webnovel

Chapter 7 : Pergi bercuti

Tibalah hari yang dinanti-nantikan. Aku hairan apabila melihat adik bongsuku yang begitu excited. Mama pula baru siap bersiap. Aku tengok Adha harini nampak happy betul dia. Mungkin dia dah berbaik dengan girlfriend dia kot.

Kami pun bertolak ke Pulau Pangkor.

*****

Kami pun tiba di destinasi. Papa pun booking tiga bilik. Satu bilik untuk papa dan mama. Bilik kedua untuk aku dan Adha dan bilik yang terakhir untuk Adriana seorang. Kami pun pergi ke bilik masing-masimg untuk berehat.

"Along! Tolong bawakan beg adik gi kat bilik boleh?" Tanya Nana kepadaku.

"Tulah kau dik. Bawa barang banyak-banyak lepastu mulalah nak susahkan along." Sampuk Adha.

"Ish kau ni kenapa ngah? Aku tak suruh kau pun. Aku suruh along kan. Sibuk je." Jawab Nana dengan marah pada Adha.

"Heh sudahlah tu. Kat sini pun nak bergaduh ke angah ha adik? Nana pun satu. Tak boleh ke bawa sendiri. Jangan nak susahkan orang pulak." Kata mama dengan tegas.

"Hmmm...takpe mama. Along boleh je tolong bawakan untuk adik. Mama jangan la marah-marah ye." Kata aku.

"Ish kau ni long. Biarlah dia bawa sendiri. Mengada-ngada. Nanti dia lagi mengada tahu tak." Kata Adha kepadaku.

"Yelah along. Suka hati kamu lah. Mama tak kisah." Kata mama.

Aku hairan melihat papa yang diam sahaja daripada tadi. Aku nak tanya tapi takut kena marah pula. Jadi aku diam jelah. Hihihihihihi. Salah ke kalau aku abaikan?

Setelah menghantarkan beg di bilik Nana. Aku pun balik ke bilik untuk berehat.

*****

Kami masing-masing telah siap untuk makan malam bersama-sama.

"Ha dah jom makan. Harini esok dan seterusnya kita nak happy-happy je kan. So, jom la kita makan." Kata mama.

"Yan!" Panggil papa.

"Ye papa." Jawab aku.

"Papa nak kamu mula bekerja dengan papa. Lepas kita balik dari bercuti. Papa beri kamu masa seminggu untuk berehat dan selepas itu kamu kena kerja." Perintah papa.

"Ok papa. Terima kasih ye papa." Kata aku setuju.

Tiba-tiba Adriana atau yang kami panggil Nana mula bersuara.

"Ermmm.....papaaaaa.....mamaaaaa. Sebenarnya Nana ada benda sikit la nak cakap. Boleh tak?" Tanya nana dengan raut wajah yang seolah-olah sedang takut untuk bercakap.

"Boleh sayang. Apa dia sayang? Kamu ada buat salah ke? Takde kan. Jadi buat apa nak takut. Cakap jelah daripada kamu pendam lama-lama." Jawab mama dengan lemah lembut.

"Sebenarnya Nana setuju datang sini pun sebab Nana nak jumpa crush Nana. Dia cinta pertama Nana sejak zaman sekolah lagi. Mama dengan papa marah tak kalau Nana berkawan dengan lelaki?" Nana terus terang dengan perasaan takut mama dan papa akan marah.

"Selagi kamu pandai jaga maruah diri dan maruah keluarga. Kami takde masalah. Jangan kamu buat hal yang bukan-bukan dah la. Jangan sampai mendatangkan fitnah sudahlah. Tapi...." Kata papa.

"Tapi apa pa?" Tanya Nana memotong papa ketika bercakap.

"Tapi dia tak tahu ke yang kamu sukakan dia. Jangan terlalu berharap. Papa tak nak kamu patah hati nanti. Hahahahahaha. Kalau dia berani sakitkan hati kamu. Dia memang cari nahas. Hahahahahahaha." Kata papa sambil tertawa.

"Hahahahahahahahahahahahahaha." Kami ikut ketawa dengan terbahak-bahak.

"Amboi. Sampai hati cakap macam tu. Ok takpe. Nana akan buktikan yang Nana akan berkahwin dengan dia suatu hari nanti. Nana akan pastikan yang Nana tak akan patah hati." Kata Nana dengan tekad.

"Hahahahahahahaha. Yelah Nana. Lakukan apa yang kau suka. Hahahahahahaha." Adha ketawa terbahak-bahak.

"Hahahahahahahahaha." Kami tertawa bersama tanda bahagia.

"Ni perancangan dah ada tapi bila nak kenalkan dengan kitorang? Mama tak sabar nak dapat menantu." Kata mama.

"Ok mama. Nanti Nana minta dia datang ke rumah berkenalan dengan mama dan papa masa majlis sambut hari lahir along dan angah nanti. Setuju?" Tanya Nana.

