orkid mendail berkali-kali nombor telefon cempaka sehingga lenguh tangannya. dia tidak boleh masuk dalam kawasan perumahan yang diduduki cempaka tanpa bantuan dari tuan punya villa. pengawal keselamatan disini teramat tegas.
ikman memandu keluar hummernya. kecewa kerana ikran dan cempaka tiada di rumah. melepas nak sarapan bersama. makanya dia membuat rancangan untuk sarapan pagi di luar. sewaktu melintas pondok pengawal,dia melihat audi biru yang sangat dikenalinya. orkid. adik cempaka. keluarga bunga. hummernya diberhentikan di bahu jalan.
orkid yang membebel marahkan cempaka terkejut apabila cermin keretanya diketuk.
ikman membuat isyarat suruh orld menurunkan cermin kereta.
" kenapa?" tanya ikman dengan senyum manisnya. gigi taringnya kelihatan jelas apabila dia tersenyum nampak gigi.
" call abang ik dengan kak cempaka tak dapat." maklum orkid menunjukkan telefonnya di mata ikman.
" la... diorang pergi honeymoon.."
" heh...honeymoon.. dah tu apa function kak cempaka suruh saya hantar benda ni.." bebel otkid menunjukkan beg di tangannya. melengking juga suaranya. geram bebeno dengan peel cempaka.
ikman menggaru kepalanya yang tak gatal. sekurangnya ada lah jugak teman dia nak ngajak ngeteh.
" ked... jom.. sarapan.." ajak ikman dengan muka tak tahu malunya.
" naik kereta kau.."setuju orkid. janji karat betullah cempaka ni.
cempaka masih berbungkus selimut tebal lagi diatas katil. telefonnya yang berbunyi sedari tadi tidak diperdulikan. badannya benar-benar keletihan.
ikran menghisap rokok sambil menanti kedatangan nazim menghantar barangan dapur dan pakaiannya serta cempaka. dia duduk di sofa merenung jauh kepada cempaka yang masih terlena keletihan.
nazim membunyikan honnya. isyarat untuk ikran. kutlah big boss dengan lady boss sedang sibuk. dia taknaklah jadi tukang kacau daun.
ikran bangkit membetulkan tali bathrobe-nya. dadanya yang terdedah ditutup. malu.
" selamat pagi nak ke tengah hari tuan.." sapa nazim saat wajah ikran terpacul di muka pintu homestay. nadanya kedengaran agak nakal.
" ermm.. " seperti biasalah ikran. ermm sahajalah.
" ni semua barang yang tuan minta.. cuba tengok. cukup tak?"nazim menyerahkan bungkusan plastik dan beg kertas berisi barang keperluan cempaka dan ikran.
" takpe.. " ikran mengambil baramg-barang itu semua.
" tuan.. saya minta diri dulu lah.." nazim minta diri. dia membuka pintu keretanya untuk berlalu namun memandang ikran kembali.
" tuan.. kereta puan dah ada dekat villa." maklum nazim.
" okey esok puan akan tengok.."
nazim terus berlalu. kadang-kadang dia merasakan bercakap dengan ikran seperti bercakap dengan tiang. tiada emosi. macam mana agaknya ikran melayan lady boss dengan muka tiangnya itu.
cempaka membuka matanya apabila merasakan sesuatu yang hangat menyapa wajahnya. arggghhh... ikran tak cukup lagi ke? bisik cempaka pada dirinya sendiri. pelik sungguh dia.. kuat betul stamina suaminya.. sepanjang malam masih lagi bertenaga. sedangkan dia, nak bangun pun sudah tak larat. rasa tubuhnya betul-betul seperti terapung di awangan. kosong.
" bangun.. mandi makan.." bisik ikran di telinga cempaka.
cempaka membuka matanya sedikit.
" sarapan?" tanya cempaka kecil sahaja matanya terbuka.
" lunch hour.. breakfast kan sudah.." jaab ikran menepuk-nepuk punggung cempaka menyuruh bangun.
" ermmm... penatla... "
ikran senyum mendengar suara manja cempaka itu.
" cepat bangun.. " paksa ikran menarik selimut yang menutupi tubuh tidak berpakaian cempaka.
" tuala.." pinta cempaka menahan selimutnya. walau sudah berkali-kali disentuh ikran dan sepanjang malam ikran melihatnya tanpa seurat benang,cempaka masih terasa malu.
Ikran mengambil tuala didalam almari. diserahkan kepada cempaka.
" mandi.. barang awak semua ada dalam beg kertas tu.." ikran menunjuk beg kertas berisi pakaian cempaka yang dibawa nazim tadi. didalamnya lengkap barangan perempuan. tah siapa yang nazim suruh belikan.. ikran pun tak pasti.
cempaka memandang beg kertas yang ditunjuk ikran dengan wajah blur.
" sorry.. abang tak tahu awak punya barang keperluan. abang hanya pesan dekat nazim untuk belikan apa yang patut pagi tadi. harap awak sukalah." ikran tidak pandai tentang urusan wanita. pandailah nazim mendapatkan segalanya.
cempaka mengangguk.terharu cempaka dapat melihat sisi romantis ikran. walau tidak ditunjukkan dengan nyata namun inilah ikran seadanya. cempaka jatuh cinta lagi. rasanya dah berkali-kali dia jatuh cinta dekat ikran ni.