"Kau siapa? Aku tak kenal kau." Kata Adrian.
"Saya isteri abang. Abang jangan la macam ni." Kata aku dengan sedih.
"Kau siapa? Kau keluar!" Adrian memarahi aku.
Lalu aku pun keluar dan menghubungi Lyana.
*****
"Hello Lyana. Ni aku Melisa." Kata aku.
"Oh Melisa. Ha kenapa? Ni abang yan mana? Malam tadi kata nak datang. Mana dia?" Tanya Lyana melulu.
"Adrian..." Jawab aku dengan sedih.
"Ha kenapa dengan abang yan?" Lyana bertanya lagi.
"Di...dia..." Jawab aku dengan sedih tak habis cakap.
"Dia?" Tanyanya lagi.
"Dia accident pagi tadi." Jawab aku sambil menangis.
"Ya Allah. Lepastu ni dia ok ke tak? Ni dia ada hospital mana?" Tanyanya lagi.
"Dia ada dekat Hospital Kuala Lumpur. Dia ok tapi dia hilang ingatan. Dia tak kenal aku siapa. Tolong aku, Lyana. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi supaya dia ingat yang aku ni isteri dia." Kata aku meminta tolong Lyana sambil menangis.
"Ok ok. Aku ke sana sekarang." Kata Lyana.
*****
Tak lama kemudian Lyana pun sampai dan terus berjumpa aku.
"Mel. Kau ok tak ni?" Tanyanya.
"Aku ok tapi aku sedih la. Suami aku tak ingat aku siapa." Jawab aku.
"Dah dah. Jom masuk tengok macam mana." Katanya mengajak aku masuk.
*****
Kami pun masuk ke dalam bilik itu.
"Assalamualaikum. Hai yan. Aku datang ni." Kata Lyana menyapa Adrian.
"Waalaikumsalam. Eh Ly. Kau datang. Terima kasih sebab datang." Jawabnya.
Aku pelik mengapa suami aku mengingat Lyana tapi aku dia tak ingat langsung. Diorang ni dah kenal lama sangat ke?
*****
"Lyana. Aku balik dulu lah. Kau jagalah Adrian sementara aku balik bagitahu mama. Nanti aku datang lagi dengan keluarga Adrian ye." Kata aku.
"Ha yelah. Kau balik la dulu. Rehat. Aku jaga Adrian sementara kau balik." Jawab Lyana.
*****
Aku terus balik ke rumah mama dan papa untuk memberitahu tentang perkara ini.
*****
Tak lama kemudian, aku pun tiba di rumah mereka. Baru saja masuk ke dalam rumah, aku mendengar papa bising.
"Tak kan angah tak tahu along pergi mana! Dia kan rapat dengan angah. Dah berapa hari dia tak masuk office. Projek di Indonesia dengan Dato Hidayat tu tak settle lagi. Dah buat hal. Macam mana ni. Angah call tanya dia. Nak kerja ke tak nak kerja." Kata papa dengan marah.
"Ye pa. Angah tengah call la ni tapi tak dapat. Banyak kali dah angah call ni." Kata Adha.
"Haish. Suruh handle satu projek pun payah." Kata papa dengan marah.
"Sudah tu abang. Sarapan dulu. Along busy la tu. Nanti along call la. Angah jom makan sama." Kata mama memujuk papa.
"Baik mama." Balas Adha.
"Adriana mana?" Tanya mama pada Adha.
"Ada tu ha dalam bilik dia. Tidur lagi." Jawab Adha.
"TU LAGI SORANG. APA NAK JADI LAH! ORANG HARI MINGGU MACAM NI BANGUN PAGI BUAT AKTIVITI BERFAEDAH. INI TIDUR JE MEMANJANG." Kata papa dengan marah.
"Sudah la tu abang. Biarlah Adriana tu rehat. Dua tiga hari ni saya tengok dia selalu balik lewat. Asal balik je tak makan tak apa. Terus tidur. Dia penat sangat la tu." Kata mama.
Aku pun mendekati mereka dan memberi salam.
"Assalamualaikum." Aku memberi salam.
"Waalaikumsalam. Eh Mel. Datang sorang je ke?" Tanya mama.
"Ye ma, Mel datang sorang je." Jawab aku.
"Ha Mel. Mana suami kamu? Kamu mesti tahu apa yang dia buat selama beberapa hari sebelum ni kan." Tanya papa.
"Adrian accident pagi tadi." Jawab aku.
"Ya Allah. Ni dia ok ke tak?" Tanya mama dengan cemas.
"Dia ok ma tapi doktor cakap dia hilang ingatan." Jawab aku.
"Hilang ingatan?" Tanya papa.
"Ye pa." Jawab aku.
"Macam mana along boleh accident ni. Kau gaduh dengan dia ke sampai dia accident. Kau buat apa kat along aku sampai dia accident." Kata Adha.
"APA! Along accident? Heh perempuan. Kau buat apa kat dia sampai dia boleh accident." Kata Adriana yang baru saja turun untuk makan.
"Kamu tahu tak, projek di Indonesia tu belum settle. Macam mana boleh accident. Dah tu hilang ingatan pulak tu. Dah la dia tengah siasat siapa yang songlap duit syarikat tu. Boleh pulak hilang ingatan. Apa nak jadi ni." Kata papa.
"Mel tak tahu. Dia keluar sorang nak pergi rumah isteri kedua dia. Dia kata macam ada benda yang tak kena kat sana. Mel dapat tahu pun sebab pagi tadi polis datang bagitahu Mel." Kata aku sambil menangis.
"Sudah tu Mel. Abang, jom kita pergi hospital." Kata mama mengajak papa ke hospital.
"APA! ISTERI KEDUA?" Papa terkejut.
Alamak aku terlepas cakap. Macam mana ni.
*****
Kami pun berangkat ke hospital.
BERSAMBUNG...