webnovel

serang si perampas yang merampas.

setelah dua hari bersama-sama memadu asmara tanpa gangguan,akhirnya ikran dan cempaka check out dari hotel xxx. kedua-dua pasangan itu keluar dari hotel xxx berpegangan tangan mesra. setiap pekerja hotel yang melihat pasangan suami isteri itu pasti akan tunduk hormat.

" abang.. balik ni.. abang terus ke pejabat?" tanya cempaka sambil membuka pintu kereta.

ikran mengangguk. ada beberapa urusan lagi yang perlu diselesainya. dua hari bercuti pasti mejanya penuh dengan fail dan dokumen yang perlu ditelitinya.

" balik tak malam ni?" tanya cempaka lagi sambil mengenakan seat belt. jangan haraplah ikran nak beromantika de armour nak tolong buka pintu untuknya,nak ikatkan seat belt. dalam mimpi lah ye.. ikran akan romantis memanggilnya sayang apabila tengah tut sahaja. so cempaka sudah terbiasa.

" balik.. lewat sikit.. awak tidur dulu.. jangan tunggu.."

cempaka angguk. telefon dari dalam beg tangannya dikeluarkan. aplikasi facebook dibuka. satu persatu Status orang dibaca dan di-like. ikran yang sudah mula memandu keluar dari parking hotel xxx tidak diperduli.

" abang.. cerita tentang abang check in dengan perempuan dekat hotel dah tiada." maklum cempaka dengan ketawanya.

ikran senyum sinis. pasti kerja nazim yang menyelesaikan bagi pihaknya.

" agaknya wartawan ni dah takde kerja kut.. sampai cerita mengarut macam tu pun boleh keluar.."gumam cempaka menutup telefonnya.

perhatiannya ditumpukan kepada ikran pula.

ada sesuatu yang ingin ditanya kepada ikran.

" abang dengan al fateh kawan ke dulu?" tanya cempaka berhati-hati.

ikran angguk. berkawan jugalah namun tak rapat.

" abang bencikan dia?" tanya cempaka lagi.

" selagi dia tak sentuh hak abang.. takde sebab abang nak benci dia.." itulah kebenarannya.

" ermm.. abang sayang kat saya tak?" soalan perangkap untuk ikran.

ikran senyum.

" hmm..." jawapan sebenarnya biarlah rahsia.

cempaka senyum. sekurang-kurangnya ada tindak balas daripada ikran.

" abang.. nanti abang masuk pejabat.. saya akan email-kan abang sesuatu.. ermm.. abang tengok dulu,baca.. if abang setuju..abang call saya.." cempaka mengambil kesempatan untuk memaklumkan ikran tentang projeknya bersama orkid. mungkin ikran berminat.

" apa tu?" tanya ikran sekadar ingin tahu.

" satu kertas kerja.." hanya itu sahaja yang cempaka mampu ceritakan. detailnya biar ikran baca sendiri.

" okey.."

akhirnya hampir 30 minit memandu,pasangan itu tiba di perkarangan villa. ikran menurunkan cempaka di perkarangan villa sebelum dia berlalu ke pejabat. daripada cermin sisi,ikran dpat melihat cempaka yang melambai. ada senyum sinis di bibirnya.

" boss masuk office?" tanya kiara kepada nazim yang dilihat ke hulu ke hilir membuat pemantauan penurunan harga saham witty group.

" on the way.." nazim mengiyakan sambil menyerahkan jadual-jadual ikran kepada kiara dan dokumen penting untuk ikran teliti selepas ini.

" hari ni kiranya boss free lah.." tanya kiara sambil menyelak helaian demi helaian jadual ikran.

" iya bah.. boss taknak jumpa sesiapa.. baik kau sediakan air boss sekarang.. anytime je orang tua tu datang.." suruh nazim sambil berjalan ke arah lift. dia mahu menyambut kedatangan ikran di lobi utama. banyak perkara yang perlu di update-nya.

" ku man.. big boss nak jumpa ku man dalam tempoh 1 jam daripada sekarang.." maklum setiausaha ikwan di interkom.

ikman yang sedang berbincang dengan ikwan memandang kosong interkomnya.

" ku wan.. big boss nak jumpa ku wan sekarang.." lagi sekali interkom ikwan berbunyi.

ikwan mengeluh.

" macam mana dia tahu aku ada dekat sini?" gumam ikwan dengan malas bangkit dari duduknya.

" ku man.. big boss cakap nak jumpa sekalilah.." lagi sekali suara mila berkumandang.

ikwan dan ikman berbalas pandang.

" abang kau la ni.. tak boleh tengok orang senang.." rungut ikwan berjalan ke arah pintu diikuti oleh ikman.

pasukan ikman sedang tekun menyelesaikan tugas masing-masing. ikman memandang meja setiausahanya.

" hmm.. kenapa tak cakap kami takde.." sempat lagi ikman memarahi setiausahanya dalam nada bergurau.

