8 Febuari 2010.
Kelas tambahan akan mula tidak lama lagi. Rasa malas sudah merasuk satu badan. Kini mata aku menjadi kuning. Kulit sudah bertukar warna menjadi hijau. Baju yang aku pakai mula terkoyak bila badan aku semakin membesar.
Wargghh!
"Termenung jauh nampak." Lamunan aku berkecai sepai. Bila Tasya menyapa aku.
"Tak adalah. Fikir kelas tambahan. Macam malas nak pergi." Aku menongkat dagu.
"Alarh. Apa salahnya pergi. Lagipun tahun ni tahun terakhirkan sekolah. Lepastu..."
"MERDEKA!" Serentak aku dengan Tasya berkata.
"Eloklah dua orang ni bergabung. Sorang tu, bekas kena kecam dulu. Yang lagi sorang, masih di kecam." Jelas suara Fatiha menyindir aku.
Tuk! Tuk!
Bunyi pintu kelas di ketuk. Terpampar wajah Zafril memasuki ruang kelas kami. Mata pelajar perempuan lain mula bersinar-sinar seperti debu keemasan. Aku tak tahu budak perempuan kelas aku ni suka Zafril. Fatiha dan Dian pun sama. Kepala yang tak gatal aku garu. Tak boleh jadi ni.
"Nah. Cikgu Daus tak dapat masuk. Dia suruh kelas kau buat tugasan ni." Tugasan matematik di berikan pada aku untuk di agihkan. Aku hanya diam membisu.
Sesudah itu, Zafril terus melangkah keluar kelas. Renungan Fatiha dan Dian mula tajam. Aku hanya terkedu.
"Banyak-banyak perempuan. Kenapa mesti kau ek?" Dian mencekak pinggangnya.
Adurh. Jadi isu juga ke? Malaslah layan. Nanti makin meroyan pula. Kertas tadi aku agihkan pada pelajar lain. Mereka berdua masih memandang. Aku hanya buat-buat tak nampak.
Zafril pun satu bagilah dekat ketua kelas.
***
Waktu petang. Zafril terlibat dengan latihan bola sepak. Kasut bola sudah pun dia sarung. Mulakan dengan pemanasan badan beramai-ramai. Selepas itu masing-masing buat larian padang sebanyak lima kali.
Fahmi rakan sepasukan juga rakan sekelas berlari bersebelahan Zafril.
"Weh.. tu bukan Tia ke?"
"Tia mana?"
"Tia sebelah kelas kita."
Mereka berdua melihat ke arah aku. Aku dengan bungkusan roti di tangan melihat Zafril training.
"Cantik juga diakan?" Zafril memandang Fahmi.
"Apa?" Mereka pun selesai membuat larian padang.
"Biar aku pergi cakap dengan dia. Mana tahu ada peluang." Fahmi senyum sambil keningnya di angkat memandang ke arah Zafril.
Sedang Fahmi berjalan ke arah Tia. Zafril menarik.
"Ehhh. Apasal?"
"Captain panggil kau." Lalu Zafril mendahului langkah ke arah Tia. Risau juga Zafril sebenarnya.
Aku melambai tangan melihat Zafril datang ke arah aku.
"Kau asal duduk sini? Kenapa tak balik lagi?"
"Aku baru lepas study kat library tadi. Pastu singgah sini kejap. Tak boleh ke?"
"Tak. Tak elok perempuan tenung laki lama-lama."
"Eh! Kau ni. Siapa kata aku tengok kau?"
"Siapa kata kau tengok aku?" Aku hanya mengetap gigi. Geram pulak bila dia kenakan aku balik.
"Dahlah. Nak balik. Tiba-tiba sakit mata pulak!" Aku bangun dan terus jalan.
"Eh. Balik dengan siapa?"
"Sebok! Sorang jelah." Zafril hanya menggeleng. Dia menghampiri aku.
Lalu di jentik dahi aku lagi sekali.
"Petang-petang macam ni nak balik sorang. Kau tunggu sini. Lepas training balik sama. Faham!"
Tangan aku tekup pada dahi lalu mengangguk faham.
"!@#$/^&*()"
"Kau bebel apa?" Sempat Zafril memandang semula ke belakang. Aku hanya senyum dan menggeleng.
Nasib baik.