webnovel

Aku Redha

Aku redha segala ketentuan-Mu. Cinta pertama yg harus aku lupakan. Dia yg memaksa aku pergi meningglkan dia ketika itu. Setelah sekian lama, aku pun telah mempunyai kehidupan baru, ketika itu juga lah dia datang menuntut cinta lama kami kembali. bagaimana aku harus memilih salah satu daripada mereka?

Ann_Zack · 奇幻言情
分數不夠
13 Chs

Bab Tujuh_Perpisahan

Hampir setahun perkahwinan kami, Am seperti biasa selepas habis waktu kerja, dia akan balik utk makan, mandi, tukar pakaian dan terus keluar hingga pagi. Ada kalanya, dia tidak balik langsung. Ramai yg sudah anggap, abg Am seperti telah di jampi oleh perempuan itu. Mama juga dapat merasa sesuatu perkara yg buruk akan berlaku dalam masa terdekat akibat dari mendengar desas desus pekerja di pejabat mama. Satu petang, ketika itu mama, Alia dan aku sedang seronok bersantai dan berborak di pondok kecil di tepi kolam rumah mama. Sambil minum petang dan ketawa riang, tiba-tiba wajah Syira muncul di hadapan kami tapi pada waktu itu dia tidak datang bersama Am. Mama hairan dengan kedatangannya kerana Syira pasti tahu waktu- waktu begitu, Am masih di pejabat. Dia menyatakan hasratnya yg dia tidak datang kesini utk berjumpa Am tapi dia datang kerana hanya mahu berjumpa dan berbincang mama dan aku. Syira datang ke sini hanya mahu membuat pengakuan yg bahawa dirinya telah disahkan mengandung, dan anak dalam kandungannya itu adalah anak Am. Dengan nada bangga, dia mahu Am bertanggungjawab atas segala perbuatannya itu. Pada mulanya, kami tidak langsung percaya dengan kata-kata bangganya itu. Mungkin dia hanya mahu berpura-pura supaya aku melepaskan Am. Dia telah mengeluarkan beberapa keping gambar scan baby dalam kandungannya dan sepucuk surat dari doktor yg mengesahkan kandungannya dan ianya dihulurkan padaku dan mama. Mama terkedu melihat semua bukti itu dan tiba-tiba sahaja hatiku pula terasa perit. Perkara yg paling membuatkan aku betul-betul sakit, apabila dia boleh mengaku yg semua orang tahu apa yg mereka buat kat pejabat dan di rumah mama. Hubungan mereka tidak pernah berselindung. Dia pula yg kata aku ni seorang perempuan yg dayus. Depan macam bidadari, pijak semut tak mati. Belakang macam syaitan. Dia mahu Am kahwin dengannya juga walaubagaimana sekali pun. Dia juga mengugut, kalau mama tidak setuju dan menjadi penghalang hubungannya dengan Am, dia akan hebahkan pada orang ramai tentang perangai Am yg sebenarnya. Mama agak terganggu dengan ugutan Syira.Aku tidak tahan melihat Syira mengugut mama hingga begitu. Aku juga memulakan peperangan mulut. Tak lama kami bertengkar di halaman itu, aku terus minta security rumah mama utk menghalau Syira dari situ. Sejurus Syira melangkah keluar, mama terus terduduk di tepi kolam dengan memegang kuat dadanya. Aku dan Alia segera mengangkat mama dan memapah masuk kedalam rumah. Mama meminta kami meletakkannya hanya di kerusi ruang tamu. Mama baring seketika dan dengan segera aku meminta Mak tam membawa segelas air utk mama. Selepas maktam membawa air, aku menyuap air ke dalam mulut mama dengan perlahan. Dan dengan perlahan juga, aku meluahkan cadangan pada mama.

"Kalau itu lah permintaan Syira, Dee rela lepaskan abg Am, mama.." aku menunduk. Mama memandang aku dan terus memelukku.

"Dee, dont ever said that. Mama sayang Dee. Mama takkan bagi Am kawin dengan perempuan macam tu. Dia tidak akan menjadi menantu yg baik. Dia takkan boleh ganti Dee utk mama. Mama tidak akan benarkan dan tidak akan setuju."

