webnovel

Back To Febuary

Tia yang kehilangan seseorang secara tiba-tiba. Tanpa kata tanpa ucap. Membuatkan Tia tertanya-tanya. Kemana dia pergi? Beberapa tahun berlalu. Akhirnya dia muncul kembali dengan perwatakan yang agak berbeza. Tia mula berasa hairan dengan sikapnya. Dia berusaha untuk mendekatinya semula. Tapi sikap barunya yang pura-pura bersahaja membuatkan Tia tiada harapan. Seolah-olah perkara yang lepas tak pernah berlaku antara mereka. Mereka yang berubah sikap dengan sebab yang tertentu. semuanya berlaku hanya di bulan febuari. Bolehkah kita kembali ke febuari yang lalu?

scvrlet · 青春言情
分數不夠
60 Chs

Bab 54

Zafril memecut laju dengan kereta yang di pandunya. Hatinya sedikit bercelaru. Terlalu banyak benda yang ingin di ungkapkan. Terlalu banyak perkara yang di pendamkan dan ia tak dapat di luahkan. Macam mana sakitnya hati Tia, macam itu jugalah hati Zafril.

Zafril berhenti di suatu tempat. Kepalanya di sandarkan pada kemudi kereta. Zafril yang dulu di kenali sebagai orang yang jenis tenang dan santai kini tersepit dalam masalah.

***

Tia merenung langit yang semakin gelap. Hatinya dapat agak, yang hujan akan turun membasahi bumi. Lebih parahnya lagi, setiap kali hujan turun hanya satu nama yang akan berlegr dalam fikirannya. Zafril.

"Aku harap sangat hujan tak akan turun sampailah bile-bile." Kata Tia seorang diri.

Zafril terjaga dari lena sebaik sahaja terdengar guruh yang kuat. Dia terlena seketika di dalam kereta. Tanpa sedar hujan lebat telah pun turun.

"Ape pun terjadi, aku mesti jelaskan semue ni dekat Tia." Zafril mula memandu semula. Dia bertekad ingin jelaskan perkara yang sebenar tak kira apa rintangan sekali pun.

Amirul hanya melihat Tia dari pintu rumah. Tia yng duduk di bangku laman rumahnya sambil merenung hujan, sudah menjadi kebiasaan Amirul untuk perkara sebegini. Tia yang sekarang masih lagi sesat dengan perasaannya.

"Tia." Panggil Amirul.

"Ye?"

"Boleh aku cakap sikit?" Tanya Amirul. Tia hanya diamkan diri.

Tangan Tia menepuk bangku bersebelahannya tanda menyuruh Amirul duduk. Perlahan-lahan Amirul menghampirinya.

"Tanyelah."

"Kau percaya pada perluang ke due tak?" Soalan Amirul buatkan Tia tersentak.

"Kenape?" Soalan di balas dengan soalan.

"Tak delah. Dulu aku pernah buat silap... dan aku pernah terfikir takde lagi perluang ke due untuk aku selepas ape yang dah aku buat... Tapi aku terkejut bile fatihah, dian dan kau..." Tia menoleh ke arah Amirul.

"... tibe-tibe maafkan aku. Kenape?" Tia tersenyum.

"Apa yang selalu aku ingat dalam diri aku, ringankan mulut untuk ucap kata maaf sebab suatu hari nanti kita juga memerlukan kata maaf dari seseorang. Jadi aku maafkan kau."

"Tapi kenape kau tak boleh maafkan Zafril?" Tanya Amirul lagi.

"Tak same Mirul..." Tia menunduk.

"Apa yang tak same? Semue orang buat silap Tia. Same jugak dengan Zafril. Semue orang berhak dapat perluang ke due."

"Tapi die tak boleh kembalikan febuari yang dulu." Tia sedikit marah.

"Ape maksud kau?" Tia hanya diamkan diri.

"kau nak cakap macam mane sekali pon die minta maaf, berape banyak perluang kau bagi pon, mak ayah kau takkan hidop balik? Macam tu ke Tia?" Kata Amirul buatkan Tia sentap.

"Kau tak faham ape yang aku rase Mirul!" Jerit Tia. Amirul sedikit terkejut.

"Tak faham kau cakap. Tia, aku pon pernah rase ape itu kehilangan. Kau lupe ke sape yang bangkitkan aku balik? sape yang bagi kate semangat dekat aku? Same jugak, macam mane aku sedih sekali pun, macam mane aku sekse diri aku sekali pun Sheera tetap takkan hidop balik. Arwah Sheera lagi sedih kalau aku terus tenggelam macam tu." Air mata Tia mula mengalir.

"Kau rase arwah mak dengan ayah kau nak ke kau macam ni? Tolong la jangan sekse diri kau macam ni, dan tolong bagi perluang ke due untok Zafril macam mane kau bagi perluang tu dulu dekat aku." Amirul menyeka air mata Tia.

"Aku balik dulu." Tia hanya melihat susuk tubuh Amirul berjalan meninggalkannya seorang diri.

"Tak semudah yang kau sangke Mirul." Selepas beberapa minit Amirul pergi, datang sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Tia.

Hujan yang lebat mengaburi penglihatan Tia. Seseorang membuka pintu kereta lalu berjalan menuju ke arah Tia.

"Zafril?"

Thanks pada mereka yang masih setia mnenunggu.

scvrletcreators' thoughts