webnovel

Chapter 25 : Lepaskan rindu

*****

Setelah 3 jam aku memandu. Tibalah kami di rumah mommy.

"Assalamualaikum." Aku memberi salam.

"Waalaikumsalam. Ya Allah, anak mommy! Rindunya mommy pada mel. Mel apa khabar sayang? Okay tak? Sihat tak? Ada sakit kat mana-mana tak?" Jawab mommy lalu memeluk anaknya yang sangat dia rindui. Mommy rindu sangat pada Melisa sampai tanya melulu macam tu. Aku rasa bersyukur sangat sebab dapat satukan mereka kembali setelah lama terpisah. Terima Kasih Ya Allah, kau permudahkan urusan hambamu ini.

"Mommy, mel ok la. Mel sihat je. Mommy jangan la macam ni. Nak nangis mel ni." Jawab Melisa yang sedang menahan daripada menangis.

"Ok takpe. Yang penting mel dah balik. Kita masuk dulu ye sayang." Kata mommy lalu mengajak kami masuk.

Kami pun masuk ke dalam rumah.

"Ni korang dah makan ke? Kalau belum mommy boleh sediakan makanan." Tanya mommy.

"Takpe mommy. Kami dah makan dah sebelum gerak balik sini." Jawab Melisa.

"Iye. Yelah, takpe la kalau macam tu. Oh ya, jumaat minggu depan kan birthday mel. Mommy ingat, mommy nak buat birthday party for anak kesayangan mommy ni. Kamu macam mana Adrian? Setuju tak?" Tanya mommy.

"Mommy pun fikir macam tu ke. Hahahahaha. Adrian pun fikir macam tu juga. Kira on jelah mommy." Jawab aku.

"Ok kalau macam tu, mommy nak buat persiapan. Birthday girl kan. Kena la meriah sikit." Kata mommy.

"Hahahahaha. Yelah mommy. Erm.....mommy, kami nak masuk bilik dulu lah. Nak mandi dulu, ni dah rasa lekit-lekit dah ni. Mel dengan Adrian tak solat lagi ni. Kami masuk dulu ye." Kata Melisa.

"Ha yelah, masuk la dulu. Rehat, mandi dulu dan lepas tu solat. Nanti papa balik, kita boleh makan malam sama-sama." Balas mommy.

Kami pun masuk ke bilik kami.

"You pergi mandi dulu la. I boleh nak kemas baju masuk almari dulu. Lepas you mandi, I pula nak mandi. You tunggu I kalau nak solat. Kita solat sama-sama." Kata Melisa.

"Okay sayang." Balas aku lalu masuk ke bilik air untuk mandi.

*****

Entah macam mana aku boleh lupa membawa tuala mandi. Aku pun memanggil mel meminta bawakan tuala untuk aku.

"Sayang!" Panggil aku.

"Ye. Kenapa?" Tanya Melisa menjawab panggilan aku.

"Tolong ambilkan tuala I. I lupa nak bawa sekali tadi." Jawab aku.

Dia pun datang dengan membawa tuala. Ketika aku mau mengambil tuala itu, aku menarik tangannya untuk mandi bersama-sama.

*****

Tak lama kemudian, kami pun selesai mandi. Aku dan dia bersiap sedia untuk menunaikan solat bersama-sama.

"Sayang! Siap dah?" Tanya aku.

"Dah. Jom lah solat." Jawabnya.

Ini kali pertama aku imamkan isteri aku. Sebelum ni aku hanya solat sorang-sorang sebab masa tu Melisa tidak berubah lagi menjadi yang diri dia yang sekarang. Aku bersyukur sangat kerana dia telah berubah untuk menjadi lebih baik.

*****

Tak lama kemudian, kami pun selesai solat. Aku membaca doa agar diberi keberkatan dalam hidup kami dan semoga cepat dikurniakan anak.

"Youu.....I nak minta maaf atas salah silap I selama ni. I tuduh you bukan-bukan. I jauhkan diri I dari you. I minta maaf tau." Katanya sambil menyalam tangan aku.

