webnovel

non fofular

dayana menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. otaknya masih loading lagi untuk menghadam soalan peluru berpandu cempaka.

" tengku dah pergi awal pagi tadi.." jawap dayana setelah sel-sel otaknya bersambung.

wajah cempaka terus berubah. ada riak sedih.

" tengku ada cakap apa-apa?" tanya cempaka dalam nada berjauh hati.

dayana menggeleng. serasanya ikran tidak memesan apa-apa. cuma dia menyuruh hantar cempaka kembali ke villa dengan selamat dan serahkan barangan cempaka yang telah disamun malam kemarin. itu sajalah.

cempaka bangkit daripada katil. tuala dicapai lantas dia menghilang ke bilik air. sedih tak terkata perasaannya. tergamak ikran meninggalkan dia setelah bersedap-sedapan kemarin. apakah suaminya itu marah tentang hal semalam? namun selepas makan malam suaminya itu tetap seperti biasa. masih mengajaknya untuk bersama. menenangkan perasaannya yang masih trauma disamun.

" Kak... oh kak..." panggil dayana apabila merasakan cempaka terlalu lama didalam bilik air. risau menjengah hatinya.

selang beberapa minit cempaka keluar siap berpakaian. wajah yang segar tanpa secalit alat solek.

" jomlah balik lepas ni.. kepala saya macam pening-pening pulak.." ajak cempaka sambil mengemas barang-barangnya.

dayana mengangguk lantas menyerahkan bungkusan yang diserahkan oleh orang-orang nazim sewaktu dia sampai awal pagi tadi.

cempaka mengambil tanpa banyak tanya. dia mengeluarkan isi di dalamnya. matanya bersinar ceria melihat barang-barangnya yang disamun malam kemarin.

" siapa bagi ni?" tanya cempaka teruja kepada dayana.

" boss.."

cempaka senyum senang hati.

" abang... i love you..." bisik cempaka membuka skrin lock telefonnya. terpapar jelas wajah ikran dalam persalinan pengantin mereka. sempat lagi dikucup gambar itu. kemiangan melanda.

dayana terasa nak muntah pula melihat aksi remaja baru jatuh cinta cempaka. kemurungan melanda bagi dirinya yang masih bersendirian.

cempaka menyarung cincin perkahwinan ke jari manisnya.

" jom yana.. kita balik." ajak cempaka dengan suara senang hati. hatinya mudah dan cepat terubat dengan sikap ikran.

dayana mengangguk sahaja. menurut.

asrafi menerima dokumen dan segala maklumat yang dikehendakinya daripada wong seaedar sahaja daripada tidurnya. ada senyuman menakutkan terpamer dibibirnya. senyuman yang selalu dipamerkan kepada para musuh-musuh durjana mereka.

" dah lama tak balik malaysia.. balik-balik je dapat misi tak berapa nak mencabar.." rungutnya sambil menghirup sekali teguk telur setengah masak sebagai sarapan paginya. otaknya mula merangka satu persatu aktiviti yang harus dijalankannya untuk hari ini. dimana untuk dimulakan. bagaimana untuk memerangkap puteri dan menyerahkan puteri ke tangan pihak berkuasa serta membersih nama ikran serta isterinya.

jefri dengan tidak sabar membuka pintu kereta mempersilakan cempaka keluar. ada banyak soalan yang ingin ditanyanya kepada cempaka.

" selamat pagi cik puan." sapa jefri sambil menundukkan kepalanya. konon hormat sangatlah tu.

dayana mengerut dahi memandang aksi pelik jefri.

" dah kenapa??" tegur dayana.

cempaka pun pelik. dia memandang jefri pelik.

" kita masuk dalam dululah.. saya ada benda nak tunjuk dekat cik puan.." jefri menjemput kedua-dua wanita itu memasuki dalam villa.

cempaka membelek satu persatu gambar yang ditunjukkan oleh jefri. mengingati momen-momen disetiap gambar itu.

" owhhh.. saya ingat.. ini sewaktu zaman sekolah tinggi dulu.. patutlah rasa macam pernah jumpa arwah nirina ni.. sebaya rupanya.." cempaka mengingati akhirnya.

" mereka ini kawan nadia dan dezrin. saya tukang ikut sahaja. saya tak berapa kenal mereka." akui cempaka. dia bukan seorang yang suka bersosial. masanya banyak dihabiskan dengan mencuba masakan baru di setiap warung-warung kecil.

" macam mana dezrin boleh kenal dengan nadia?" tanya jefri. sengaja ingin tahu.

" masa ni rasanya.. nadia bercinta dengan orang lain.. dezrin ni bercinta dengan minah ni.." cempaka menunjukkan gambar pasangan dezrin sewaktu sekolah tinggi dahulu.

" perempuan ni anak orang besar jugak ni..selepas tu hilang cerita mereka." sambung cempaka lagi.

" ni pakwe si nadia mase ni.. dan ni sebelah arwah nirina ni.. kembar dezrin.. tetapi meninggal kemalangan jalan raya.."

jefri mengangguk. dia memandang lama gambar kembar dezrin. cantik.

" dia ni ada kekasih.. tetapi tak tahu yang mana satu.. saya tak ambil tahu sangatlah jef hal diorang ni.. sebab saya non fofular dulu.." cempaka mengakui sikapnya.

" takpelah cik puan.. " jefri nampaknya seperti sudah mendapat satu klu. orang paling rapat dengan nirina.