webnovel

pencurian

Pada suatu hari, Diana melihat Fariz bersedih lalu Diana menghampiri Fariz..

"Kenapa ni Fariz.. Kau tengah sedih sambil memegang bunga Flora? "

"Awak nak tahu tak Diana? Bunga Flora ni seperti seseorang.. Flora terlihat nama bunga yang cantik tetapi tidak ramai orang yang suka.. Jika ada seseorang yang menyukai Flora ia bermaksud sesoleorang tersebut setia kepada pasangannya sendiri.. Sebenarnya Flora memang cantik cuma mereka je yang tak nampak" ucap Fariz sambil memandang bunga Flora..

"Orang yang kau maksudkan tu... Bella?!.. Kena bunuh kau nanti.. Kau nak tahu tak Bella tu ada pelbagai jenis pisau yang tajam tahu... Lebih-lebih lagi Pisau Damascus.. Pisau yang kecil tetapi mencecah 9.5 Juta ringgit yang dicuri oleh Bella. Takde siapapun yang tahu tentang rahsia ni kecuali kita berdua.. Pisau Damascus mahal kerana mempunyai corak yang unik dan dihasilkan melalui penggabungan lapisan keluli" Terang Diana dengan nada kecil.

Bella memanggil Diana dan Fariz.

"Diana! Fariz! Kita ada misi baru.. Jom ikut saya masuk pejabat"

Diana dan Fariz mengikuti Bella masuk ke dalam pejabat.

"Kita akan bergerak pada pukul 8 malam... Di XXX. Ok.. Lepastu korang berdua boleh balik saya ada seseorang yang perlu dibunuh.. Saya diupah untuk itu" ucap Bella.

"Baiklah" Diana dan Fariz jawab secara serentak.

Bella bukan sahaja mencuri. Dia juga pembunuh bayaran.. Bella sudah membunuh lebih dari 20 orang setiap minggu.

Bella sentiasa dibayar Rm 1000 untuk membunuh.

Bella pernah membunuh seseorang artis bernama Farah Kartini. (Hanya rekaan) .

Bella dibayar 5000 untuk membunuh Kartini.

Bella juga sungguh membenci anggota polis.

Kerana ibu bapanya dibunuh oleh seorang anggota polis.. Apabila Bella berumur 4 tahun. Namun sebelum ibu bapa Bella dibunuh mereka ada memberikan rantai yang tertulis nama "my baby Bella" tetapi kes ibu bapa Bella ditutup kerana tidak ketahui siapa suspek.. Lagipun Bella masih kecil pada waktu itu.

Sehingga kini, Bella takkan melupakan hal tersebut dan berjanji bakal membunuh anggota polis tersebut. Bella masih ingat muka lelaki tersebut. Kini umur bella 21 tahun.

8:00 P.M,

"Semua.. Ikut rancangan" ucap Bella.

"1.. 2..3..serang" ucap Bella.

Tiba-tiba, salah seorang dari anggota polis menembak bahagian rusuk Diana.

Diana tak boleh angkat lalu Bella meninggalkan segala barang kemas dari tangannya.. Lalu menolong Diana larikan diri.

"Fariz, bawa Diana balik.. Biar aku uruskan" Fariz membawa Diana pergi dari situ sesuai dengan arahan Bella.

Bella menembak kesemua anggota polis tersebut.

Namun tanpa disedari hanya tinggal seorang dari anggota polis itu terselamat.

Bella larikan diri secepat mungkin. Akhirnya Bella pun terselamat.