webnovel

memulakan kebakaran.

" maklumat terkini.." ayat pertama ikran apabila memasuki perut kereta.

ikman tanpa suara menghantar beberapa video rakaman kamera litar tertutup cctv dan rakaman percakapan melalui telefon kepada nombor telefon ikran.

ikran mula dengan mendengar rakaman percakapan sewaktu kejadian cempaka menghubungi jefri. dia mengepal penumbuknya. urat di kekura tangannya jelas kelihatan.

" dapatkan maklumat ketiga-tiga perempuan ni.." setelah selesai menonton dan mendengar,ikran memberi arahan seterusnya.

ikman menyerahkan satu fail berisi maklumat ketiga-tiga peragawati itu.

" aku nak 100% saham witty group dalam tempoh seminggu." ikran mengeluarkan arahan seterusnya.

ikman dan jefri berbalas pandang.

" secara baik atau tidak.. dalam tempoh seminggu.."apabila tiada respon daripada ikman,ikran menekan arahannya.

" baik.." sahut ikman perlahan. anggaplah ino sebagai pengorbanannya kerana cuai memantau keselamatan cempaka. terimalah akibatnya.

" jef... tolong dapatkan maklumat gelap keluarga witty.. dedahkan kepada pihak polis.." arahan seterusnya kepada jefri pula.

jefri mengangguk. matanya ditumpukan pada pemanduan.

" dedahkan juga semua skandal diorang. pastikan esok diorang semua akan merayu di tapak kaki cik puan.." kejam bunyinya namun inilah padahnya apabila mengusik barang berharga tengku ikran.

jefri mengangguk.

" jangan cari mereka.. biar mereka yang datang cari kita.." tegas arahan ikran. sebelum menyambung lagi.

" pastikan tiada siapa yang akan bantu mereka dan keluarga witty.."

ikman dan jefri mengangguk. tidak berani membantah.

" sesiapa berani tolong mereka.. aku akan hapuskan company mereka dalam tempoh 24 jam..sebarkan.." ikran memberi peringatan terakhirnya.

ikman dan jefri mengangguk. sudah sekian lama ikman tidak melihat mata helang abangnya itu penuh semangat. jelas sudah betapa pentingnya cempaka kepada seorang ikran sehingga lelaki ini mula bertindak gila.

" long..ada lagi satu benda ni.. apa aku nak jawap kalau kak long tanya tentang nirina.." ikman bertanya sebelum sempat ikran membuka pintu kereta. sedar tidak sedar,mereka sudah sampai di perkarangan rumah penginapan.

" kebenaran.." sepatah jawapan ikran membuatkan ikman terangguk. ikran terus berlalu. dia ingin berehat sebentar. dapat tidur dua tiga jam pun jadilah.

ikman dan jefri mula merangka tugas mereka. mehu mulakan daripada mana.

" sem... aku ada hantar email penting dekat kau.. tolong selesaikan.. aku nak dalam tempoh sehari berita ini sudah tersebar.."jefri meminta bantuan salah seorang ahli yabg paling genius dalam bidang komputer.

" siap...."

jefri menghela nafas lega. satu urusan sudah selesai.

ikman pula mula 'study' tentang witty group. mencari titik kelemahan witty group.

" aku menyesal terlewat.." jefri bersuara setelah lama berdiam diri. kedua-dua mereka dalam perjalanan pulang ke bandar kl.

" jangan salahkan diri kau jef.. benda nak jadi.. lepas ni kita kena berhati-hatilah.. " ikman memberi semangat kepada jefri. tahu lelaki di sebelah ini yang dilahirkan di kalangan keluarga pahlawan dan belum pernah menerima kegagalan dalam semua misi yang dijalankannya gagal mempertahankan cempaka. namun tidak boleh salahkan mereka seratus peratus. malang bukan boleh dibau.

nadia ketawa gembira di dalam hotelnya. misinya untuk menyingkirkan seorang demi seorang wanita yang tergila-gilakan ikran tercapai. tidak sangka hanya dengan satu perkataan daripadanya berjaya membakar api sumbu kemarahan putri.

" owh.. you ke model yang pernah kerja dengan jenama secretz tu?" tanya nadia konon ingin bermesra dengan putri sebelum kejadian putri menyerang cempaka.

" yess... dan you nadia kan..." putri juga ramah melayan nadia. maklumlah nadia sangat terkenal dan juga anak orang berada. jadi tidak salah mereka berdua berteman mesra. sebakul.

" yer... hmm.. dengar dalam lif tadi.. ramai yang bercerita tentang you.." nadia mula membakar apinya.

" iya.. diorang bergosip tentang you dengan cik puan cempaka.. betul ke dulu you pernah bertunang dengan tengku ikran?" liza yang turut berada di tempat kejadian menambah perisa. mengambil peluang yang ada untuk merapati peragawati senior. mudah baginya suatu hati nanti untuk menempa nama apabila bersahabat dengan peragawati yang sudah lama dan mempunyai nama besar.

nadia senyum kelakar dalam hati. mudah kerjanya. tidak perlu susah payah. mulakan api di kawasan yang penuh dengan angin,automatik api akan marak dengan cepatnya. bijak..bijak..

