yang dia patut buat sebenarnya. Dia fikir semula pasal arahan yang diberikan Daisuke tadi

"Uuuhh... Tunggu dulu.. membentuk semula tubuh aku... Aku tak pernah ada pengalaman macam tu! Pengalaman jenis apa macam tu?!!"

Daisuke memberi komen

"Bagus soalan tu!"

Mizuki membalas, agak jengkel

"Bukan tu yang aku nak dengar! Tolonglah aku!"

"Malangnya itu kau kena fikir sendiri"

Jawab Daisuke meskipun Mizuki kurang berpuas hati dengan jawapan tersebut

"Apa pula? Bukankah kau yang beria sangat nak tolong aku tadi?!"

"Baik baik, ianya tak semudah itu. Setiap orang ada pandangan sendiri tentang dunia sekeliling mereka. Aku boleh ajar kau bayangan minda aku tapi tak semestinya ia sepadan dengan gaya fikir kau"

Mizuki tertekan

"Jadi semua ni hanya-"

Namun ayatnya dipotong pemuda itu

"NAMUN, aku boleh bagi kau petunjuk, ini pandangan aku sendiri dan mungkin tak sesuai dengan jawapan kau untuk masalah ni, tapi sekurang - kurangnya kau boleh mula dari sini"

Jawapan itu sedikit sebanyak menenangkan semula gadis yang semakin terdesak itu

"Aduh... cakaplah awal - awal..."

Daisuke tertawa kecil dengan reaksi dia sebelum meneruskan

"Kenangan hidup kau, yang buat kau rasa selamat. Waktu yang kau rasa paling tenang, terlindung. ZB kau akan jadi apa yang kau fikirkan, kalau kau boleh bayangkan sesuatu macam tu, mungkin ia boleh bangkitkan semula pengalaman yang serupa dan sekaligus mengarahkan ZB kau yang berkeliaran merata - rata ni untuk berkumpul semula"

Dia menumpukan sepenuh perhatian, menelusuri setiap pelosok memori hayatnya untuk mencari apa yang digambarkan Daisuke

'rasa... selamat..'

Dia berfikir tentang kata itu

'rasa tenang..'

Sekilas dia secara tak sedar terbayang sesuatu yang berlawanan dengan itu sebagai titik rujukan.

Terus bergegar seluruh Liang Ruh itu, semacam gempa di langit. Daisuke mula kurang senang, dia memberi amaran

"Hati - hati sikit dalam mencari tu, jangan sampai kau bayang semula pengalaman yang kurang menyenangkan dalam ruangan ni"

Namun semakin dia tumpukan, semakin asing konsep yang dikejarnya itu, bagaikan dua kutub magnet yang mengelak sesama sendiri. Semakin menjadi - jadi gegaran yang menggoncang Liang Ruhnya itu hasil kegusaran fikiran Mizuki sekarang.

'Ada sesuatu di dalam ni... Ianya semakin kuat'

Daisuke mengesan, seakan - akan benda itu bertindak balas terhadap kemusnahan yang sedang berlaku

'kalau berterusan macam ni, kami berdua akan terbunuh. Aku harus balikkan fikiran dia... Tapi macam mana?'

Daisuke melihat Mizuki yang sekarang hanya tinggal seperempat dari jisim asalnya tadi.

'Baik aku cuba'

Walaupun kedua mereka berisiko dalam situasi berkenaan, Daisuke cuba mengalih semula fikiran Mizuki dari luar

"Tak apa Mizuki chan, semuanya akan kembali pulih"

Bisik Daisuke dekat Mizuki, dalam nada yang sangat tenang, nada yang paling tenang pernah dia gunakan terhadap Mizuki. Tenang nada itu seolah - olah bersifat keibuan, kewanitaan, suaranya berubah.

Langsung berubah bentuk Mizuki yang semakin bercerai tadi. Kata - kata Daisuke itu mencetuskan sebahagian memorinya yang sudah dilupakan Mizuki sebelumnya. Bentuknya yang di ambang kemusnahan berhenti berpisah, kemudian perlahan - lahan bergerak semula,

'suara ni... di mana aku pernah..'

Tiba - tiba bayangan lain memenuhi fikiran Mizuki, kenangan yang menenangkan, perasaan seperti didakap. Bau yang dikenalinya, suara yang dikenalinya, sentuhan yang sangat dikenali. Dakapan seorang ibu.

'perasaan ni... pernahkah aku ada kenangan macam ni.. bila...?'

Kenangan yang sangat dikenalinya namun terasing bagi otaknya

'aku tak ingat bila tapi... Ianya menyenangkan...'

ZB Mizuki yang berkeliaran di dalam Liang Ruh itu kini mula terapung semula ke arahnya dalam satu pusaran. Menyahut seruannya, tuan punya badan. Bagaikan masa berputar ke belakang, setiap cebisan Mizuki kembali ke tempat asal di tubuhnya, pulang ke rumah. Daisuke yang hanya memerhati fenomena itu mula bertenang semula, terjatuh terduduk di ruang bayangan itu

"Huh.. leganya.."

Perlahan - lahan Mizuki 'membuka matanya', seperti baru bangun dari tidur yang nyenyak

'aku... berjaya lakukannya ke...?'

Dia memeriksa sekelilingnya, masih putih kekosongan yang sama. Hampir sama.

"Salji berwarna - warni itu... dah hilang.."

Daisuke menyambut kepulangannya

"Selamat pulang, kau buat dengan baik"

Kurang faham dengan kata pemuda itu, namun dia tetap berasa senang dengannya. Tanpa dia sedar berasa agak gembira.

"Dari sini aku boleh tolong kau, tahniah atas bentuk ZB pertama kau"

Dia meletakkan tangannya di atas Mizuki.

"Dan semoga berjaya"

Semakin keliru Mizuki dibuatnya. Namun belum sempat dia berfikir panjang tentang kata - kata itu, kesedarannya lesap sekelip mata.

Sekarang hanya tinggal Daisuke dalam Liang Ruh Mizuki, ajaibnya tempat itu masih wujud tanpa kehadiran gadis itu. Daisuke berkata seorang diri

"Baiklah, baiklah, aku pergi sekarang. Haih"

Seolah - olah bercakap dengan seseorang.. atau sesuatu. Jauh di sempadan ruangan itu, suatu kelibat dilihat mula lesap dari pandangan.

Mizuki terjaga di Dunia Fizikal, di dalam biliknya sendiri. Pun begitu, matanya kini berbeza dari mata asalnya, dunia dia kini lebih 'meriah' berbanding kehidupan sebelumnya, dia mula nampak bermacam - macam jenis hidupan yang tak dapat dibayangnya sebelum ini. Dia dapat lihat intipati kehidupan dalam setiap manusia yang melintas di luar, di dalam setiap rumah. Bukan itu sahaja, di sekeliling mereka ada sesuatu yang terbang, merangkak, memanjat, menjalar, melompat, mengapung, hantu dan puaka berbagai rupa. Kini baru dia sedar, hidupnya sudah berubah.