"Takpe lah sayang. Benda dah lepas. I dah maafkan you dah pun. Yang penting sekarang ni, you kena minta maaf pada semua orang sebab you pergi hilangkan diri tanpa apa-apa khabar pun." Balas aku.

"Hmmm yelah you. You, I ingat, I nak jumpa mama la. I nak minta maaf dengan diorang. Yelah, I kan dah buat diorang risau." Katanya.

"Ha yelah. You bersiap dulu, I tunggu kat ruang tamu. I nak bagitahu mommy yang kita nak ke rumah mama kejap." Balas aku lalu ke ruang tamu.

*****

"Mommy, kami nak ke rumah mama kejap. Melisa kata nak jumpa mama, dia nak minta maaf pada semua orang. Nanti dah settle semua, kami balik sini semula ya mommy." Kata aku pada mommy.

"Eh takpe. Pergi jelah, mesti mama pun rindukan Melisa juga kan. Takpe, pergi je. Mommy tunggu kat rumah. Ni, Melisa mana? Kata nak ke rumah mama." Tanya mommy.

"Ada tu dalam bilik, tengah bersiap." Jawab aku.

Tak lama kemudian, Melisa pun keluar dari biliknya.

"Ok lah ma. Kami gerak dulu ye." Kata aku.

"Yelah. Hati-hati di jalan." Balas mommy.

Kami pun bersalaman dan masuk ke dalam kereta. Kami mula bergerak ke rumah mama.

*****

Setelah 30 minit, kami pun tiba di rumah mama.

"Assalamualaikum." Melisa memberi salam.

"Waalaikumsalam." Mama menjawab salam lalu membuka pintu.

"Mama! Mel minta maaf ma sebab pergi macam tu je. Tak bagi apa-apa khabar berita." Melisa menyalam tangan mama lalu memeluk mama.

"Ya Allah nak. Jangan la buat mama risau lagi lepas ni. Sudah, sudah. Masuk dulu, tak elok berbual kat luar ni." Kata mama dengan sebak lalu mengajak kami masuk.

"Mel minta maaf ye ma sebab buat mama risau." Kata Melisa.

"Takpe. Mama dah maafkan mel dah pun. Ni korang lama ke balik sini? Makan malam kat sini ye." Balas mama lalu mengajak kami untuk makan malam bersama.

"Takpelah ma. Kami dah janji nak makan dengan mommy sama-sama. Kami pun tak lama kat sini. Kejap lagi kitorang kena balik rumah mommy. Melisa nak buat suprise kat daddy. Maklumlah, Melisa kan anak kesayangan daddy." Kata aku.

"Ish you ni. Saja je kan nak usik I." Kata Melisa sambil mencubit paha aku.

"Hahahahaha. Suka mama tengok korang dah berbaik macam ni." Kata mama.

"Alhamdulillah ma. Allah mudahkan urusan along. Oh ya ma, kami tak boleh lama kat sini. Kami nak ke tasik kejap. Jalan-jalan ambik angin." Kata aku.

"Nak balik dah ke?" Tanya mama.

"Aah ma. Lama-lama nanti takut daddy sampai rumah awal. So, kami nak jalan-jalan ambil angin kejap." Jawab Melisa.

"Ha yelah. Takpe, lain kali datang lagi. Kejap ye, mama nak bagi kek sikit. Tadi mama bosan, tu yang mama buat kek." Kata mama lalu pergi ke dapur bungkuskan kek untuk kami.

"I tak sabar nak tengok tasik. I dah lama tak tengok tasik." Kata Melisa.

"Ye sayang. Sabar ye, kejap lagi kita tengok tasik." Balas aku. Tak lama kemudian, mama pun datang dengan kek yang dah siap dibungkus untuk kami bawa pulang.

"Terima kasih ma. Kami gerak dulu ye." Kata aku.

"Ha yelah. Hati-hati." Balas mama lalu kami pun segera menuju ke tasik.

*****

Kami pun tibalah di tasik.

"You, cantik kan tasik ni." Kata Melisa.

"Betul tu. Cantik macam sayang." Balas aku.

"Ish you ni. Ada je kesempatan nak usik I tu." Katanya.

"Tapi kan sayang. Kalau lah I ada kesempatan untuk kahwin lain. Best juga kan. You boleh ada madu." Balas aku.

