webnovel

kekurangan kasih dan sayang.

" pilih baju mana berkenan.." suruh ikran menunjuk ke arah semua pakaian yang ada.

cempaka mengangguk. sebenarnya sudah ada beberapa helai pakaian yang cempaka berkenan.

" cik sudah ada pilihan?" tanya pembantu butik bernama norain itu lagi. setia mengikuti cempaka memilih pakaian.

cempaka memandang ke arah ikran. kemudian kearah pembantu butik itu. kenapa sebentar tadi suara pembantu butik itu sangat tegas dan agak kasar. sekarang tetiba pula lemah lembut. gatal ye...laki aku tu ye...

sesekali nurain menjeling wajah tampan disisi gadis selekah itu yang kelihatan kemas mengenakan t-shirt berkolar berwarna hitam dan jean lembut berwarna hitam juga. kalai dapat pakwe kacak dan bergaya macam ni.. untungnya dunia.

" dik.. saya nak cuba baju tadilah.." kata-kata cempaka mematikan lamunan pembantu butik.

" owh.. tapi... baju itu 25k cik.." pembantu butik itu jadi serba salah pula. bagaimana nak bagi orang tidak dikenali mencuba pakaian limited edition itu.

" dik.. takpe.. kalau ada yang sesuai dengan saiz saya.. saya akan beli." cempaka berkenan sangat dengan baju itu.

pembantu butik itu dengan wajah serba salah membawa cempaka ke ruangan pakaian edisi terhad. ikran menurut sekali dibelakang.

" abang tunggh dulu ya.. " pesan cempaka pada ikran. pembantu butik memberi cempaka baju yang ingin dicubanya.

ikran mengangguk. dia melabuh punggung di kerusi khas yang disediakan di ruangan itu.

selang 5 minit cempaka keluar dari billik persalinan. baju itu sangat sesuai dengan bentuk tubuhnya.

" okey abang?" tanya cempaka.

ikran mengangguk.

cempaka puas hati dengan anggukan ikran. dia tersenyum senang.

" okey.. sebentar ya.. ada lagi 4 helai pakaian saya nak cuba." selesai berkata cempaka masuk kembali ke dalam bilik persalinan.

" cantik teman wanita encik." puji si pembantu butik(nurain) dengan lemah lembut suaranya.

ikran pamer senyum sinis.

" my wife." perlahan suara ikran. memaklumkan status cempaka.

wajah pembantu butik itu jadi lain. cuaca yang cerah dalam hatinya berubah mendung.

" dik.. saya ambil semua baju ni.." maklum cempaka menyerahkan kelima-lima pakaian yang dicubanya kepada pembantu butik itu.

" cukup?" tanya ikran.

cempaka tersenyum.

" cukup.. lima ni pun dah banyak.." cempaka merasa seronok membayangkan dirinya dalam pakaian itu. walau mahal namun berbaloi. dia kan dah jadi puan besar. imej suami haruslah dijaga.

" pilih lagi.." suruh ikran.

cempaka nak tergelak mendengar ayat mendatar ikran. macam robot suaminya ini. ada ke... pilih lagi...

" abang.. lima ni dah kira banyak ni.." tolak cempaka.

"tuan muda?" sapa satu suara.

" oh.. puan muda pun ada sekali.."

ikran dan cempaka serentak menoleh ke arah suara si penyapa.

jeremy pereka fesyen terkenal menghampiri pasangan pengantin baru itu.

" selamat pengantin baru.." ucap jeremy menghulur tangan bersalaman dengan ikran dan menundukkan kepalanya pada cempaka tanda hormat.

" terima kasih.. " balas cempaka tersenyum manis.

" puan muda dah pilih pakaian?" tanya jeremy melihat ada pakaian edisi khas terbarunya di tangan pekerja butiknya.

" sudah.. cantik-cantik semuanya pakaian di sini.." puji cempaka ikhlas. kalau tak takdelah dia rambang mata.

" ohh. terima kasih atas pujiannya.. kalau puan muda tidak keberatan.. masih ada lagi pakaian yang boleh puan muda lihat." jeremy sempat lagi mempromosikan pakaian terbarunya dan baru sahaja di bawanya. kebetulan pula dia boleh berjumpa dengan pasangan pengantin baru ini.

cempaka melihat ikran. takut mencuri masa suaminya. almaklumlah kalau perempuan memilih pakaian mahu 1 jam tak puas.

" pergilah cuba.." suruh ikran.

cempaka mengangguk. mengikuti arah kaki jeremy.

nurain terkedu. pasangan yang kelihatan biasa-biasa di matanya itu rupanya... benarlah kata pepatah.. jangan dinilai buku dari kulitnya.

ikran mengeluarkan telefonnya dan mula melihat berita-berita business.

" abang okey tak?" tanya cempaka memusing-musing tubuhnya.

ikran mengangguk. wajahnya tiada riak.

" sesuai tak?" tanya cempaka lagi. dia tidak puas hati dengan anggukan tanpa riak ikran.

" ermm cantik.. " akhirnya.

" jerry... saya nak baju ni.. sekali dengan yang tadi." cempaka membuat keputusannya.

" baiklah cantik.." jeremy memeri isyarat pada pekerjanya untuk membantu cempaka menukar pakaian. bukan senang vvip datang ke butiknya membeli pakaian keluaran terkininya.

selesai ikran dan cempaka menghampiri kaunter bayaran. cempaka mengeluarkan kadnya untuk membuat bayaran. ikran menolak tangan cempaka.

" abang bayar.."

terharu cempaka. terkedu. sangkanya ikran akan buat tidak tahu dan biarkan kad kreditnya haus.

" terima kasih.." ucap jeremy apabila pasangan itu hendak berlalu.

" kenapa tadi?" tanya ikran tentang kejadian cempaka seperti bertekak dengan pembantu butik tadi sewaktu mereka sudah berada di dalam kereta.

" biasalah sifat manusia kekurangan kasih dan sayang.." selamba cempaka menjawab. ada terselit nada cemburu.