webnovel

Chapter 16 : POV ADRIAN (Gaduh!)

*****

"Kurang ajar kau." Kata aku lalu menumbuk Aidan.

Aku baru saja nak berbaik dengan Melisa. Tiba-tiba jadi macam ni. Sedangkan Lyana nak aku lepaskan dia kerana dia sudah tahu bahawa aku telah berkahwin sebelum berkahwin dengannya. Dia jugak mengatakan setiap kali dia melihat aku dia nampak yang aku tak happy. Meskipun dia cuba happy kan aku tapi tetap saja aku tak happy. Jadi dia minta aku kembali pada Melisa dan menceraikan dia.

***

"Yan! Aku nak cakap sikit boleh?" Tanyanya pada aku.

"Apa dia. Tanya jelah." Jawab aku.

"Sebenarnya aku dah lama tahu yang kau dah berkahwin dengan orang lain dulu sebelum kau berkahwin dengan aku. Aku tahu aku ni isteri kedua kau je. Cinta kau pada aku dah takde kan? Aku perasan setiap kali aku tengok kau. Ada je benda yang kau fikirkan. Kau cinta dan sayangkan dia kan." Katanya.

"Aku minta maaf Ly sebab tak jujur dengan kau. Aku memang dah mula cinta dan sayangkan dia tapi aku rasa bersalah dengan kau." Balas aku.

"Untuk apa kau berkahwin dengan aku hanya semata-mata sebab rasa bersalah pada aku. Kau boleh je cakap dari awal. Hati kau hanya untuk dia, bukan untuk aku. Aku boleh faham. Aku ni tak bodoh lagi yan. Masa aku nampak cincin tu kat jari kau. Aku dah tahu yang kau dah berkahwin. Aku teruskan juga perkahwinan dengan kau sebab aku fikir kau tak happy dengan dia tapi sebaliknya. Kau happy dengan dia. Aku tak nak kau lepaskan orang yang kau sayang. Kau faham tak. Aku bersalah sangat sebab dah rampas suami orang !" Katanya dengan marah sementara matanya berkaca.

"Ly. Aku tak boleh terima dia sebab dia perangkap aku je. Bukan salah aku. Aku marah sangat sampai tak boleh maafkan dia tapi aku sayang dia." Kata aku sambil menangis.

"Ye memang betul kau marahkan dia sampai tak boleh maafkan dia. Tapi sampai bila? Sampai bila kau nak ego kau menguasai diri kau? Jangan sebab kemarahan, kau akan menyesal kehilangan dia." Balasnya menasihati aku.

"Tapi Ly..." Aku belum habis cakap Lyana dah memotong.

"Takde tapi-tapi. Aku dah fikir masak-masak. Aku nak kau ceraikan aku dan kembali pada dia. Keputusan aku muktamad." Katanya dengan sedih.

***

Apa patut aku buat. Aku masih rasa bersalah padanya tapi dia malah minta diceraikan. Aku pula nak berbaik dan cuba untuk lupakan kesalahan mel pada aku. Tiba-tiba jadi macam ni.

Aku tiba di rumah lalu cuba untuk pujuk Melisa.

*****

Aku pergi ke biliknya dan biliknya telah dia kunci. Aku memanggil bibik untuk ambilkan kunci bilik spare lalu bibik memberikan padaku dan terus pergi untuk sambung menyiram pokok bunga di luar rumah dengan muka yang hairan.

Aku membuka pintu itu lalu masuk dan melihat Melisa sedang mengemas pakaiannya.

"Melisa!" Panggil aku dengan lembut sambil memeluknya dari belakang untuk tenangkan dia.

"Lepaskan I." Katanya lalu menolak aku.

"Mel. I boleh jelaskan semuanya. Tolong dengar dulu apa yang I nak cakap." Kata aku.

"Untuk apa? Hah? Untuk apa you nak jelaskan pada I. I tahu you memang bencikan I sampai you sanggup kahwin lain. Patut la you jarang balik. I ni fikir positif je pasal you tapi yang jadi sebaliknya. Hati I hancur Adrian!" Katanya sambil menangis.

"I minta maaf. I tak nak hilang you. Tolong maafkan I. Tolong bagi I peluang kedua. Please!" Kata aku dengan merayu-rayu meminta maaf padanya.

"Hati I hancur sangat-sangat tahu tak. You tolong lepaskan I. I tak sanggup untuk teruskan hidup bersama you lagi." Katanya dengan penuh air mata di pipi.

"Ok. I minta maaf sangat. I sedar yang bila you takde dengan I. I rasa sunyi. I nak hidup dengan you sampai hujung nyawa I. Please maafkan I. I dah mula sayangkan you." Kata aku dengan meyakinkan dia.

"You tipu I kan. I tahu you tipu. Kalau ye pun jangan la seksa hidup I macam ni. I tak larat." Katanya dengan menangis.

"Tak sayang. I tak tipu you. Please percayakan I." Kata aku.

"Ok. Kalau macam tu I nak you ceraikan dia. Selepas you ceraikan dia baru I percaya you." Katanya.

"Ok sayang. I dah bincang dengan dia dan dia nak I ceraikan dia. Dia jugak nak I kembali pada you. Dia faham I." Kata aku.

Melisa pun perlahan-lahan berhenti menangis dan lelah lalu duduk dan tertidur ketika bersandar di katilnya. Aku kemaskan pakaiannya masuk ke dalam almari semula lalu mengalihkan posisi Melisa yang tidur bersandar itu. Aku selimutkan dia dan keluar dari biliknya lalu masuk ke dalam bilik aku dan terus mandi. Setelah selesai mandi aku ke dapur untuk makan. Pagi tadi aku rancang nak makan bersama Melisa tapi lain yang jadi. Aku biarkan dia tidur dan makan seorang diri.

*****

Hari menunjukkan jam 2 petang. Melisa masih juga belum bangun. Bila dia akan bangun agaknya. Aku harap dia bangun nanti. Semuanya baik-baik saja. Aku dah mengatakan pada Lyana yang aku akan tidur di rumah ini harini. Jadi dia tak risau sangat sebab tahu aku baik-baik saja.

"Bibik!" Melisa memanggil bibik.

"Ya puan." Sahut bibik.

"Saya nak makan bik. Dari pagi tadi tak makan lagi." Katanya.

"Makanan dah tersedia puan." Kata bibik.

Aku pergi ke Melisa.

"Sayang nak makan ye. Jom makan sama-sama. I tunggu you tuk lunch sama-sama dari tadi lagi." Kata aku.

"I tak tanya." Katanya.

"Apa-apa jelah." Kata aku lalu menarik lengannya dan menarikkan kerusi untuknya.

"You jangan beria boleh tak. Btw thank you." Katanya.

"Beria dengan isteri sendiri. Apa salahnya." Kata aku.

"What ever." Balasnya muak dengan aku.

Kami pun makan bersama-sama tapi di meja makan ni agak sunyi sebab kami berdua diam. Aku pun mula bersuara.

"Sayang! Petang ni kita gi shopping nak tak? I nak berlanja you shopping." Kata aku berharap dia gembira.

"Tak payah. I ada duit sendiri. I boleh bayar sendiri." Jawabnya.

"Ala. Takpe. I berlanja you. Lagipun ni kan first time I nak berlanja you. You cakap je apa yang you nak." Kata aku.

"K." Balasnya singkat.

Setelah selesai makan. Kami pun bersiap untuk keluar di bilik masing-masing.

BERSAMBUNG...