cempaka melihat dirinya disamping seorang jejaka yang kacak. mereka ketawa bersama-sama penuh bahagia meraikan satu majlis. majlis gilanggemilang itu dipenuh dengan orang ramai yang berpakaian cantik dan muncul seorang wanita samar-samar wajahnya. menarik tangan sang jejaka kacak menjauh daripadanya. dia terkejut lalu cuba menarik kembali tangan itu. namun kekuatannya seperti tiada. dia seolah kaku. kemudian saat itu muncul pula seorang kanak-kanak kecil. wajahnya seperti sedih. matanya seperti ingin menangis
"mama... mama... tolong ayis.. ayis sakit mama..mama pulang mama.." rayu kanak-kanak itu menghampirinya. semakin mendekat anak kecil itu kepadanya semakin dia mengundur menjauh ke belakang. tiba-tiba suasana bertukar gelap kelam dan sepi. tubuhnya terasa seperti jatuh melayang. ingin menjerit meminta tolong pada kanak-kanak tadi namun suaranya tidak terkeluar. tubuhnya melayang jatuh ke jurang yang dalam diiringi cahaya yang menujah-nujah wajahnya. tubuhnya terasa seperti terhentak2 di awangan. dia sangat kesakitan. apakah masanya sudah sampai. pasti nyawanya akan berakhir apabila dia mencecah lantai. saat itu ada satu suara memanggilnya. mengejutkannya daripada mimpi itu. menyedarkannya menghulur tangan di balik kegelapan.
"kak ika... kak ika... kak ika..." terasa tubuhnya digoyang-goyang. suasana yang terasa seperti diawang-awangan itu hilang. perlahan-lahan diganti cahaya yang samar-samar menujah rongga matanya. wajah jiha muncul diruangan matanya saat dia membuka mata.
"akak mimpi lagi?" tanya gadis bermata bundar itu. perlahan-lahan dia bangkit. meregangkan sendi-sendinya yang sakit diakibatkan mimpi yang seperti nyata itu.
"akak tak pasti.. kenapa setiap hari akak mimpikan benda yang sama. akak betul-betul keliru." cempaka keliru. mimpi itu semakin kerap mendatanginya semenjak akhir-akhir ini. siapakah mereka dalam mimpinya. kenapa setiap kali mimpi itu datang dia terasa hatinya sakit. sakit seperti disiat-siat. tubuhnya juga terasa sakit-sakit seperti dihempas berkali-kali.
"kak.. akak taknak cari keluarga akak? mungkin mimpi akak ni satu pertanda." tanya jiha kembali berbaring di sisi cempaka. dia terbangun akibat gangguan dari cempaka.
"ada tak jiha tengok dekat mana-mana menyatakan ada orang hilang?" tanya cempaka. laju jiha menggeleng. benar mereka pernah ke balai polis bertanya ada tak sesiapa buat repot tentang seorang wanita hilang bernama cempaka. namun tiada. jadi siapakah sebenarnya gadis cantik disisinya itu.
maka dengan itu, dia bukanlah siapa-siapa yang penting untuk dicari. mungkin anak yatim piatu atau perempuan gila.
"jadi jiha nampak sekarang. akak ni mungkin orang gila yang merayap kot. jatuh sungai. orang ingat mati. tu yang takde orang cari." senang cempaka membuat tafsiran.
"tapi kak.." jiha pula tidak setuju. mungkin ada kebenaranya yang mereka tidak tahu.
"takde tapi-tapi.. tidur. esok akak kena bangun awal. nak tolong nek yam bawa kuih yang kita buat tadi ke warung pak mat." cepat-cepat cempaka memotong perbualan si jiha. kalau dilayan sampai esok pun tak mungkin selesai jiha dan teorinya. sudah 3 tahun dia mengenali gadis ini. kalau bercakap seperti bertih jagung. gadis yang dibesarkan oleh neneknya akibat kematian kedua ibu bapanya dalam kemalangann itu kalau dapat bercakap kalah pembaca berita. namun nek yam jihalah yang membantunya saat nyaris-nyaris dipukul oleh beberapa orang wanita akibat mencuri kuih di pasar. kerana simpati akan nasibnya nek yam membawanya ke rumah. dia pula lupa apa yang terjadi kepadanya. siapa keluarganya. apa yang terjadi padanya. yang dia ingat. dia terbangun dari tidur dan berada di tepi sungai. kepalanya berbalut, tangannya berbalut. dia cuma memakai jubah hospital. berjalan tidak tentu arah. satu apa juga tidak diingat. nama sendiri juga dia tidak tahu. mujur rantai di lehernya mempunyai nama. CEMPAKA. walau terasa pelik,mungkin itulah namanya. dan sehingga kini dia senang di panggil ika. singkatan kepada nama cempaka. mungkin ini takdir tuhan kepadanya. dia pun taknak fikir banyak-banyak. nanti kepalanya pening pula. kepalanya juga kerap sakit apabila cuba mengingati sesuatu.