masuk sahaja ke dalam biliknya cempaka terus ke dalam ruang mandi. pakaiannya terus ditanggal dan dibiarkan berselerak. dia terus ke ruang mandian. air dipasang mencurah-curah biar membasahi tubuhnya. segala beban dan penat di jiwanya dibiarkan mengalir bersama air yang turun. otaknya dikosongkan. sekarang ini perkara yang sangat diperlukannya adalah ketenangan.
ikran melihat jarum jam di tangan. di malaysia sekarang lebih kurang pukul 11 malam rasanya. ikran ingin menghubungi cempaka. setelah berfikir niatnya itu dibatalkan. melalui jefri dia sudah tahu serba sedikit tentang pertemuan cempaka dan al fateh. ikutkan hati ingin dia mendapatkan al fateh sekarang. mengajar lelakk itu kerana berani mengucar-ngacirkan jiwa cempaka. walau tiada sekelumit rasa sayang dan cinta kepada cempaka. wanita itu sudah bergelar isterinya. tanggungjawapnya. besar atau kecil urusan cempaka menjadi urusannya.
" long.. kalau kau nak balik.. baliklah.. lagipun semua urusan kat sini dah 70% berjalan lancar.." ikwan yang sudah tahu serba sedikit tentang masalah abangnya itu tidak kisah jikalau tinggal bersendirian di sini.
ikran mengeluarkan kotak rokoknya. sambil menghembus asap rokok dia menggeleng tegas. urusan perniagaan lagi utama daripada hal lain walaupun melibatkan isu cempaka. di sana dia tahu ada jefri dan dayana yang masih boleh diharap.
" kalau macam tu takpelah.." ikwan angkat bahu memandang nazim yang duduk di sofa berangkai mengadap televisyen yang memaparkan cerita rakyat itali.entah faham entah tidak si nazim itu.
ikran masih termenung di balkoni yang mengadap bandaraya rom itu. neon-neon berkelipan di perhati sahaja.
masing-masing mengambil jalan berdiam sahaja. ikwan sememangnya bukan seperti ikman yang banyak mulut dan suka berfoya-foya. jadi kalau semua orang diam,dia pun diamlah. ikran pula jenis yang sentiasa ikut mood. maka memang ikran dengan dunianya sahaja. nazim masih setia menonton.
cempaka bangkit dari tidur dengan mata yang sembap. perutnya terasa sakit seperti dicucuk.
" mira... bawakan saya air dengan ubat sakit perut..." arah cempaka sambil mengusap perutnya. jam di dinding di jeling. sudah pukul 11 pagi?? lewat bebeno dia bangkit. semalaman dia tidak boleh memejam mata sehingga tidak sedar jarum jam sudah menghampiri subuh barulah matanya sudi terlena.
mira mengetuk pintu sebelum memutar tombol yang pastinya tidak berkunci.
" ni cik puan.. ubat dan airnya.." mira meletak di dulang yang dibawanya di atas meja sisi katil.
cempaka mengangguk sambil merenung wajahnya di cermin.
" sesiapa cari saya hari ini.. bagitahu saya tidak sihat." cempaka memberi arahan seterusnya apabila mira ingin berlalu.
" baik cik puan.."
dayana menahan mira di tepi tangga selepas mira menghantar air dan ubat untuk cempaka.
" mood dia okey tak?" tanya dayana sambil tangan menunjuk ke atas.
mira menggeleng.
" mata dia bengkak.. mungkin menangis semalaman.." cerita mira. bermesyuarat di tepi tangga pula.
" dah tu.. dia okey tak? sakit sangat ke perut dia?" dayana menyoal dalam nada khawatir.
mira mengangkat bahu tanda tidak tahu.
" mood orang mengandung memang macam tu.. hal kecil pun jadi besar.. selalu sakit perut..emosi tak menentu..rasa tidak sihat..sakit buatan manusia katakan.." mak pah tiba-tiba menyampuk.
mira dan dayana serentak memandang mak pah. muka keduanya pelik. pandai je mak pah mai teka. kang tak betul naya jer kena marah.
" kenapa korang berdua pandang aku macam tu.. apa kotang ingat orang tua macam aku ni mereka cerita.." marah mak pah perasan riak tidak percaya di wajah dua gadis manis dihadapannya itu. sekali pandang dia sudah perasan perubahan cempaka.