" saya tak berani.." akui mila. siapa yang tidak takut dengan bos besar? mahu dia turun dari takthanya dan serang level mereka. dia masih sayangkan lagi kerjanya.

" ni.. baca.." arah ikran menyerahkan beberapa helai surat bercop rasmi daripada peguam syarikat kepada ikman.

" 85% daripada saham witty group sekarang milik tid?" soal ikwan seperti tidak percaya. terkejut. bila masa alongnya selesaikan semua ini. setahu mereka,selama dua hari ikran dan cempaka menghilang. berkurung di kamar vvip hotel xxx. sedar-sedar masuk kembali kerja hari ini,witty group sudah dalam genggaman. hebat tengku ikran syah.

" lusa ada mesyurat ahli lembaga pengarah dan pemegang saham witty group, wan pergi. pilihlah siapa yang wan nak untuk bantu wan.." ikra memberikan arahan seterusnya sambil menyerahkan beberapa dokumen penting kepada ikwan.

" esok haji othman dengan zainal akan ikut sekali." beritahu ikran lagi.

haji othaman dan zainal adalah salah satu peguam syarikat paling berkebolehan. segala urusan berkenaan dengan perjanjian dan undang-undang tid semua berada di bawah merrja. inilah kehebatan ikran. dia mengumpul semua yang terbaik daripada terbaik untuk mencapai cita-citanya.

" baik boss.. " ikwan nak cakap apa lagi. kalau sudah begitu kata abangnya,maka begitulah jadinya.

" man pula.. cuba tengok ni.. pastikan dua company ni hilang dalam masa 1 hari. along taknak tengok lagi nama company ni wujud dalam negara kita." ikran melempar beberapa helai muka surat khabar yang mempamerkan iklan minuman yang mengambil putri sebagai duta. berani company ini melanggar perintahnya.

ikwan mengambil,membaca tajuk sekilas lalu mengangguk.

" tuan.. boleh saya masuk?" pinta kiara di muka pintu.

ikran mengangguk.

kiara menghampiri meja ikrab dan menyerahkan telefon bimbitnya yang memutarkan satu sedutan rakaman video yang dihantar kepadanya oleh seorang teman.

ikran menyambut menekan butang play.

paparan video.

sangat jelas wajah marsya,salah satu model yang menyebabkan cempaka keguguran.

" hi guy.. i buat video ni just nak share tantang keadaan i sekarang yang sedang kehilangan kontrak,kehilangan kerja dan kehilangan segala-galanya kerana i masuk campur dalam urusan hidup orang kaya. i bodoh.. bodoh.. kerana kasihan kawan i yang putus cinta i dan kawan2 serang si perampas yang merampas cinta hati sahabat i.. bakal tunangan kawan i isteri si polan ni. actually kami tak buat apa-apa pun jumpa sound2 je.. but kerana niat baik i membantu kawan i.. i hilang semua. di manakah keadilan? tengku ikran tolonglah buka mata you luas-luas. beze sangat wife you dengan kawan i tu.. putri sangat cantik kalau nak dibandingkan dengan wife yang yoy sanjung tu dan tolonglah stop perdajal periuk nasi kami. kami bukan orang kaya macam you dan tolong stop sebarkan gosip palsu tentang skandal kami. semua orang buat silap."

kemudian marsya menangis. wajahnya penuh tekanan.

" andai apa-apa jadi dekat i dan sahabat i lepasni.. you all tahulah semua ni angkara tengku ikran dan wife nya cik puan cempaka."

tersedu-sedu marsya menangis.

" reputasi i jatuh.. kerjaya i hancur.. apa lagi yang i boleh buat.. matilah..." semakin kuat marsya menangis.

" kami sejujurnya tak tahu pun wife you pregnant.. tetapi.. benda dah terjadi.. i minta maaf sangat-sangat kerana menjadi penyebab kehilangan anak you. tetapi.. kami tak terniat." marsya mengakui kesilapan mereka menjadi penyebab cempaka keguguran.

" cinta itu kan buta.. so kami semua buta kerana cinta sahabat kami.. pleasee tengku.. i rayu.. pleaseee hentikan semua sekatan yang u buat ni.. kalau you nak i merayu.. i sanggup.." marsya merayu sepenuh hatinya. tangannya disatukan meminta ampun."

video berdurasi lebih kurang 4 minit itu akhirnya tamat .

wajah ikran terus bertukar kelam.

" panggil nazim sekarang.." tenang suara ikran memberi arahan,namun air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

kiara mengangguk. cepat-cepat dia mengambil telefonnya. takut dihempas oleh big boss.

ikwan dan ikman berpandangan. wajah masing-masing jelas penuh riak geram.

ikran memusingkan kerusinya membelakangi ikwan dan ikman.

" keluarlah.." suruh ikran.

" pastikan kak long tak tahu tentang video ini.."

pesan ikran sebelum ikman dan ikwan berlalu.