"Lia pun setuju dengan pandangan mama. Lia pun tak sanggup tengok Dee lepaskan abg semata-mata utk puaskan permintaan perempuan tu." Alia menyambung kata-kata mama. Dalam tidak sedar, air mataku sedikit mengalir.

"Dee takkan biarkan dia buat macam tu kat abg Am. Diakan suami Dee. Dee tak kan benarkan dia buka aib suami Dee utk dijadikan bahan ketawa orang ramai, mama. Biarlah Dee mengalah. Kalau itu boleh buat abg bahagia, Dee terima. Lagipun, siapalah Dee pada mata abg. Sekadar orang suruhan dia je. Dia takkan rasa apa-apa pun kalau Dee tak ada kat sini. Mama dengan Lia jangan risau. Dee okay je. Lagi pun, Dee dah pun buat keputusan Dee. Dee harap mama dengan Lia boleh terima." Mama dan Alia pula menangis. Mereka juga tidak sanggup berjauhan dengan ku lagi. Namun aku harus bekorban demi maruah k

suami dan nama baik mama.

"Baiklah, mama akan terima keputusan Dee. Asalkan Dee takkan cakap atau tuntut cerai dari Am ataupun mama tidak mahu Dee menghilang kan diri dari mama. Mama perlu tahu apa yg anak mama lalui bila berada berjauhan dari mama. Itu syarat mama." mahu atau tidak, aku terpaksa setuju dengan syarat mama. Aku tidak sanggup lagi menahan sakit tinggal di dalam rumah ini. Hanya kerana penting kan diri sendiri. Mereka berhak bahagia. Akulah juga punca mereka tidak dapat bersama. Mungkin dengan cara ini, aku dapat menebus rasa bersalah aku terhadap Am. Selama hari ini pun, Am hanya menanggap aku sampah dalam hidupnya. Jadi senanglah utk aku pergi dari situ. Dia pun pasti tidak menghalang.

Sejurus aku tamat pengajian stpm, tanpa menunggu result keluar, aku meminta izin mama utk menyambung pelajaran di luar negara. Cuma kali ini, tempat belajar akan ditentu kan oleh aku sendiri. Mama bersetuju dengan segala syarat aku asalkan aku setuju menerima syaratnya juga. Aku harus pergi kesana dengan membawa Mak tam bersama khas untuk menjagaku disana dan mereka hanya mahu aku akan sentiasa menghubungi mereka. Mereka memang tidak mahu lagi terputus hubungan denganku kali ini. Aku harus juga pergi meninggalkan rumah kli ini kerana aku tidak sanggup melihat Am bakal bahagia bersama orang lain. Sebenarnya, setelh sekian lama, baru aku dapat merasa bahawa, ketika aku berada bersama Am, aku bahagia. Walaupun dia melayani aku secara kasar, tapi dia masih makan makanan yg aku masak dan hidangkan padanya. Dia masih pakai pakaian yg aku gosokkan padanya. Dia masih tidur sekatil dan mahu bersamaku walaupun dia telah tidur bersama wanita lain. Aku tidak tahu apakah perasaan itu. Adakah aku sudah mula jatuh cinta padanya? Mungkin Allah telah tanamkan benih cinta dalam hatiku. Setiap inci wajah dan gerak geri Am, membuatkan aku rasa tidak salah pilihanku utk berkahwin dengannya. Am memiliki wajah yg tampan dan mata yg mempersona. Senyumannya yg manja, buatkan semua perempuan pun tergila. Memandangkan dia anak orang kaya, menjadi satu tiket utk dirinya merapati gadis secantik Syira. Aku dapat bayangkan hari pernikahan Syira dan Am nanti. Membuatkan hati aku akan bertambah sakit. Cukuplah dengan segala tomahan yg telah kau tujukan padaku selama ini. Aku tidak mahu menambahkan lagi dosa-dosa kering. Lebih baik aku undur diri. Ketika hari pelepasan aku ke Perth, itulah juga hari pernikahan Am dengan Syira. Aku tidak mahu berada di sekitar mereka ketika saat mereka bahagia. Aku tak sanggup tengok. Biarlah aku pergi jauh dari hidup mereka. Mungkin selepas ni mereka pasti akan hidup bahagia. Setelah bertahun Am mahu bersama Syira dan sekarang, Syira setuju mahu menjadi isterinya. Mungkin ini satu peluang yg mungkin Am tidak akan lepaskan.