webnovel

Back To Febuary

Tia yang kehilangan seseorang secara tiba-tiba. Tanpa kata tanpa ucap. Membuatkan Tia tertanya-tanya. Kemana dia pergi? Beberapa tahun berlalu. Akhirnya dia muncul kembali dengan perwatakan yang agak berbeza. Tia mula berasa hairan dengan sikapnya. Dia berusaha untuk mendekatinya semula. Tapi sikap barunya yang pura-pura bersahaja membuatkan Tia tiada harapan. Seolah-olah perkara yang lepas tak pernah berlaku antara mereka. Mereka yang berubah sikap dengan sebab yang tertentu. semuanya berlaku hanya di bulan febuari. Bolehkah kita kembali ke febuari yang lalu?

scvrlet · 青春言情
分數不夠
60 Chs

Bab 49

Zafril merenung titisan hujan yang semakin melebat. Lebatnya sehinggakan mengaburi penglihatan. Hatinya masih lagi tidak senang, memikirkan ke mana perginya Tia. Kereta di pandunya berhenti seketika di bahu jalan.

Zafril masih lagi merenung hujan di balik cermin keretanya. Sesuatu perkara yang buatkan dia sentiasa ingatkan Tia adalah hujan. Tia sangat sukakan cuaca hujan. Setiap kali hujan turun, Tia akan memerhati hujan sambil tersenyum. Tetapi Zafril masih lagi tidak tahu apa sebabnya. Dia sendiri tidak pernah tanya hal ini pada Tia.

Saat itu, Zafril keluar dari keretanya. Hatinya membuak-buak untuk mengucapkan kata maaf pada Tia. Seksanya menahan rasa sebersalah, sakitnya hati sehingga mahu pecah. Tetapi sakit hatinya tidak lah sesakit hati Tia sekarang.

'Maafkan aku Tia. Maaf. Kau kekalkan lah aku dalam hati mu. Ingatlah aku ketika turunnya hujan dan berharap setiap titisan hujan itu membawa aku dalam dakapanmu.'

***

Keesokkan harinnya Zafril sedikit selsema akibat membiarkan dirinya terdedah dengan hujan. Mukanya diliputi dengan penutup muka, takut jika rakan sekerjanya berjangkit. Namun dirinya masih kuat untuk bekerja.

"Sot set sot set kau ni. Tak sihat ke?" Tanya Sham.

"Selsema jek." Jawab Zafril perlahan.

"Hai welcome!" Sapa Sham pada perlanggan.

Beberapa perlanggan mula memasuki cafe tersebut. Dan salah seorang dari perlanggan tersebut ialah Tasya. Zafril hanya buat-buat tidak nampak. Sikapnya Tasya buatkan Zafril betul-betul tidak selesa.

Sham memberikan menu pada gadis-gadis tersebut dan bersedia untuk mengambil pesanan.

"Er... saye nak ice cafe latte satu... kau nak ape beb?" Tanya Tasya pada kawan-kawannya yang lain. Sekali-sekala Tasya memandang ke arah barista dan Sham perasan kelakuan gadis itu.

"Saye nak ice cafe mocha." Pesan Shima.

"Same... saye nak ice cafe mocha jugak." Beritahu Farah. Mereka bertiga hanya memesan minuman sahaja.

"Itu sahaje ye cik?" Tanya Sham untuk memastikan pesanan tersebut. Mereka bertiga hanya mengangguk. Sham memasukkan pesanan perlanggan ke dalam sistem komputer. Supaya pesanan tersebut akan sampai ke staff yang lain.

Sham berjalan menuju ke barista menunggu pesanan untuk di hantar.

"Man... kau kenal ke perempuan tu?" Sham membuat isyarat ke arah mereka bertiga. Zafril hanya mengangkat bahu, malas ingin mengambil tahu.

"Asal?" Tanya Zafril. Kopi yang keluar dari mesin Zafril agihkan pada tiga cawan.

"Takde lah... dari tadi aku tengok die asik tengok kau jek. Manelah tahu kau kenal." Kata Sham.

"Entah..."

Pesanan tadi sudah pun siap. Zafril meletakkan tiga gelas kopi yang siap di bancuh pada dulang. Sham mula mengangkat dan di bawa pada gadis tersebut.

"Satu ice cafe latte dan dua ice cafe mocha." Beritahu Sham.

"Nak tanya... yang dekat barista tu Zafril ke?" Tanya Tasya.

"Aah... tapi kitorang dekat sini panggil die Iman." Jawab Sham.

"Iman?" Sham mengangguk. Tasya baru teringat. Dari sekolah lagi semua orang panggil dia Iman kecuali Tia. Tapi Sekarang Tasya juga beranikan diri dengan panggilan Zafril.

"Er... awak kenal die ke?" Tanya Sham ingin tahu.

"Kenal. Kawan sekolah dulu... Kejap ye." Tasya keluarkan sehelai kertas dan pen. Nombor telefonnya di tulis atas kertas tersebut dan di hulurkan pada Sham.

"Awak boleh pas dekat die?" Tanya Tasya.

"Boleh..."

"Terime kasih." Ucap Tasya. Sham memberi kertas yang di lipat pada Zafril.

"Nah." Beri Sham.

"Ape?" Kertas tadi bertukar tangan.

"Nombor sape?" Tanya Zafril.

"Tuu... die suruh bagi dekat kau." Zafril menghela nafas perlahan.

"Kau amiklah." Zafril memberi semula pada Sham.

"Larh... kenape pulak? Cantik tu." Sham pula yang kesal bila Zafril jual mahal.

"Kalau cantik kau jelah amik." Zafril mengambil buku stok untuk dicatat.

"Confirm eh Iman? Tak nyesal eh?" Perli Sham.

"Dah pergilah sane." Halau Zafril.