webnovel

Masa Lapang

Aku tidak tahu kenapa mamat ini selalu meminta aku teman dia setiap kali dia mengajak aku keluar. Aku harus sabar hanya tiga bulan aku akan dibebaskan dari belenggu ini.

Kali ini dia mengajak aku pergi ke pusat membeli belah. Anehnya, pusat membeli belah ini bahkan tiada pengunjungnya. Aku rasa Zayn sengaja mempermainkan aku.

"Asal kosong semacam je mall ni?" Aku tanya.

"Ni mall premium, baju third rate sini pun berharga ratusan ringgit"

Habis tu, kau gila ke nak ajak aku pergi tempat macam ni? Ratusan ringgit? Aku rasa kedai baju thrift pun tak sampai beratus-ratus ringgit.

"Aku akan jumpa dengan seseorang, kalau dia tanya sebarang soalan, kau tak perlu menjawab dia, okay?"

Aku memandang dia dengan heran. Siapa pula yang hendak berjumpa dengannya? Aku hanya mengangguk sahaja atas permintaannya.

Beberapa minit kemudian, kami berdua terkejut apabila suara lembut menyapa Zayn.

"Hai Zayn, sudah lama awak menunggu saya?" Seorang gadis mendekati Zayn.

"Tidak, Alisya. Saya baru saja sampai," balas Zayn.

Oh, gadis itu bernama Alisya.

"Oh, siapa dia ni? Kawan awak?" lanjutnya.

"Ya, dia kawan saya."

Kau sahaja memperkenakan aku hanya kerana aku ada masa lapang minggu ini, jadi kau mahu aku menemani kau bermesraan dengan teman wanitanya.

"Hai, I girlfriend Zayn, Alisya. Nama awak siapa?" soal Alisya.

"Panggil saya Adam sahaja," jawabku ringkas.

Selepas itu, dia tidak banyak bercakap, hanya melekat rapat dengan Zayn. Dia terus memilih beg tangan, berbolak-balik antara yang ini dan yang itu. Oh, betapa aku ingin jerit melihat betapa gediknya kau, Alisya.

Setelah memilih beg tangannya yang mengambil masa dua jam sebelum kami pergi makan di restoran fine dining di pusat membeli-belah.

Alisya menempah wagyu steak, medium rare, disajikan dengan salad campuran, manakala Zayn memesan Smoky Steak, disajikan dengan kentang goreng julian cut. Aku tidak terlalu faham tentang makanan mewah, jadi aku hanya memesan makanan yang sama seperti Zayn.

Kami menikmati hidangan kami setelah makanan kami tiba. Tiada sebarang kata-kata pun keluar dari bibirku. Hanya Alisya yang bercakap rapat-rapat dan mesra dengan Zayn. Tetapi mengapa hatiku terasa pedih?

Tiada sebarang kata-kata keluar dari mulutku sepanjang perjalanan tadi. Aku berasa bukan diriku hari ini. Semua ni salah Zayn. 

Haih. Aku mengeluh berat.

"Aku nak tidur pulas tak peduli dunia malam nanti" Omelku

***

Seminggu telah berlalu sejak kejadian Zayn membawa teman wanitanya membeli-belah.

Aku tidak tahu mengapa perasaan dan jiwa aku berasa sedemikian rupa. Baiklah, aku akan hubungi kawan lama aku, mungkin dia tak sibuk malam ini.

Tutt, tutt...

Aku menelefon kenalan lama aku dari sekolah menengah. Dia pantang diajak minum alkohol. Kami berdua memang rapat sejak dulu. Sebabnya? Kami berdua meminati lelaki.

"Hello?" Penerima panggilan itu menyahut.

"Hello, Ash..." Aku menjawab.

"Kenapa kau call aku ni?" Ash bertanya.

"Kau free tak? Aku nak ajak kau minum, elaun aku ada je untuk minum-minum," aku menjelaskan.

"Ha'ah, boleh je. Mana lokasi?" Dia bertanya.

Aku memberitahu lokasi bistro tersebut melalui telefon. Perjalanan ke bistro hanya mengambil masa 10 minit.

Tiba di lokasi Bistro XY...

Aku melirik pandanganku untuk melihat sama ada Ash sudah sampai. Selang beberapa minit kemudian, aku ternampak figura dia mendekati aku.

"Woi, dah lama tak jumpa kau. Apa khabar? Bagaimana dengan universiti kau?" Aku bertanya sebaik sahaja Ash sampai.

"Aku okay je. Universiti pun oke. Kenapa kau ajak aku minum tiba-tiba ni?" Dia bertanya.

"Nanti aku cerita kat dalam," balasku.

Ash mengiyakan sahaja, kami berdua melirik ke bistro dan memilih tempat duduk yang telah ditempah olehku tadi. Selang beberapa minit, pelayan tersebut membawa hirisan daging dan sebalang bir di atas meja.

Kami berdua memulai memanggang hirisan daging di atas panggangan api sambil menghirup setin bir.

"Ada seorang mamat ni, dia tahu yang aku suka pada kawan dia." Aku memulai perbualan.

Ash tergamam, "Macam mana dia tahu?"

"Dia terbaca diari aku. Nampaknya dia bengang sebab semua nama kawan dia ada dalam buku diari tu, cuma nama dia je takde," aku menjelaskan.

"Lah, engko dengan diari kau berpisah tiada. Asal? dia ada ugut kau ke?" Ash bertanya.

"Takde, cuma kebelekangan ni dia membuatkan serabut adela." Aku mengeluh.

Ash mengangguk menandakan dia memahami situasiku. Mungkin baginya, aku perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan. Sesi perbualan berlanjutan sampai tin bir yang habis diminum membentuk seakan gunung.

Kepalaku berasa sedikit berat. Jika difikir-fikir, sepanjang minggu ini aku tak pernah membuka mesej yang dihantar oleh Zayn. Aku periksa aplikasi Whatsxpp

[120 pesanan masuk]

Aku mengabaikan pesanan Zayn itu. Penglihatanku mulai kabur. Aku berjalan longlai. Ah, aku sudah mabuk. Aku menghempas pulas duduk di stesen perhentian bas.

***

"Adam? Kenapa kau tidur sorang-sorang di sini?"

Seseorang tampaknya bercakap denganku. Aku mengenali suara ini tapi kepalaku terlalu pening untuk sedar. Terserahlah apa yang akan terjadi, hidupku serabut semenjak Zayn mengenalku.

Gift sikit dkt saya dah lama x minum alkohol... Martini pun cukupla (martini, sejenis menu minuman alkohol paling murah dkt bar)

Sakurada_Hanukocreators' thoughts