" tak.. bukan tak percaya..mak pah tu yang datang ti a-tiba tak bagi salam..tapikan mak pah.. cik puan tak cakap apa-apa pun.." jelas mira dengan muka berkerut. pandai je mak pah serkap jarang. takkan cik puan tak maklum apa-apa kepada mereka dan tengku pun diam sahaja. takkan tengku tak tahu kalau cik puan mengandung. tengku tu nampak sahaja dingin tetapi sangat ambil berat tentang cik puan mereka.
" dorang tak tahu kut.. kalau tahu mesti chif dah bagitahu kita.." tebak mak pah. iyalah. tanda awal-awal mengandung kadang-kadang mana ada orang perasan. lagipun melihat kelancaran hubungan dalam bilik tidur cempaka dan ikran,takkanlah cempaka tidak hamil. pagi petang siang malam. mak pah bukan kanak-kanak kecil yang boleh ditipu. dua orang dewasa lain jantina..kalau dah berkurung dalam bilik dengan ada bunyi pelik-pelik di dalamnya..takkan main catur kut..
" saya pun syak juga mak pah. tapi entahlah.." dayana pula melontarkan rasa curiganya.
" tu lah.. bukan syak dah.. iyalah tu.. cuma nak tahu betul ke tak..kena tunggu tengku balik je.." mak pah memberi cadangannya.
" habistu sekarang sementara tengku balik kita nak buat apa?" tanya mira dengan riak risau. risau kalau cik puannya tiba-tiba jatuh sakit nanti tengku pasti akan mengamuk sakan kepada mereka semua sebab tak jaga cik puan elok-elok. macam mana pula kalau tiba-tiba cik puan bukan mengandung tetapi sakit lain?
" kau buat bodoh je lah.." herdik mak pah dengan ketawa lucunya. lucu melihat wajah huru hara mira yang takut dengan ikran.
" kalau tunggu tengku balik..lama lagi tu mak pah.. kena pujuk lady boss jumpa doktorlah gamaknya..baru kita boleh tahu nak buat apa pula setetusny.." dayana pula membuat kesimpulan lain. dia tidak boleh berdiam diri dengan situasi cempaka. selagi tak tahu benar atau tidak cempaka mengandung atau sakit lain.. bagus mereka pergi hospital buat pemeriksaan.
" slow talk dengan lady boss perlahan-lahan.." sampuk satu suara lelaki yang dari tadi memasang telinga mendengar ketiga-tiga orang perempuan itu membawang. kalau dah namanya perempuan. di mana-mana sahaja sempat kalau mahu bergosip. tergelak jefri dalam hati.
" owhh tuan jef.." sapa mira malu-malu kucing. melihat muka serius jefri menerbitkan rasa hmmm..hmm di dalam hati mira. muka ganas.
" betul juga kata jef.. takpelah.. kamu yana.. selesaikan urusan dengan cik puan. saya nak bagitahu chef..suruh dia buat makanan berkhasiat." mak pah terus berlalu ke arah dapur diikuti mira. mesyuarat dibubar dan bakal diadakan di hari lain pula.
" pendapat dan pandangan orang tua ni kadang-kadang kita kena dengar. diorang lebih arigmf dan tahu.." ujar jefri kepada dayana yang amsih tegak memandang ruangan atas.
" iyalah.. " dayana mengakui kebenaran kata jefri itu.
" ni dapatkan maklumat semua mereka ni.." jefri menyerahka satu sampul kepada dayana.
dayana menyambut tanpa melihat isinya dulu.
" bila nak?" tanya dayana.
" lagi cepat lagi bagus.. sebab tengku yang nak.."
dayana angguk. kalau tengku nak memang kena cepatlah sebab pasti ini hal penting.
cempaka selesai mandi dan tersenyum melihat ada hidangan makan tengah hari di dalam bilik tidurnya. bau sup ayam terasa mencucuk-cucuk aroma hidungnya. dia ingin muntah namun perutnya pula seakan suruh makan dulu. lapar terus. pelik cempaka. dia mual bila hidu bau makanan namun perutnya pasti akan rasa lapar dan menggelegak nak makan. penyakit apa agaknya ini.