webnovel

cinta dia ? tak nak la !

"lelaki bersut , tak semestinya hebat . Lelaki yang berstatus tinggi , tak semestinya serasi dengan kita . " Alif " well ... pada saya , lelaki bersut memang lelaki yang hebat . Ter....hebat ! serasi atau tidak , bukan awak yang tentukanya . " Lisya Bagi Alif , Lisya merupakan seorang perempuan yang sombong dan berlagak .Dan prinsip mencari pasangan hidup gadis itu benar - benar menghairankannya . Tak habis - habis dengan lelaki bersut . Namun , dia tetap suka mendampingi dan melindungi Lisya .Entah kenapa bila melihat Lisya , hatinya berasa tenang dan jantunya berdegup deras .

dniaa_hq · 青春言情
分數不夠
2 Chs

chapter 1

Lisya mengeluh , geram sangat - sangat bila terpaksa datang dalam kecemasan begini .

" sia-sia saja bagi gaji, kerja nak memonteng aje!" getusya geram bila orang yang dipertanggungjawabkan menjaga butik tiba-tiba bagi pesanan terpaksa cuti mengejut.

Mengejut ! tau tak yang dia cukup tak suka perkataan tu? Dia pula yang "mengejut" untuk bergegas ke butik. Ah, geramnya !

sepanjang perjalanan tak henti-henti dia mengeluh. Rasa bengang betul! Sudahlah dia cuma ada seorang pekerja. Yang seorang itu pulalah yang tak boleh diharap! Dalam sebulan,entah berapa kalilah nak memonteng kerja . Macam-macam alasan ada .Pening kepalalah, demam, emak sakit, ayah sakit. Nenek... nenek pun sakit ?

Argh! Memang betullah budak perempuan tu ! Tak boleh tengok dia senang di hujung minggu. Ingatkan, dapatlah dia bermalasan hari ini memandang kan semalam dia tidur lewat. Dia bukannya macam orang lain yang berkerja dari sembilan pagi hingga lima petang. Isnin hingga Jumaat dia bekerja tak kira masa. Bila idea baru datang , dia akan bekerja dua puluh empat jam.Pernah dia tidak tidur semalaman. Kerjanya, mereka dan menjahit pakaian untuk butiknya. Oleh sebab itu, dia memerlukan orang menjaga butiknya. Kalau semua dia nak buat matilah!

Lisya mengunci kereta dan mengemaskan diri sebaik saja keluar dari perut kereta . Dia memerhatikan dirinya untuk seketika sebelum melangkah dengan penuh bergaya. Biar selewat mana pun dia, dia takkan bergerak macam orang lari tak cukup tanah nampak hantu. Baginya, berjalan dengan teratur, kemas dan bergaya itu sangat penting. Penting! itu permulaan seseorang menilai peribadi kita.

Saat dia mengatur langkah, dia perasan ada seseorang yang turut sama bergerak di belakangnya. Mulanya dia tak hiraukan orang itu, tapi bila orang itu bersiul dan asyik mengekorinya, dia jadi curiga. Siapa pula ni? Cepat saja dia menoleh, memandang ke belakang. Kelihatan seorang lelaki yang terus menunduk lalu mengikat tali kasut.

Lisya mendengus, Konon-konon ikat tali kasut?hm.... Klise! Konon buat-buat macam tak mengekorinya dan tak nak tunjuk muka. Ni mesti orang jahat! Entah - entah ?