Zafril membelek-belek telefonnya. Tertera nama Tia di skrin telefon tersebut. Dia masih lagi ragu-ragu untuk menghungi Tia. Malah setiap kali dia menaip mesej di aplikasi whatsapp dia langsung memadamnya semula. Zafril terduduk seketika di kaki lima berhampiran tempat letak kenderaan di pasar raya.
Mengeluh.
"Heish! Nak call ke tak... nak call ke tak? Kang aku call... aku nak cakap ape?" Zafril termenung seketika.
Teringat masa dahulu setiap kali mereka berbual mengenai tempat yang ingin mereka bercuti ataupun tempat yang mereka teringin sangat hendak pergi.
"Zafril..." Panggil Tia.
"Ermm..." Zafril sedang sibuk mengelap kopinya yang tumpah akibat kecuaian Tia.
"kalau awak nak bercutikan... awak akan bercuti dekat mane ye?" Tanya Tia.
"Aku tak rase nak bercuti sekarang..." Jawab Zafril acuh ak acuh.
"Kau ni... bukan tu maksud aku."
"Habis tu?" Zafril tidak faham.
"Tempat yang kau nak pergi sangat-sangat. Tempat yang boleh tenangkan hati kau..." Tanya Tia lagi. Kali ini Mata Tia memandang serius pada wajah Zafril.
"Hmmm..." Zafril berfikir seketika.
"Pulau kot." Jawab Zafril bersahaja.
"Kau ni jawab main-mainlah. Malas la cakap dengan kau!" Tia merajuk. Dia terus memusing membelakangi Zafril.
"Larhh... merajuk pulak." Zafril mencuit bahu Tia. Tapi Tia hanya buat tidak tahu.
"Ok-ok! Pulau Langkawi." Jawab Zafril untuk memuaskan hati Tia. Laju Tia memusing ke arah Zafril. Mukanya yang teruja membuatkan Zafril sedikit kekok. Zafril malu bila melihat Tia tersenyum betul-betul di hadapan mukanya. Baginya senyuman Tia begitu manis dan kecantikkan Tia terlalu menonjol pada ketika itu.
"Jangan senyum macam tu." Zafril menekup muka Tia dengan tapak tangannya.
"Ish! Tak payahlah buat macam tu." Jerit Tia.
"Sape suruh kau senyum."
"Suke hati akulah. Dah mulot aku." Jeling Tia.
Suasana menjadi sunyi seketika. Tia juga malu bila Zafril menyentuh mukanya tanpa segan silu.
"Er... Asal kau suke Pulau Langkawi?" Soalan Tia memecahkan sunyi tersebut.
"Sebab tu tempat yang arwah ibu aku suka pergi... So one day kitorang pergi bercuti dekat situ. Memang best, cantik, tenang jek... Ibu pon seronok dekat situ." Zafril tunduk seketika bila teringatkan arwah ibunya.
"Tapi tulah kali terakhir aku nampak die senyum..." Sambung Zafril lagi.
"Sorry..." Tia tiba-tiba jadi sebersalah menanyakkan soalan tersebut.
"Kenape pulak tibe-tibe? Bukan kau buat salah pon."
"Taklah... mane tahu soalan aku tu buatkan kau sensitif ke kan..." Tia memandang Zafril. Zafril juga memandang Tia. Mereka saling bertentang mata membuatkan Tia sedikit malu dan tersentuh. Tiba-tiba dahi Tia di jentik oleh Zafril.
"Adurh!" Jerit Tia. Zafril mula ketawakan Tia dengan senang hati.
"Tak gune kau!" Marah Tia.
Zafril tersenyum bila mengingat kenangannya bersama Tia. Sebersalah pada dirinya semakin membuak-buak. Dia tak nak di kelilingi dengan rasa tersebut. Mahu ataupun tidak Zafril perlu perbaiki segala kesulitan dan dia akan cuba untuk kembali pada febuari yang lalu.
Zafril tiba-tiba terfikirkan sesuatu.
"Jangan-jangan die pergi dekat situ agaknye." Zafril yakin yang Tia sekarang di suatu tempat yang pernah meraka ceritakan sebelum ni.
"Hai Zafril." Seseorang menegurnya tidak jauh dari situ.
Zafril memandangnya. Mukanya yang bersahaja hanya senyum lalu pergi dari situ.
"Er.. . Zafril!" Dia memanggil semula Zafril. Zafril menoleh.
"Ye?" Jawab Zafril kembali.
"Awak tak kenal saye ke?" Tanya Tasya kembali. Zafril memandang dengan teliti pada perempuan tersebut.
"Tak rasenye." Zafril sejenis malas hendak ambil tahu kaum yang bernama perempuan. Malah rakan perempuan sekelasnya juga dia slalu terlupa nama.
"Awak ni kelakarlah Zafril." Tasya ketawa perlaan. Seakan-akan perempuan melayu terakhir. Tetapi sikapnya Tasya membuatka Zafril sedikit tidak selesa. Bukan sikitlah, banyak mungkin.
"Saye Tasyalah... kawan Tia. Ingat tak?"
Tasya? Zafril masih lagi terpinga-pinga. Yang mana satu ye? Tiba-tiba Zafril teringat budak perempuan yang selalu di buli dan Tia selalu tolong budak tersebut.
"Oh.. ye-ye." Jawab Zafril.
"Ingatkan... yang kite ade terjumpe dekat bilik kesihatan mase Tia pengsan tu." Senyum Tasya lagi. Kata-kata Tasya membuatkan Zafril teringat akan kejadian trsebut.