" betul ke? so.. apa lagi yang diorang cerita?" tanya putri mula menumpukan perhatian kepada liza. nadia yang berdiri memasang telinga sudah tidak dilayan.

liza mulalah bercerita sehinggakan bara yang terpendam di hati putri marak menyala. kebetulan di waktu yang sama kelibat cempaka melintasi ruang peragawati di dandan menarik minat mereka. laju sahaja putri mengajak teman mesranya untuk membuat pergitungan dengan cempaka.

nadia ketawa terbahak-bahak. sepatutnya cempaka mati bersama janinnya. nadia akan muncul sebagai pengubat duka,merawati luka ikran yang kehilangan isteri.

" hello....." nadia dengan lagak marah menjawap panggilan telefon dezrin yang mengganggu waktu angan-angannya.

" kenapa?? bad mood ke??" tanya dezrin lembut.

" tak.. i tengah bersedih... " nadia membuat suara sedih.

dezrin yang mendengar mula simpati.

" sabarlah.. you pergilah temankan cempaka malam ni.. i ada dekat bandar j ni.. "

" owhh... esok baru i melawat dia.. malam ni tentu ada mak mertua dia temankan.. lagipun mak mertua dia macam tak suka dengan i lah.. siang tadi masa i melawat cempaka. mak mertua dia pandang i senget je.." adu nadia. dia perasan dengan riak wajah ku najah siang tadi. memandangnya dengan riak menyampah. seolah macam dia ada ni lelaki yang bakal merampas cempaka daripada ikran pula. please ye bakal mak mertua.. tak lama lagi i yang akan gantikan tempat cempaka. nafsunya untuk memilikk ikran untuk kepuasan hatinya semakin menebal. dia tidak suka cempaka lebih daripadanya.

" nak mandi?" tanya ku najah.

cempaka menggeleng. dia tidak mahu menyusahkan ku najah. lagipun dia masih boleh bergerak. mama dan papanya sudah kembali petang tadi kerana papa ada urusan rasmi kerajaan esok.

" nak makan?" tanya ku najah lagi. risau betul dia apabila melihat sup yang di beli puan rahimah tidak disentuh oleh cempaka.

" umi.. jangan risau..cempaka kenyang.. tadi makan bubur mira buat.." cempaka memegang tangan umi mertuanya yang risau tidak menentu itu.

" umi jangan risau.. cempaka okey.." pujuk cempaka terasa bersalah kerana menyusahkan ku najah. dia mengangkat tangannya menunjukkan bodynya yang tidak berapa bermuscle itu.

" ermmm... ermmm.." ikran berdehem. dari tadi dia memasang telinga mendengar perbualan dua orang wanita itu.

" ha... dah sampai dah.. umi ingat kamu tak datang tadi.. " tegur ku najah. senyuman manis diberikan kepada ikran.

" terlajak tidur tadi umi.. ingat nak rehat dua tiga jam.. tapi terlajak laris pula.." maklum ikran merapati cempaka. dia melabuh duduk atas katil bersebelahan cempaka.

" kenapa abang datang.. rehat lah.. dah la abang baru sampai kan..." cempaka tidak kisah bersendirian sebenarnya di dalam ward ini. paling-paling pun kalau dia takut dia akan minta dayana datang temaninya.

" ermm.. tak suka abang teman?" tanya ikran lembut.

cempaka menggeleng. dia diam melihat ku najah yang sedang mengemas barang keperluannya. dia ingin membantu tetapi iv drip menghalang dia untuk banyak bergerak.

" nanti kalau cempaka nak mandi.. tolong lapkan dengan air suam.. jangan bagi cempaka banyak bergerak." ku najah mengemas apa yang patut sambil berpesan kepada ikran.

ikran mengangguk.

" ni besennya dan ni tualanya.." tunjuk ku najah.

" baik umi.. " sahut ikran.

" abi sudah sampai dekat bawah tu.. jom teman umi.." ku najah menggamit ikran untuk menemaninya. ada banyak yang ingin dibicarakan dengan ikran sebenarnya. dia kalau boleh tidak mahu ikran menjejaska emosi cempaka nanti. emosi orang keguguran ni harus dijaga betul-betul. lagi-lagi yang anak sulung.

ikran menurut langkah ku najah tanpa banyak kata. sebelum menutup pintu,dia sempat melihat wajah cempaka pucat cempaka.

" kamu jangan marah dan tanya macam-macam dekat cempaka.." ku najah memulakan mukadimahnya.

ikran mengangguk. dia buka sekejam itu untuk memarahi cempaka. lagipun semua yang terjadi bukan 100% salah cempaka.

" kalau boleh jangan buat dia sedih.. kasihan dia.."

" umi.. jangan risau.. dia isteri along.. along takkan sakitkan dia.. umi tenang.." ikran bersuaradengan tegas. kadang-kadang ku najah risau tidak bertempat.

" iyelah.. kalau macam tu.. masuklah ke dalam.. jangan tinggalkan dia sorang-sorang."