"Apa dia? You cakap apa tadi? I tak dengar." Kata Melisa sambil mencubit aku.

"Ok tak, tak. I gurau, I gurau je sayang." Balas aku lalu Melisa melepaskan cubitan.

"Berani you nak kahwin lain. You cubalah kalau nak hilang I. Dah la kahwin dengan Lyana tu tak bagitahu I." Kata Melisa dengan marah.

"Ok, sorry. I janji, lepasni I tak buat dah. I sayang you sorang je. Dalam hati I ni ada you je." Balas aku.

"Yelah!" Kata Melisa.

"Eh sayang. Hari dah makin gelap lah. Jom lah balik, nanti tak suprise pulak kalau papa sampai dulu." Kata aku lalu kami pun segera pulang ke rumah mommy.

*****

Kami pun tiba di rumah mommy tepat waktu.

"Ha dah balik pun. Nasib baik papa belum balik tau. Kalau tidak, tak jadilah suprise kita tuk papa." Kata mommy.

"Nah mommy. Ni mama bagi. Dia saja buat, kebetulan ada lebih. Jadi dia bagilah kita tuk merasa kek ni. Rezeki kan tak kan nak tolak." Kata Melisa.

"Iyaaa! Syukurnya. Dah lama juga mommy tak rasa kek yang dia buat. Ini rezeki la dapat merasa. Jadi lah ni daripada takde langsung." Kata mommy.

"Assalamualaikum." Papa beri salam.

"Waalaikumsalam. Eh bang, sampai pun. Ingatkan lambat lagi." Jawab mama lalu menyambut suaminya. Sementara Melisa sedang menyorok di kerusi ruang tamu.

"Lah kamu pun ada. Kenapa tak bawa Melisa datang sekali. Daddy rindu sangat kat dia ni." Kata daddy.

"Amboi abang ni. Jangan la marah menantu kita tu macam tu. Kecil hati dia nanti." Kata mama.

"Takpe la mommy." Kata aku.

Mommy pun memberikan isyarat kepada Melisa untuk menutup mata daddy dari belakang.

"Eh apa awak ni Datin Kamariah. Dah tua-tua ni nak main nyorok-nyorok ke?" Tanya papa.

"Cuba teka aku siapa." Kata Melisa dengan mengeluarkan suara kasar.

"Tak usah la awak nak ajak saya main teka-teka. Kita ni dah tua tau. Malulah menantu kita tengok ni." Kata daddy.

"Bukan saya la abang." Kata mommy.

"Kalau bukan awak. Siapa pulak. Tak kan lah Adrian pulak. Kan Adrian ada depan saya." Kata daddy.

"Cak!" Melisa suprise kan daddy.

"Ya Allah Melisa. Kamu ni, ada-ada je lah. Lama kamu tak balik. Rindu tau daddy kat kamu." Kata daddy.

"Yelah, mel pun rindu kat daddy. Itu yang mel dan Adrian akan tinggal sini dalam 2 3 hari." Balas Melisa.

"Ouh, yelah. Dah, dah jom makan. Daddy dah lapar ni." Kata daddy.

"Ha jom. Makanan pun dah siap." Kata mommy.

"Daddy! Kenapa daddy keluar outstation tak bawa mommy sekali. Kesian tau kat mommy tinggal sorang-sorang." Kata Melisa.

"Bukan daddy tak ajak. Daddy dah ajak tapi mommy tu yang tak nak ikut. Katanya, ada kerja kat butik la, itulah, inilah. Itu yang daddy pergi sorang je." Balas daddy.

"Hmmm yelah. Lain kali daddy bawa je mommy tau. Kalau mommy tak nak ikut. Daddy heret je mommy." Kata Melisa.

"HAHAHAHAHA. Yelah, yelah." Balas daddy.

"HAHAHAHAHA." Kami sama-sama ketawa.

Bahagianya aku melihat mereka saling menyayangi macam ni. Aku harap lepasni hubungan aku dan Melisa pun akan terus terjaga. Semoga kami saling menyayangi dan ada susah senang bersama-sama.

BERSAMBUNG...