"Ok kami setuju." Jawab Adha dengan senyum smirk.

Masa pun berlalu dengan cepat. Kami kembali ke bilik masing-masing.

Keesokan harinya aku dan Adha merancang nak berjalan-jalan di pagi hari sekejap ambil angin dan tiba-tiba kami nampak seorang wanita yang kami kenal sedang bercakap dengan seorang lelaki yang kacak.

"Weh! weh Adha tu bukan ke adik kita?" Tanya aku pada Adha yang sedang menikmati udara segar di pagi hari.

"Eh eh. Yelah weh. Itu adik kita tu. Agaknya tu ke crush yang dia cite malam tadi?" Tanyaku balik.

"Entah la weh. Yelah kot. Jom kita perhatikan dia. Takut nanti jadi benda bukan-bukan pulak." Kata aku pada adik kembarku.

"Jom." Balasku pendek.

"Eh laki tu nak pergi mana pulak ni?" Tanya Adha.

"Manalah aku tahu. Kau ni pun. Kita perhatikan jelah. Dia nak pergi mana biar lantak la dia." Jawabku.

Setelah lelaki itu pergi dari adik kami. Kami pun datang dekat dengan Nana. Ternyata Nana menunjukkan muka yang begitu terkejut.

"Eh Nana. Pagi-pagi dah ada kat sini. Awal eh ko bangun. Selalu liat nak bangun pagi. Harini awal pulak ko bangun. Pelik la aku." Kata Adha.

"Eh angah. Angah ni kan. Suka tau buat adik terkejut. Takdelah. Kan esok kita dah balik. Jadi aku nak la berjalan-jalan harini sepuas-puasnya. Esok dah tentu kita akan bersama sepanjang hari je kan." Balas Nana.

Aku pun hairan dengan diorang ni sebab cara diorang bahasakan diri berlainan setiap masa. Kejap kau aku kejap adik abang. Tulah yang aku pelik. Jadi aku malas nak fikir hal benda remeh macam ni. So, aku abaikan jelah.

"Ha along. Asal? Senyap je. Ada awek yang along berkenan ke. Hahahahahaha." Kata Nana sambil terkekeh.

"Eh tak la. Ni along terfikir nak belikan hadiah untuk kawan perempuan along yang tinggal kat kampung. Nana rasa kan, apa yang along patut belikan untuk dia eh?" Tanya aku menukar topik. Aku takut diorang cakap aku mengelamun. Tak pasal-pasal mama suruh kahwin nanti. Tak nak la aku kahwin muda. Aku baru je 22 tahun. Tak kan la nak kahwin. Lagipun aku nak Lyana seorang sahaja yang akan jadi isteri aku nanti.

"Eh? Ok ok. Along tak pernah cakap pula yang along ada kawan perempuan tapi kan along. Nana tak tahu la apa yang patut along beli. Along beli jelah apa-apa yang agak-agak dia suka." Kata Nana.

"Ouhhh ok ok." Balas aku pendek.

"Eh along angah. Dah alang-alang ada kat sini. Apa kata kita bergambar kat sini. View kat sini cantik la." Ajak Nana.

"Ha jom. Lagipun ini kali pertama kita tiga beradik bergambar bersama." Kata Adha.

"Ha ambil banyak sikit. Boleh buat kenangan nanti." Sampuk aku menyokong mereka untuk bergambar.

Kami pun mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan dan ternyata kami bertembung dengan papa dan mama yang sedang dating berdua.

"Mama! Papa!" Jerit Nana memanggil papa dan mama.

Mama dan papa menoleh dan datang dekat kepada kami.

"Ye sayang. Kenapa ni jerit-jerit. Tak malu dengan orang ramai ke. Awak tu anak dara tau. Suara tu perlahan sikit." Kata mama.

"Kuat eh? Hihihihihihihi. Maaflah tak sengaja. Mama jom bergambar satu keluarga. Boleh buat perhiasan kat rumah nanti." Ajak Nana.

"La nak ajak bergambar sampai jerit gitu terus.Yelah yelah. Jom." Jawab mama setuju.

"Ada-ada jelah kamu ni." Kata papa.

Kami pun bergambar satu keluarga. Itu adalah hari yang paling bahagia bagi aku sebab buat pertama kalinya aku bergambar dengan keluarga sendiri.

*****

Hari pun berlalu dengan cepat. Kami pun berkemas-kemas untuk pulang. Kami masing-masing check out dan pergi makan sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur.

Aku berniat akan balik kampung sekejap untuk berjumpa dengan cinta hati aku. Rasa macam dah lama tak jumpa. Aku jadi rindu pada dia. Aku juga ingin berikan hadiah yang ku belikan untuk dia. Tak sabar rasanya ingin melihat reaction dia nanti.

BERSAMBUNG...