"Dari dalam kegelapan mereka memerhatikan kita... Dari dalam kegelapan mereka mentertawakan kita... Dari dalam kegelapan mereka mensasarkan kita...
Dan dimalam hari mereka menghampiri kita, tetapi kita tidak menyedari mereka...
Mereka kecil dan hijau, mata mereka kuning dan telinga mereka tajam... Mereka tidak bijak tetapi tidak bodoh... Mereka lemah tetapi tidak sendirian... Mereka adalah Goblin.
Mereka jahat, mereka rakus... Mereka mencuri dan membunuh...
Kanak-kanak marilah kerana mereka akan memangsa anda, wanita sembunyilah atau mereka akan mengahwini anda, lelaki lawanlah kerana mereka akan membunuhmu...
Ini adalah kesah mengenai makhluk jahat yang berjalan dan mengintip disebalik kegelapan dunia, iaitu Goblin.
Kesah itu merupakan sebuah kesah yang telah diceritakan semenjak turun-temurun, ianya terus diceritakan kepada jenerasi-jenerasi muda sebagai kesah rakyat dan juga sebagai sebuah peringatan.
Peringatan agar tidak ada yang melupakan mereka..." cerita seorang wanita.
Saat ini waktunya sedang berada di malam hari, dua buah bulan purnama sedang mengambang terang di atas langit. [Ingat, latar belakang kesah ini adalah dunia lain. Di Black Hunter Universe ada lebih daripada satu bulan di langit]
Kelihatannya seperti sedang ada sekumpulan orang dengan kelengkapan sedang menjelajah didalam sebuah kawasan hutan sambil membawa obor yang menyala. Anggota kumpulan ini terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang wanita, dan setiap satu daripada mereka dilengkapi dengan senjata seperti pisau, pedang dan panah yang siap untuk digunakan sedang tergantung dipanggang mereka.
Suasana posisi mereka adalah dua orang lelaki berjalan dihadapan sementara si wanita berjalan setengah meter dibelakang kedua lelaki itu. Dilihat dari gerak-geri mereka sepertinya mereka adalah Adventure yang sedang melakukan tugas.
"Jadi? Apa sebenarnya yang cuba untuk awak sampaikan dengan menceritakan kesah untuk mendidik budak-budak itu?" Salah satu lelaki.
"Tidak ada maksud khusus. Saya cuma mahu sekadar mengisi suasana kesunyian dan kebosanan yang kita hadapi saat ini" balas wanita yang bercerita tadi.
"Jika begitu mengapa perlu diceritakan kesah itu? Bukankah ada ratusan cerita lain yang lebih baik? Contohnya seperti kesah 7 Platinum Adventure atau 5 penyihir agong?" Balas si lelaki.
"Dan awak masih lagi mempersoalkan pilihan cerita dia? Semua contoh yang awak berikan itu juga cukup tidak matang" sindir lelaki lain yang turut ada disitu.
"Hei, setidak-tidaknya kedua kesah itu benar-benar nyata terjadi" kata si lelaki.
"Kesah Goblin ini jugakan kesah nyata, lagipun saya menceritakan kesah ini demi menyesuaikan dengan situasi kita saat ini. Quest yang kita terima inikan dikeranakan jumlah Goblin di kawasan ini yang tidak normal" rungut si wanita pencerita.
"Yah... itu memang betul, tapi apa kaitannya dengan menyesuaikan situasi?" Tanya si lelaki.
"Awak tidak akan faham. Saya adalah satu-satu wanita disini, dan menurut cerita itu Goblin akan memperlakukan wanita seperti mainan pemuas nafsu mereka"
"Bukan itu masih bagus? Setidaknya awak akan dibiarkan hidup, lelaki seperti kami pula akan langsung dibunuh"
"Apanya yang lebih baik ha!?"
"Hah ha hah" ketawa lelaki lainnya.
"Awak, apa yang awak ketawakan!"
"Tidak ada apa-apa, hanya saja saya tidak tahu mengapa awak takut sangat. Mereka cuma Goblin saja, Goblin lah! Mereka digolongkan sebagai monster kelas rendah kerana mereka lemah" jawap lelaki lain itu.
"Si- siapa yang takut? Saya cuma memperingatkan saja"
"..."
"Hei, kenapa awak diam pula?"
"..."
"..."
"Hei! Kenapa awak berdua tiba-tiba senyap!? Jawablah!!" Tegas si wanita.
Meskipun begitu, pertanyaan daripada si wanita itu tidak pernah dijawab. Dan wanita muda akhirnya mengetahui alasannya beberapa saat kemudian.
"Hei... Awak berdua...?" Tanya watak itu sekali lagi sambil menepuk bahu kedua lelaki dihadapannya. Tetapi riaksi yang diperolehinya adalah tubuh kedua-dua lelaki itu roboh ke tanah.
"Akk... Aaaaaaaaaaaaaa...!!" Wanita itu mula menjerit ketakutan.
Diri menjerit kerana melihat tubuh kedua rakannya tumbang ke tanah, menjerit kerana dirinya melihat kedua tubuh mereka memiliki anak panah yang menembusi kepala keduanya.
Tanpa berfikir panjang lagi, si wanita itu mula berbalik dan segera melarikan diri menjauhi tempat kedua mayat rakannya itu berada.
Dirinya berlari tanpa mempedulikan arahnya, dia berlari sekuat tenaga asalkan dapat meniggalkan tempat itu. Yang ada difikiranya saat ini cumalah berlari.
Tetapi disaat pertengahan pelariannya itu dirinya berhenti. Berhenti kerana ada beberapa makhluk sedang menghadang jalannya. Mereka adalah...
"Tidak mungkin... Bukankah mereka sepatutnya sudah punah... bagaimana masih ada yang wujud di tempat ini!?"
Sebuah bayangan besar kini sedang menghadang jalannya. Ia berdiri dengan dua kaki, tingginya 3 meter, dan nafasnya berat sehingga kedengaran seperti raunggan.
Sosok besar itu kemudiannya mula berjalan dan menghampiri, dan si wanita itu pula hanya mampu berdiri gementar ketakutan. Lalu...
"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........!!"
Dan tidak lama kemudian hanya bunyi jeritan tragis yang kedengaran di hutan tersebut.
Arc kedua kini dimulai.
Prolog: Mereka yang Mengintai dari dalam kegelapan.
~The End~